Tahukah Anda?
Proses menyusukan bayi sebenarnya bukanlah sesuatu yang menyakitkan ibu dan anak. Jika si ibu berasa sakit, bererti si ibu tidak menggunakan teknik yang betul. Jauhkan bayi daripada payudara dan cuba lagi. Bayi mungkin tidak melekap dengan betul. Hentikan hisapan bayi dengan secara lembut meletakkan jari kelengkeng di hujung mulut bayi dan selitkan antara rahang atas dan bawahnya. U

langi seberapa kali yang perlu untuk mendapatkan lekapan yang baik.
Setelah semakin cekap menyusui bayi dalam posisi ini, anda mungkin boleh mencuba posisi-posisi lain. Belajarlah untuk menyusukan bayi secara baring. Kaedah ini membolehkan si ibu berehat, lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan c-section. Apa jua posisi yang digunakan, bayi harus melekap dengan baik, jika tidak, si ibu akan berasa sakit di bahagian puting payudara, dan bayi tidak akan mendapat susu yang cukup.

kak engku..nk tny la kan..kalo baby xnk direct feeding n susu berkurangan, kte boleh bykkan blk ke susu bdn?sblm ni sy rjn la jugak pam susu stiap 3 jam..tp skg ni 2 hari skali pam pun xdpt byk susu..ditambah plak baby sy xnk direct feeding..jenuh jugak memujuk tp die xnk jugak..huhu
ReplyDeleteFarah Wahida: untuk pengetahuan kebolehan dan kejayaan ibu menyusukan bayi datangnya daripada pengetahuan dan pengalaman. Ibu hanya akan jadi lebih baik dengan memiliki kedua-duanya. Kejayaan penyusuan juga ditentukan oleh perancangan rapi dan persediaan awal dari segi ilmu, sokongan keluarga dan juga latihan.
ReplyDeleteSecara amnya, ibu berkebolehan untuk menghasilkan susu secukupnya untuk bayi. Terdapat pelbagai sebab mengapa ibu mengalami masalah kurang susu. Salah satu punca utamanya adalah berkait rapat dengan permintaan daripada bayi dan kebolehan ibu memastikan penyusuan yang efektif daripada payudaranya. Antara penyebab lain adalah :
1. Bayi tidak melekap dengan baik pada payudara ibu.
2. Bayi tidak menyusu secukupnya atau tidak menyusu dengan kerap.
3. Bayi diberikan makanan tambahan atau susu formula. ini membuatkan bayi kenyang dan kurang menyusu badan dan mengakibatkan kurangnya penghasilan susu.
Bagi mengatasi masalah kurang susu, ibu boleh cuba perbetulkan lekapan ataupun memastikan bayi menyusu dengan kerap. Pastikan bayi menyusu secara efektif sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari. Sekiranya bayi tidak dat menyusu secara efektif kerana sebab-sebab tertentu,ibu boleh mengunakan pam susu untuk merangsang dan mengosongkan payudara agar penghasilan susu dapat dilakukan.
Ibu juga boleh mengambil supllemen untuk menambahkan susu, antara produk yg terdapat dipasaran seperti pil asi, asi atika beauty, produk vitamin shaklee dan banyak lagi.