"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

15 October 2015

Persediaan Rohani

Persediaan rohani amat penting sepanjang tempoh kehamilan. semasa bayi dalam kandungan ibu, iaitu sewaktu telah ditiupkan roh (semasa berusia 120 hari atau 4 bulan), ibu bapa seharusnya melakukan amalan-amalan yang dapat mendidik rohani cahaya mata mereka. Antara amalan yang boleh dilakukan oleh anda berdua ialah :


1. Bertaubat dan Beristighfar

Bertaubat dan istighfar, agar Allah akan mengasihi dan merahmati anda serta bayi dalam kandungan.


2. Puasa Sunat

Disarankan suami (ayah), banyak melakukan puasa sunat seperti pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah).

Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.


3. Tidak Bercakap Yang Sia-Sia

Bagi suami, sebaik-baiknya elak berkata-kata pada perkara yang sia-sia. Sebaliknya bayakkan berzikir serta bertahmid dan bercakap mengenai perkara yang berfaedah.


4. Banyakkan Membaca Al-Quran

Sebagai contoh, ibu Imam Syafie sentiasa mengamalkan surah Al-Fatihah dan surah Yaasin serta menyeru agar kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal Al-Quran 30 juzu' sejak beliau kecil lagi. Ini disebabkan, sejak dalam kandungan lagi beliau telah diajar mengenai al-Quran oleh ibunya.


5. Banyak Berdoa

Banyakkan berdoa agar Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amalkan setiap kali lepas solat, bacalah doa khusus bagi ibu yang hamil. Doanya adalah seperti berikut :

"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawar-Mu. Ya Allah, lahirkankah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Surah-Surah Amalan Ketika Hamil

Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan kuat ingatan.

Luqman
 Mendapat anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
(Amalkan pada minggu ke-24 kandungan)


Maryam

Memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh.

Hujurat
Memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Yusuf
Mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak.
(Dimulakan pada minggu ke-16 kerana ketika itu roh mula ditiupkan).

An-Nahl (ayat 78)
Memudahkan ibu bersalin (dengan izin Allah)

Ayatul Kursi
Melindungi diri dari sebarang godaan syaitan dan kemudaratan.

Al-Araaf (ayat 189)
Doa memohon dikurniakan anak yang soleh.

Al-Imran (ayat 8)
Doa memohon rahmat.

Ibrahim (ayat 40)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Al-Baqarah (ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t

Yaasin (ayat 22-23)
Untuk menjaga akidah / memberi hidayah kepada anak.

As-Sajdah (ayat 7 - 9)
Doa agar diperelokkan dan disempurnakan sifat anak dalam kandungan.

Al-Furqan (ayat 74)
Doa agar dikurniakan anak yang menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

No comments:

Post a Comment