"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

01 December 2014

Ingin Hamil Selepas Alami Keguguran

Selepas keguguran berlaku, selalunya Mama akan dinasihatkan supaya menunggu di antara 6 minggu hingga ke 6 bulan sebelum merancang untuk hamil semula.

Namun ada kajian yang menunjukkan, tidak ada masalah pun jika Mama mahu hamil sejurus selepas keguguran berlaku. Walau bagaimanapun, jika seseorang wanita itu pernah mengalami jangkitan kuman akibat keguguran ini, beliau perlu memastikan diri sembuh terlebih dahulu daripada jangkitan kuman berkenaan secara 100% sebelum merancang untuk hamil semula.

Sehubungan itu, bagi Mama yang mengalami keguguran tanpa komplikasi jangkitan kuman, maka Mama bolehlah hamil lagi setelah Mama dan suami bersedia.

Dalam pada itu, amalan pengambilan asid folik adalah penting. Dos minimum yang perlu diambil adalah 400 mikrogram sebelum Mama hamil semula. Untuk makluman, pengambilan asid folik dikatakan boleh mengurangkan kadar keguguran! Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang.

Sementara itu, ramai Mama risau dan mengalami tekanan selepas mengalami keguguran. Jangan risau, kajian menunjukkan 95% wanita yang hamil selepas satu keguguran selalunya berjaya melahirkan bayi dengan selamat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment