Menghasilkan hormon penting dalam pembentukan sel darah merah, mengatur tekanan darah, membantu pembentukan tulang dan membuang cecair lebihan serta sisa produk dari darah antara fungsi buah pinggang. Oleh sebab itu, organ ini harus dijaga sebaiknya agar ia dapat berfungsi dengan sempurna. Namun, ada di kalangan kita yang terpaksa berdepan dengan masalah buah pinggang sehingga terpaksa menjalani dialisis.
Bagi wanita yang menderita penyakit ini, sudah tentu boleh menutup peluang mereka untuk menyambung zuriatnya. Peluang untuk mereka hamil sangat tipis kerana kegagalan fungsi buah pinggang menjejaskan kesuburan mereka. Ini kerana masalah ini akan mengganggu kitaran haid, menjadi tidak normal dan mungkin berhenti. Ramai wanita juga tidak sedar mereka berdepan dengan masalah ini sehingga menjalani ujian air kencing ketika pemeriksaan kehamilan apabila dikesan terdapat protein (iaitu albumin) dalam air kencing.
Antara punca kerosakan buah pinggang pada golongan dewasa dan warga tua lazimnya disebabkan oleh penyakit diabetes yang tidak terkawal. Selain itu, penyakit autoimun Sistemik Lupus Eritomatosus (SLE) di kalangan wanita muda juga menjadi penyebab masalah tersebut.
5 peringkat kegagalan buah pinggang :
Peringkat pertama — sangat minimun dan buah pinggang boleh berfungsi dengan normal.
Peringkat kedua — kegagalan buah pinggang yang sedikit.
Peringkat ketiga — kegagalan buah pinggang bersifat sederhana.
Peringkat keempat — serius tetapi pesakit masih belum perlu menjalani dialisis darah.
Peringkat kelima — dikategorikan sebagai kronik dan pesakit perlu menjalani dialisis darah untuk hidup.
Bagi peringkat pertama dan kedua, kitaran haid pesakit tidak terjejas dan kebanyakan mereka juga tidak sedar buah pinggang mengalami kerosakan. Di tahap ini, pesakit dibenarkan hamil tetapi dengan syarat buah pinggang mereka dapat berfungsi dengan baik dan tekanan darah terkawal. Bagi tahap ketiga dan keempat, lazimnya pesakit tidak dinasihatkan hamil.
Rawatan Dialisis
Apabila penyakit berada di peringkat kelima, mereka perlu menjalani dialisis darah tiga kali seminggu. Bagi pesakit yang hamil (jarang berlaku), dialisis darah perlu dilakukan enam kali seminggu, empat jam setiap sesi. Bagaimanapun, pesakit yang ingin hamil perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Ini penting bagi memastikan kesihatan mereka dipantau sepanjang kehamilan.
Risiko Kehamilan :
♦ Tekanan darah yang sukar dikawal
♦ Keguguran
♦ Kebocoran protein meningkat
♦ Fungsi buah pinggang mungkin merosot. Ini disebabkan, organ tersebut perlu bekerja lebih ‘keras’ untuk ibu dan anak yang dikandung.
♦ Saiz bayi yang dikandung lebih kecil
♦ Mungkin dilahirkan tidak cukup bulan
Tahap kesuburan pesakit boleh kembali normal selepas mengambil ubat-ubatan tertentu, mengikut diet yang betul atau mendapat buah pinggang yang baru. Wanita yang pernah melalui pemindahan buah pinggang dalam tempoh lebih dua tahun, biasanya boleh melahirkan zuriat dengan selamat jika buah pinggangnya berfungsi secara normal. Itu pun sekiranya mereka tidak mengalami peristiwa ‘penolakan’ dan memiliki tekanan darah yang normal. Ada segelintir wanita yang mengalami gangguan buah pinggang dan yang menjalani rawatan hemodialisis secara teratur boleh melahirkan bayi yang sihat dengan izin Allah.
Pusat Dialisis YKN Bukti YKN Prihatin
Berikutan peningkatan pesakit buah pinggang di negara ini, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) mengambil inisiatif menubuhkan pusat dialisis YKN dalam usaha membantu pesakit buah pinggang terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Langkah ini sekali gus boleh mengurangkan kebergantungan pesakit kepada pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Prihatin
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) adalah sebuah organisasi yang sekian lama telah memberi bantuan melalui program bantuan perubatan, kebajikan dan pendidikan. Yayasan ini ditadbir oleh lembaga pemegang amanah yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Salah satu projek khas yang diusahakan oleh organisasi prihatin ini ialah penubuhan pusat dialisis YKN yang boleh didapati di Bangsar, Kuala Pilah, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu. Manakala dua buah pusat lagi yang berlokasi di Rompin dan Kota Bharu bakal beroperasi tidak lagi.
Pusat dialisis ini direka bentuk dan diuruskan oleh mereka yang peka kepada keperluan dan kebajikan setiap pesakit dari segi keperluan perubatan, sosial, kewangan dan emosi. Malah, pusat rawatan dialisis ini juga bercirikan elemen ‘home-based’ serta mesra keluarga dan pesakit.
Rawatan Sempurna
Di pusat dialisis YKN ini, pesakit dirawat oleh anggota yang mahir tentang dialisis di bawah pemerhatian pakar. Perkhidmatan klinik ‘in-house’ juga disediakan bagi mereka yang memerlukan rawatan lain termasuk kecemasan. Pusat ini turut dilengkapi dengan peralatan terbaharu dan semua prosedur serta langkah-langkah telah diambil untuk memastikan pencapaian piawaian yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Ini bagi memastikan pesakit mendapat rawatan khusus, sempurna dan berkualiti.
Keselesaan
Keadaan yang sihat bermakna sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Berdasarkan prinsip tersebut, dialisis YKN mempraktikkan kaedah pengurusan perubatan yang komprehensif di mana semua aspek keperluan pesakit diberi tumpuan. Pusat ini direka bentuk supaya dapat memberi ketenteraman dan ketenangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Penglibatan dan peranan masyarakat akan diusahakan melalui meningkatkan kesedaran, kefahaman, komitmen individu untuk membantu dengan apa jua cara yang mereka mampu.

No comments:
Post a Comment