Bayi matang dilahirkan di antara 37 hingga 42 minggu usia kandungan.
Sekiranya bayi dilahirkan sebelum usia kandungan 37 minggu, ia dikatakan
bayi pramatang. Kelahiran bayi pramatang berbeza-beza mengikut
kematangan ilmu perubatan sesebuah negara. Semakin maju sesebuah negara,
semakinnrendah risiko kelahiran bayi pramatang. Di Malaysia, lebih
kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang.
Sifat Dan Komplikasi Bayi Pramatang
Dari segi saiz, bayi pramatang biasanya dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan. Secara normal, berat badan bayi pramatang selalunya antara 500 gram untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000 gram untuk 28 minggu dan 1500 gram untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu.
Tumpuan harus diberikan kepada bayi pramatang kerana ia mudah mengalami masalah pernafasan, contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis, nafas kencang, kulit berwarna biru, dan suhu badan tidak stabil.
Masalah Kesihatan Pada Bayi Pramatang
Sindrom kesesakan nafas disebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
~ Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah sekitar ventrikel di dalam otak.
~ Jaundis (perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata di sebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang).
~ Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
~ Jangkitan di dalam darah (septisemia), paru-paru (radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus (necrotising enterocolitis).
~ Penyakit retina yang tidak matang (retinopathy of prematurity) - satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
~ Penyakit paru-paru yang kronik hasil kerosakan paru-paru disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
~ Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (patent ductus arteriosis) yang boleh menyebabkan kesesakan pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
~ Inguinal hernia disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Sekiranya bayi tidak mendapat perhatian selayaknya, mereka lebih terdedah kepada risiko cerebral palsy, kecacatan otak, sawan, buta, pekak, ketidakupayaan untuk belajar, perkembangan mental yang agak lewat berbanding bayi lain seusianya serta mengalami tumbesaran yang perlahan.
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah lebih tinggi.
~ Bayi dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan, kadar kematian antara 30-50 peratus.
~ Bayi dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan, kadar kematian antara 80-100 peratus.
~ Bayi dilahirkan lebih 34 minggu usia kandungan, 90 peratus peluang untuk hidup.
Penjagaan Bayi Pramatang
Perhatian ekstra perlu diberikan kepada bayi ini. Suhu badan bayi hendaklah sentiasa berada di paras normal. Bayi juga lazimnya dirawat di dalam inkubator atau diletakkan di bawah pemanas radian. Begitu juga kandungan tahap gula dalam badan sentiasa dipantau untuk mengesan dan memberi rawatan awal sekiranya kandungan gula tinggi atau rendah.
Langkah jimat dan produktif untuk merangsang perkembangan bayi pramatang adalah dengan memberi penyusuan ibu secara eksklusif. Cara ini boleh mengelakkan bayi daripada dijangkiti sebarang penyakit. Bersihkan tangan anda terlebih dahulu sebelum memegang bayi kerana metabolisme dan imunisasinya masih belum utuh menangkis sebarang jangkitan kuman atau penyakit.
Dalam kes tertentu, sekiranya bayi terdedah kepada sebarang komplikasi, mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan fisioterapi, terapi cara kerja dan lain-lain terapi. Kerjasama kedua-dua ibubapa amat diperlukan bagi memastikan kesihatan bayi lebih baik dan membesar sihat seperti bayi normal.
Punca Kelahiran Pramatang
~ Pecah air ketuban awal, keadaan ini terjadi disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban.
~ Pernah melahirkan anak tidak cukup bulan. Sejarah kelahiran yang serupa berulang lagi untuk anak yang akan datang.
~ Kehamilan kembar dua, tiga atau seterusnya. Kelahiran pramatang adalah perkara normal dan sering berlaku untuk kehamilan kembar.
~ Masalah uterus dan serviks yang luar biasa.
~ Komplikasi tekanan darah tinggi.
~ Posisi uri di bawah.
~ Tabiat gemar minum minuman beralkohol dan merokok.
~ Tekanan emosi (kegagalan mengawal emosi dan istilah sokongan moral juga menjurus ke arah kelahiran pramatang).
~ Jangkitan pada saluran kencing.
~ Bayi yang mendapat jangkitan sejak di dalam uterus.
~ Bayi yang dikesan mengalami kecacatan semulajadi.

No comments:
Post a Comment