Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, Mama akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi.
Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan. Carta pergerakan dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
Jika mendapati bayi kurang bergerak, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dalam keadaan tertentu, doktor boleh mengagak risiko yang mungkin Mama hadapi.
Sekiranya ada risiko, lazimnya doktor akan memberi kaunseling dan nasihat bersesuaian Mama dapat menghindarkan kandungan daripada mengalami still birth.
No comments:
Post a Comment