"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

01 May 2015

Teknik Semulajadi Ubah Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan

Dilaporkan bahawa kira-kira 20% ibu hamil akan mengalami keadaan di mana bayi di dalam kandungannya berada dalam kedudukan songsang. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika hal ini berlaku ketika anda berada di awal usia kehamilan.

Kedudukan songsang tersebut lazimnya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan. Proses perubahan kedudukan akan berlaku secara semulajadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32 kehamilan.

Dilaporkan juga bahawa kelahiran songsang masih boleh berlaku walaupun usia kandungan sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, anda tidak perlu risau kerana bayi masih mampu berubah kedududkan normal pada saat akhir proses bersalin.

Cuba Lakukan Sendiri

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi dalam kandungan secara SEMULAJADI agar kembali dalam posisi yang normal. (AMARAN!! Jangan ubah kedudukan bayi secara paksa kerana ia boleh mengakibakan bayi terbelit tali pusat.)

1. Merangkak

Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya.

2. Kaedah Panas - Sejuk

Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek Ais

Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam Di Dalam Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Menyanyi Dan Bercakap

Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6. Senaman Tilt Position

Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.

7. Lampu Suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan

Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

9. Doa 

Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain.

Nota:

Walaupun anda telah mencuba dan masih tidak berhasil. Kak Engku nasihat agar jangan risau dan stress. Tak kira kaedah apa pun proses bersalin nanti, yang penting adalah keselamatan ibu dan anak. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

1 comment:

  1. Mintak kebenaran tuk share info ni yerr..coz i tengah 29 minggu..n baby songsang.. :(

    mrsenoxis.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.