Jangan khuatir apabila
susu ibu yang keluar setelah anda melahirkan tidak seberapa jumlahnya.
Biar berapapun yang mampu anda hasilkan, itulah kuantiti tepat yang
diperlukan oleh bayi anda. Seiring pertambahan usianya, jumlah susu ibu
akan bertambah mengikut keperluannya. Dibawah adalah maklumat lanjut
khusus untuk pengetahuan ibu semua.
Usia 1 Hari
Bayi yang berusia sehari hanya memerlukan lima hingga tujuh mililiter susu ibu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan . Pada usia ini, saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.
Usia 3 Hari
Di usianya 3 hari pula, bayi memerlukan kira-kira 22 hingga 27 mililiter bagi sekali sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan antara 200 mililiter hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pada usia sebegini adalah sebesar buah ceri atau anggur ukuran sederhana.
Usia 1 Minggu
Bayi yang berusia satu minggu pula dianggarkan memerlukan susu ibu di antara 45 hingga 60 mililiter bagi setiap sesi penyusuan. Dalam tempoh sehari pula, dia mampu menghabiskan kira-kira 400 hingga 600 mililiter ataupun satu setengah gelas air. Memandangkan growth sprut bayi semakin meningkat, jadi akan berlaku beberapa perubahan pada corak tidur dan penyusuannya. Hal ini terjadi hasil daripada perkembangan otak dan fizikalnya.
Usia 1 Bulan
Apabila bayi mencecah usia satu bulan, keperluan penyusuannya mula meningkat. Dia memerlukan kira-kira 80 hingga 150 mililiter susu ibu sekali penyusuan. Di bulan pertama, dia akan menyusu lapan hingga 12 kali sehari mengikut permintaannya. Pada usia ini juga, bayi sudah semakin mahir menyusu malah anda sendiri terutamanya yang baru bergelar ibu tidak lagi kekok untuk menyusukan si manja dengan selesa. Sekiranya anda akan kembali bekerja dalam tempoh terdekat, ini merupakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan memerah, memberi susu perahan dan menyimpan stok bagi kegunaan bayi ketika anda berpisah sementara dengannya nanti.
Usia 6 Bulan
Ketika ini, bayi anda sudah mula boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih diperlukan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Perlu anda ingat bahawa makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya di usia ini. Jadi, susu ibu masih perlu diberikan seperti kelazimannya. Pada usia ini, bayi memerlukan sekitar 720 mililiter susu dalam tempoh sehari. Anda digalakkan untuk menggunakan susu ibu perahan ketika menyediakan makanan pejal kepada bayi. Anda boleh mencampurkannya ke dalam makanan pejal. Oleh yang demikian, rasa makanan pejal yang diberikan kepada bayi lebih kurang sama dengan susu ibu. Di usia tujuh bulan pula, keperluan susu ibu terus meningkat sehingga mencapai 875 mililiter iaitu kira-kira 93% jumlah keseluruhan keperluan zat pemakanan si manja anda.
Usia 12 Bulan
Dalam usia 11 bulan ke atas, keperuan susu ibu oleh si cilik mula berkurangan kepada sekitar 550 mililiter sehari. Pada hari ulang tahun kelahirannya, anak anda semestinya sudah biasa dengan makanan yang disajikan kepada orang dewasa. Oleh yang demikian, anda perlu pastikan rutin pemakanan sehariannya adalah pelbagai agar semua keperluan zat makanan yang patut diterimanya adalah seimbang.

terima kasih utk info berguna ni ye..:-)
ReplyDelete