"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 March 2011

Penyakit Meroyan

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit tersebut ialah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Gila Meroyan

Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun. Ini kerana darah busuk yang berbau sperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).

Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.

Meroyan Api

Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis).

Meroyan Kentung (Kertung)

Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal.

Meroyan Urat

Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".

Meroyan Lendir

Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.

Meroyan Tinggal

Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.

Meroyan Bulu

Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.

Meroyan Kulit

Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.


Kaedah Rawatan Penyakit Meroyan

Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.

17 comments:

  1. Salam..kalau meroyan kulit tu, camne cra nk atasinyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Yang penting dlm pantang. Puan mesti pantang betul2....jg mkn. Insyaallah.

      Delete
  2. Owh..iyeke..hmmm sy ni dh 34 arybpntang..tiba2 gatal bdan..merenyam je rsa.. Xthu nk wat camne..

    ReplyDelete
  3. As salam kak... saya dah 45 hari ni kak...pinggang saya sakit. huhu... kalau urut bidan agak2 berjaya tak kak? apa perlu sy buat? akak pergi sini http://mrsfaizalriza.blogspot.com/2012/11/sambung-semula-pantang.html

    minta akak tolong jelaskan apa perlu sy buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mrs faizalriza,
      Sakit yg di alami adalah biasa bg ibu lps bersalin n habis pantang. Teruskan bertungku n bykkan rehat ye. Tq

      Delete
  4. Salam kak. nak tanya. kalau dah setahun selepas bersalin, ada kemungkinan masih meroyan ke? macam tak boleh dengar anak menangis, pemarah, mudah baran n menjerit2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Meroyan dlm pantang je. Tp klau tak dpt rawatan nmg berlarutan. Jgn terlalu ikut kata hati n perasaan. Bykkan doa n selawat serta baca al quran. Pujuk kata hati n carilah kawan buat teman. Tidur n rehat yg cukup ye. Insyaallah.

      Delete
  5. sakit kepala tiap2 pagi... penglihatan kabur2... meroyan ke? apa ubatnya? makan ubat periuk bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Akak nasihatkan ke mana2 klinik untik pemeriksaan ye. Ubat periuk tu hold dulu ye. Tq

      Delete
  6. Hello kak, saya dah hampir 5 bulan habis bersalin tapi sejak dari baby 2 bulan sampai sekarang masih ada simtom meroyan bulu dan meroyan api, paling teruk kalau kena angin hujan. Nampak blog ni baru tau pasal jenis meroyan, akan cuba berurut dan mencari herba2 yang sesuai, harap akal boleh share jenis2 herba yang sesuai jika ada

    ReplyDelete
  7. Salam kak,nk taya...sblm sy mgandung ank ke-2 sy mgalami gatal2 badan,membengkak mcm ada angin,bahagian yg gatal akn jd panas..ada kwn2 sy bgtau itu gatal angin meroyan..slpas bsalin dh hilang..skarang dh 2 tahun jadi balik..
    kalo sy ke klinik pun doktor akan bg ubat gatal tp masih x lega...boleh akak bg cadangan x?sy dh xtahan sesangat...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum....akak nk tanya,slepas 20 thn n semasa hari jadi akak yg ke 47 baru2 ini badan akak mengalami gatal2 n bengkak2 macam ada angin,bila d garu bekas itu akan menjadi panas seperti berbahang...sampai akak x lek tidur,bila tersedar masih bergaru lg smpai ke siang.tolong lah akak...akak dh x tahan lg dlm beberapa ari ini macam2 cara akak laku kan seperti bedak sejuk d campur ngan air garam,mandi air panas bercampur garam tapisemua itu x mndatang kan kesan apa2..klau d ikut kan ati rasa nk menjerit sekuat ati..tapi akak masih bersabar n ingat tuhan.harap dpt bantu akak..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak engku..sy rs saya terkena dgn meroyan kulit..sy br dlm pntg 15 hari..sy rs gatal2 dr hari ke10 la..hr ni dah 5 hari gatal..mskin hr makin gatal..dah ke klinik ambil ubat sapu hilg gatal,tp masih lg gatal sgt,malah makin hari makin gatal..bgmana nak rawat kegatal ini?..bila dah mlm,kulitakn jd gatal sgt2 hgga tak dapt tdo lena beberapa hr ni..tolongla kak engku bg nasihat...

    ReplyDelete
  10. Askum...ade tak ubat mhilang kn meroyan

    ReplyDelete
  11. Saye terkena meroyan angin,.slalu ktakutan, mlihat bayang2, terdengar orang bercakap.badan sejuk panas...tak dpat tdow malam...
    Mana tempat dpat rawatan

    ReplyDelete
  12. sejak mlahirkan anak pertama ..saya selalu penat..rahim asyik jatuh..rase penat walaupun bjalan sedikit..

    ReplyDelete