Meringankan
beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau
keperluan anak sedia ada.
Bagi
sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya
isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.
Sediakan
persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.
Ingatkan
isteri agar mengamalkan diet seimbang.
Temani
isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.
Manjakan isteri
dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.
Tunaikan
permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam
nak makan macam-macam makanan.
Lebih
peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan
pemikiran.
Beli
barang keperluan bayi bersama isteri.
Bawalah
isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.
Ikuti
kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.
Ketika
tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan
isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.
Temani
isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.
Jangan
lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.
Lebihkan
kasih sayang dan simpati sehingga isteri berasakan ada pembela.
Selalu
memberi nasihat-nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya.
Hendaklah
berlaku jujur.
Jika ada
tanda-tanda akan timbul krisis, tenang dan selesaikan segera.
Jangan
menceraikan isteri ketika hamil. Sebab itu Islam mengharam menceraikan isteri
ketika hamil, kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi
kesan pula kepada anak dalam kandungan.
Memahami
tambahan beban yang ditanggung isteri justeru memaafkan kekurangan isteri dalam
melayani suami.
Membantu
isteri dalam kerja rumah terutama yang melibatkan tenaga fizikal.
Berlemah-lembut
dan berhati-hati dalam melakukan hubungan jimak terutama ketika penghujung
kehamilan.
Mengambil
perhatian berat tentang perubahan bentuk badan isteri.
Berkongsi
rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan, kewangan, peralatan, nama
yang bakal diberi, cuti,kedatangan keluarga kedua belah pihak dan sebagainya.
Segera ke
klinik atau hospital jika isteri sakit.
No comments:
Post a Comment