Semakin
sesebuah negara itu menuju ke arah perindustrian semakin ramai ibu - ibu yang
memberi susu tepung kepada bayi - bayi mereka. Dengan adanya banyak bekalan -
bekalan formula susu di pasaran , dengan bertambahnya wanita - wanita yang
bekerja di pejabat atau dikilang semakin ramai bayi - bayi yang diberi susu
tepung. Satu pengaruh yang kuat juga ialah iklan - iklan yang mengenai susu
tepung dan makanan peralihan (weaning foods).
Walaupun
sukar untuk mengurangkan amalan memberi susu formula kepada bayi di kalangan
ibu - ibu adalah penting diusahakan langkah - langkah untuk membantu ibu - ibu
yang mempunyai masalah penyusuan susu badan sambil menggalakkan amalan
penyusuan badan di kalangan mereka .
Berbagai
- bagai jenis susu formula telah dikeluarkan oleh firma-firma untuk menampung
keperluan ibu - ibu yang ingin memberi susu formula kepada bayi - bayi mereka.
Kadangkala ibu - ibu sendiri keliru tentang formula manakah yang lebih sesuai
untuk diberikan kepada bayi mereka. Soalan - soalan yang selalu timbul adalah
seperti berikut ; adakah susu formula yang lebih mahal sebenarnya lebih baik ?
Jenama yang manakah yang lebih baik , bermutu dan berkhasiat ?
Dalam
surah al-Baqarah ada digalakkan yang ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi -
bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Dalam komuniti - komuniti yang primitif dan
di negara - negara yang membangun pemberian susu ibu kepada bayi - bayi sudah
pasti akan dapat mengurangkan penyakit - penyakit terutamanya penyakit cirit -
birit di kalangan bayi - bayi. Susu ibu bukan sahaja merupakan satu cara yang
tidak membebankan perbelanjaan tetapi juga ia sendiri mempunyai faktor-faktor
yang boleh mencegah penyakit dan mengurangkan penyakit - penyakit alahan. Satu
lagi kebaikannya ialah ia dapat mendekatkan tali perhubungan di antara bayi
dengan ibu. Pendek kata , semakin dikumpul maklumat tentang susu ibu semakin
didapati yang ia adalah lebih berfaedah untuk memberi susu ibu daripada memberi
susu formula.
Masalah
-Masalah Yang Berkaitan
Dari masa
seseorang wanita itu mengandung lagi , ada baiknya jika dia memahami tentang
segala aspek penyusuan susu badan.
Ibu - ibu
sering juga menyatakan yang ada jenis ubat tradisional atau herba yang boleh
melebihkan susunya Walaupun tidak dinafikan langsung yang mungkin boleh berlaku
, kita juga tidak boleh menafikan yang ini berlaku akibat apa yang dipanggil '
placebo ' iaitu ia berlaku akibat kesan psikologi para ibu. Perasaan risau yang
susunya tidak akan cukup , umpamanya , mungkin mempegaruhi seseorang ibu itu
untuk memikirkan yang dia tidak boleh menyusu ; lalu benar - benar susunya
didapati tidak cukup.
Bayi yang
baru lahir digalakkan untuk menghisap tetek ibu dengan secepat mungkin. Hisapan
bayi adalah stimuli yang baik sekali untuk memastikan pengeluaran susu badan
yang mencukupi ialah jika bayi itu sendiri menghisap sehingga dia puas. Bayi
-bayi yang selalu tidur dan jarang menghisap akan mengurangkan susu yang
dikeluarkan oleh ibunya.
Adakalanya
bahagian ' puting buah dada ' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi
menghisap. Ini berlaku kerana salah dalam Teknik Penyusuan. Dalam keadaan ini
ibu dinasihatkan supaya memastikan anak melekap dengan betul, Cuba beri anak
menghisap dari payudara yang tidak sakit terlebih dahulu, bila susu mengalir
dengan baik, beralihlah kepada payudara yang sakit. Selepas menyusu, masukkan
hujung jari anda ke penjuru mulut anak. Alihkan bayi dari payudara anda
perlahan-lahan. Sekiranya puting telah luka cuba sapukan puting yang sakit dengan
sedikit susu anda dan cuba elakkan dari penggunaan sabun atau losyen pada
puting. Jangan sekali-kali berhenti dari menyusu badan.
Bengkak
payudara satu masalah yang sering berlaku pada ibu-ibu lepas bersalin. Masalah
ini boleh diatasi dengan melakukan perahan susu ibu samada menggunakan tangan
atau pam. Jenis pam elektrik sangat berguna dalam keadaan di mana bayi -bayi
tidak boleh menghisap kerana dilahirkan prematur atau memerlukan rawatan khas
kerana sakit paru -paru , infeksi dan sebagainya. Bagaimanapun pam elektrik
tidak biasa digunakan kerana mahal harganya. Jenis pam manual juga boleh
digunakan untuk mengeluarkan susu untuk beberapa hari sehingga bayi boleh mula
menghisap sendiri.
Satu
masalah lagi yang biasa ditemui ialah ibu -ibu yang mendapati puting buah
dadanya terbenam ( inverted nipple ) ; atau tidak menonjol keluar. Keadaan ini
boleh diatasi jika seseorang ibu di waktu mengandung selalu mengurut -ngurut
puting buah dadanya.
Tempoh
bagi menyusu badan berbeza - beza bagi setiap orang bayi. Ada yang mahu
disusukan lama daripada yang lain. Tetapi selalunya tempoh 5 minit adalah
mencukupi. Ibu seharusnya hanya berhenti dari menyusu setelah bayi kelihatan
tenang dan puas hati.
Berhubung
dengan pertanyaan untuk beberapa lamakah seseorang ibu itu harus menyusukan
bayinya , ini terpulanglah kepada setiap ibu itu. Tetapi secara amnya ibu
digalakkan memberi susu badan untuk beberapa lama yang boleh. Ini bukan sahaja
boleh mengecutkan rahimnya tetapi juga diakui oleh para penyelidik bahawa
bentuk badan wanita itu akan menjadi lebih elok lagi. Dalam zaman moden ini ibu
-ibu terutama mereka yang bekerja digalakkan untuk memberi susu badan sekurang
-kurangnya selama 6 bulan dan memulakan makanan pepejal untuk bayi pada
peringkat umur ini. Tetapi, adalah lebih baik jika dia boleh meneruskan amalan
ini untuk seberapa lama yang boleh.
Kebanyakan
ubat -ubat yang boleh diambil oleh ibu akan terkandung di dalam susu ibu
walaupun dengan sedikit sahaja. Biasanya bayi -bayi tidak mendapat apa -apa
akibat dari ubat ini kerana dos yang diterimanya adalah kecil sahaja. Walau
bagaimanapun , ibu perlulah mendapat nasihat doktor jika dia terpaksa makan
ubat -ubat khas semasa dia menyusukan bayi.
Adakalanya
susu kelihatan bercampur darah. Ini adalah normal dan tidak perlu dikhuatiri.
Ibu -ibu kadangkala berasa risau apabila terasa ada ' biji ' di buah dadanya
dalam tempoh dia menyusukan bayinya , takut kalau -kalau dia menghidap barah
buah dada. Disini adalah ditegaskan yang ' biji ' ini selalunya timbul dalam
waktu penyusuan badan dan ia adalah normal. Tetapi , jika ' biji ' ini terus
ada dan jika seseorang itu berasa tidak senang hati eloklah jika ia mendapatkan
nasihat doktor.
No comments:
Post a Comment