"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 November 2011

Seks Selepas Bersalin

Ramai di kalangan wanita lepas bersalin berasa gentar untuk mengadakan hubungan seks bersama suami. Malah, ada di antaranya berasa terganggu dengan kehadiran bayi mereka.
Kehangatan hubungan seks selama ini tidak lagi seperti selalu. Suami pula merungut kerana mereka tidak dilayan dengan sewajarnya lagi.

Biasanya doktor pakar berpendapat bahawa hubungan seks boleh dilakukan seperti sedia kala sebaik sahaja kesan luka ketika bersalin telah sembuh dan kedua-duanya menginginkan hubungan seks.

Tetapi ada kalangan wanita berasa sakit terutama di bahagian faraj ketika hubungan seks mula dilakukan kembali. Hal ini menyebabkan hubungan seks terganggu.

Keadaan ini terjadi disebabkan bekas jahitan episiotomi masih lagi belum sembuh. Jahitan memerlukan masa untuk sembuh seperti biasa sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Selain itu, jika penurunan paras hormon berlaku terutama kekurangan estrogen, menyebabkan kekurangan rembesan daripada faraj. Ekoran dari itu, kelembapan faraj berkurangan dan hubungan seks dalam keadaan kurang selesa.

Lepas pantang
Keletihan, sakit dan kurang bernafsu membuatkan wanita kurang bersemangat untuk melakukan hubungan seks. Rasa simpati daripada suami amatlah perlu ketika ini. Layanan dan luahan kasih sayang amat penting.

Semasa tempoh ini, pasangan tersebut perlu berbual-bual dan memberi tahu tentang perasaan dan keperluan masing-masing iaitu berkomunikasi dengan cara yang cukup lembut.

Ketika inilah anda perlu memberi layanan istimewa untuk mengukuhkan perhubungan suami dan isteri. Jika berlaku sebaliknya, suami boleh terasa seperti diabaikan.

Untuk menambah kasih sayang, suami isteri haruslah berkongsi menjaga anak. Dengan cara ini ia akan mengukuhkan lagi ikatan di antara mereka.

Malah, ramai di kalangan suami mula memainkan peranan terutama dalam menjaga anak. Kehadiran cahaya mata tidak harus mengabaikan hubungan seks. Sebaliknya, anda perlu mengeratkan lagi hubungan seperti di awal berumah tangga dulu.

4 comments:

  1. Assalam Kak Engku..
    Anak saya skrg sudah berumur 1 tahun. Hubungan kelamin saya dgn suami dihentikan sejak saya mengandung 3 bulan atas nasihat doktor kerana kedudukan uri di bawah. Selepas bersalin saya menjadi trauma utk melakukan hubungan seks lebih2 lagi saya merasa sakit semasa hubungan tersebut. Untuk makluman, saya melahirkan anak melalui pembedahan. Semasa berhubungan seks dgn suami saya merasakan tidak selesa dan sakit. Apa pandangan kak engku? Ada yang mengatakan rahim saya kembang @ jatuh.. Ada yang mengesyorkan supaya saya minum jus bidadari.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberikan maklumat yang penting...

    ReplyDelete
  3. Salam kak Engku,
    Saya baru bersalinkan anak sulung, dan sekarang dan lebih 60 hari. Baru2 ni saya bersama suami, dan lepas bersama, saya dapati ada darah pada panty saya. saya musykil, adakah darah yg keluar tu darah haid? kerana seminggu sebelum bersama, mmg terdapat sedikit cairan darah pada panty, tp sedikit-sedikit. soalan saya, adakah darah yg keluar tu darah haid? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,
      Tahniah atas kelahiran cahayamata. Apa yang nurul alami akak pun tak pasti. Mungkin darah haid. Untuk mengesahkan ia darah haid. Cuba nurul rekod jumlah hari darah keluar ye. Insyaallah nurul akan dapat jawapan. Tq

      Delete