"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 April 2012

Dermalah Darah Tali Pusat Bayi Anda

Apa Itu Darah Tali Pusat?
Tali pusat adalah organ penyambung di antara bayi dan plasenta (uri). Darah dalam tali pusat memainkan peranan penting untuk memindahkan nutrein dan oksigen daripada ibu kepada bayi. Tali pusat ini penting untuk menjamin kesihatan bayi.

Selepas bersalin, ianya tidak lagi diperlukan dan seringkali dibuang. Darah yang tinggal dalam tali pusat amatlah berharga untuk membantu dalam rawatan pesakit yang memerlukannya.

Bagaimana Darah Tali Pusat Boleh Menyelamatkan Nyawa
Darah tali pusat kaya dengan sel stem darah (hematopoeitik). Ianya merupakan sel awal dalam sistem darah.

Ianya mempunyai potensi untuk berkembang kepada bentuk yang lebih spesifik serta berubah kepada pelbagai komponen darah. Contohnya darah tali pusat (sel stem) dapat berubah ke sel darah merah, sel darah putih dan juga platet. Kini darah tali pusat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti luekemia, aplastic anaemia, talasemia dan lain-lain penyakit.

Apabila anda menderma darah tali pusat, anda sebenarnya memberikan harapan kepada pesakit yang mengimpikan kehidupan yang sihat dan lebih baik.

Bagaimana Cara Darah Tali Pusat Dikumpul
Darah tali pusat diambil serta merta selepas bersalin. Proses ini tidak mengganggu proses bersalin dalam apa jua cara sekalipun.

Selepas tali pusat dipisahkan daripada bayi, anggota kesihatan yang terlatih akan memasukkan jarum ke dalam salur darah tali pusat dan darah dialirkan ke dalam beg darah.

Prosedur untuk mengumpul darah tali pusat adalah selamat dan tidak membahayakan bayi atau ibu yang bersalin. Tiada darah diambil daripada bayi yang baru lahir.

Siapa Boleh Menderma?
Semua ibu mengandung dan telah mendaftar adalah layak untuk menderma sebaik sahaja melahirkan anak.

Jika Anda Ingin Menderma..
Kunjungi atau Hubungi Pusat Darah Negara. Semua maklumat adalah rahsia. Pendermaan anda mungkin akan membantu menyelamatkan seseorang.

Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat
~ Hospital Kuala Lumpur
~ Hospital Selayang, Selangor
~ Hospital Serdang, Selangor
~ Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Lebih banyak Pusat Pengumpulan Darah Tali Pusat akan dwujudkan pada masa hadapan. Kami memerlukan seberapa ramai penderma. Bantu kami untuk memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.

Maklumat Tambahan
Untuk maklumat tambahan mengenai derma darah tali pusat, sila layari:
~ www.pdn.gov.my
~ www.agiftoflife.gov.my

Pusat Darah Negara
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel : 03 2693 3888 / Faks : 03 2698 0362
Masa Operasi : 7.30 pg hingga 5.30 ptg (Isnin - Jumaat)
Tutup pada setiap hujung minggu dan cuti umum




3 comments:

  1. salam kak engku
    ada seorang rakan menasihatkn agar selepas bersalin darah tali pusat tu dibiarkan mengalir ke dlm bdn bayi sebelum dipotong kerana darah itu bagus untuk kesihatan bayi.tapi sy tak tahu jika rosedur di hospital membenarkn perkara inijika kita minta....
    apa pendapat kak engku? sbb setahu sy stem cell ni perlu dismpan..sy x tahu apa caranya dN berapa kosnya..dgr2 mcm mahaal

    ReplyDelete
  2. wsalam, utk pengetahuan sebaik sahaja baby keluar dari perut ibu, tali pusat akan dipotong segera, ini bagi mengelakkan darah ibu bercampur dengan darah bayi. Memang ada yg menyimpan tali pusat utk tujuan perubatan pada masa hadapan tetapi tak semuanya mampu menyimpannya kerana membabitkan kos. Oleh itu ramai yang membuangnya iaitu dengan menanam bersama-sama dengan uri. Disini daripada kita memmbuangnya adalah lebih baik kita mendermakan darah tali pusat tersebut kepada yang lebih memerlukan, ia juga tidak membahayakan kita dan baby malah ia dapat membantu dan menyelamatkan nyawa seseorang.

    ReplyDelete
  3. oo..macam tu ke..ok kak..mekasih respon pd soalan sy ye..
    kak..set nonaroguy sy dah sampai ptg td..mekasih ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.