"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

15 March 2012

Pantang Larang Hubungan Seks Selepas Isteri Bersalin

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), salah satu punca utama penceraian berlaku adalah hubungan seksual yang hambar di antara suami isteri. Oleh itu, hubungan seks cukup penting bagi mengukuhkan rumah tangga. Namun, timbul pula persoalan bagaimana kelangsungan seks dikekalkan selepas si isteri melahirkan zuriat?

Kehadiran cahaya mata tidak bermakna anda terpaksa mengabaikan hubungan seksual bersama pasangan. Mungkin ini dianggap satu cabaran bagi suami untuk menahan keinginan atau risaukan kehangatan hubungan seks tidak lagi seperti dahulu. Jadi, adalah penting untuk suami peka dengan keadaan dan cuba untuk memahami situasi ini dengan lebih baik.

BILA ANDA BOLEH LAKUKAN SEKS BERSAMA SI DIA?
Secara amnya, masa yang sesuai bagi seseorang wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks ialah 6 bulan selepas melahirkan (Tanya doktor untuk kepastian). Kesabaran dan sokongan dari pihak suami cukup penting kerana bukan mudah untuk melahirkan anak. Oleh itu, anda sebagai lelaki harus menanamkan sifat sabar dan jangan memaksa isteri anda.

Kebiasaanya, badan dan tenaga isteri anda memerlukan masa yang cukup lama untuk kembali pulih. Oleh itu, anda sebagai suami disarankan untuk memahami keadaan. Pada masa yang sama tunjukkan sokongan dan rasa sayang kepada pasangan seolah-olah ketika waktu bercinta dahulu.

‘SI DIA NAK KE LAKUKAN SEKS DENGAN AKU?’
Anda mungkin akan mendapati bahawa pasangan anda seolah-olah kurang berminat untuk melakukan hubungan seks. Tuntutan sebagai seorang ibu cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam di samping keletihan dan kesakitan. Anda sebagai suami mungkin merasakan agak tersisih. Ini adalah perkara biasa. Anda berdua perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan ‘tanggungjawab baru’. Oleh itu, anda harus yakin bahawa nafsu pasangan pasti akan kembali. Rangsang si dia semula dengan keprihatinan, kasih sayang dan sokongan.

ADAKAH SEKS AKAN MENYAKITKAN SI DIA?
Ini juga persoalan penting yang kerap kali lelaki gusarkan. Sakit atau tidak, ini bergantung pada keadaan isteri anda. Kebiasaan, masalah kesakitan pada luka mahupun jahitan ketika bersalin. Adakalanya akan membuatkan pasangan berasa takut sakit dan takut jahitan terbuka kembali. Termasuk juga isu berkaitan ‘alat sulitnya’ yang masih belum bersedia. Ini adalah normal. Oleh itu, anda disaran agar berjumpa semula doktor selepas 6 minggu isteri bersalin dan berbincang perkara ini.

LELAKI PUN TRAUMA
Ini juga terjadi bukan sahaja kepada isteri. Terdapat sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan nuntuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini bertindak menyekat hubungan seks walaupun isterinya sudah pulih. Oleh itu, anda berdua perlu saling memberi sokongan dan nasihat. Selain itu, anda jaga boleh mendapatkan nasihat kaunselor.

7 comments:

  1. Informasi yang amat baik untuk pembaca yang perlukan maklumat...

    ReplyDelete
  2. salam,
    sy dah bersalin anak pertama 4 dis 2011..samapai ke ari ni still lum bersama suami ag..sebab nyer cubaan pertama kami saya agak takut2 dan saya rasa saluran saya agak sempit.hubby kata cam ade lebihan isi pada vagina saya.camne ye>>huhu

    ReplyDelete
  3. salam,
    kak engku tulis kat atas waktu yang sesuai untuk bersama suami ialah selepas 6 bulan bersalin. masalahnya saya lepas pantang 44 hari terus bersama suami. apakah risikonya memandangkan saya bersalin secara pembedahan.

    ReplyDelete
  4. salam,
    kak engku.. seks oral bleh dilakukan x pada suami isteri? onani mengunakan alatan seks boleh ke?

    ReplyDelete
  5. kak engku, berpantang 6 minggu kan? takkan lah 6 bulan pulak.

    ReplyDelete