KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

26 March 2014

Pengabaian Penjagaan Diri Ibu Semasa Pantang

Akibat mengabaikan penjagaan diri semasa pantang bersalin, ramai ibu moden menghidap pelbagai penyakit. Antaranya, bisa tulang, bisa badan, kebas dan bengkak otot dan sendi, sakit pinggang dan ari-ari, keluluran rahim, hakisan mulut rahim, keluaran atau lelehan berlebihan, ketumbuhan pintu rahim, longgar saluran sulit, tiada daya kemutan, lemah tenaga batin dan dingin.

Walaupun berjaya melangsingkan badan serta mengempiskan perut menerusi senaman, apabila dilihat tanpa pakaian, kulit perut menggeleber kendur dan berjalur, bahagian payudara pula kecut dan lembik.

Terdapat ibu moden yang sengaja memilih cara kelahiran melalui pembedahan bagi mengelakkan kelonggaran saluran sulit atau luka terkoyak di faraj. Tanggapan tersebut lahir daripada pengetahuan mereka yang dangkal tentang peranan rahim atau peranakan yang mengambil tempat utama dalam kesihatan kewanitaan. Jikalau rahim masih bengkak atau luka, tentulah kesihatan saluran faraj akan terjejas, yang mengakibatkannya longgar dan berair.

Sebagai jalan mudah, ramai ibu moden yang berkemampuan menjalani pembedahan bahagian sulit untuk merapatkan kembali saluran faraj kerana kononnya mahu menjadi gadis sepanjang hayat. Pembedahan seperti ini telah menjadi buah mulut kaum lelaki yang mengatakan kesan berjimak adalah seperti meniduri getah yang dijahit rapat. Tiada lagi kemutan semula jadi kerana pembedahan itu telah mematikan urat saraf.

Walau bagaimanapun, teknologi baharu itu merupakan suatu kejayaan bagi kaum ibu untuk mempertahankan aset kewanitaannya. Tetapi seyogia diingatkan agar jangan hanya mengharapkan saluran yang rapat sahaja untuk membantu memelihara keharmonian rumahtangga. Sebenarnya penjagaan rapi anggota dalaman ialah aspek terpenting bagi setiap wanita kerana pintu rahim ialah asas kebahagian seorang perempuan sebagai isteri.

Bagaimana rapat rapi pun saluran faraj, jikalau bahagian rahim menghidap sakit puan, maka lemahlah saluran faraj. Apabila rahim kendur, wajah seorang wanita akan kelihatan lebih berusia daripada umur sebenarnya. Apabila bahagian ujud anggota uzur, maka proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

Muka dan anggota luaran dapat diubah dengan cara pembedahan plastik, tetapi malangnya prosedur sedemikian tidak dapat dilakukan ke atas rahim. Kehilangan rahim akan mengganggu hormon wanita. Gangguan hormon ialah sesuatu yang sukar diatasi, melainkan diberi rawatan atau bekalan hormon tumpangan yang direka khas untuk wanita putus haid. Rawatan ini akan memberi kesan sampingan kepada wanita yang tidak tahan atau alah. Walaupun kebanyakan pakar perubatan menafikan wujudnya kesan sampingan rawatan hormon tersebut, yang jelas dapat dikesan ialah peningkatan berat badan yang sukar dikawal.

Rawatan tradisional dan petua orang tua-tua dahulu ada banyak faedahnya jika diamalkan dengan penuh kesabaran dan teratur. InsyaAllah kaum wanita tidak akan terperangkap dalam keadaan yang menyedihkan ini. Sangatlah rugi jika seseorang wanita itu angkuh serta sombong dan tidak mahu mempratikkan cara-cara yang dipandang rendah dan tidak setaraf dengan kehidupan masa kini, sedangkan masyarakat sedunia hari telah beralih pandangan kepada kaedah semulajadi dan alami menerusi rawatan perubatan herba serta bebas daripada bahan dadah dan kimia tiruan.

Oleh yang demikian, sejarah telah membuktikan petua orang tua-tua dahulu memang berguna dan beruntunglah kaum wanita sekarang yang dapat mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan kesabaran.

6 comments:

  1. assalamualaikum kak engku..
    sy bersalin secara pembedahan & x mengamalkan cara berpantang dengan betul krn tidak mempunyai pengetahuan dlm berpantang..sudah hampir 2 bulan slps bsalin..masih mampukah utk menjaga dalaman & bentuk badan saya?...
    andaikata masih ada peluang utk saya menjaga dalaman,boleh x kak engku bg pandangan & pendapat? tolong syorkan sekali produk yg sesuai utk saya krn saya tidak mgamalkan apa2 produk melainkan ubat klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hajar,
      Tahniah dah dpt bb. Untuk makluman puan, puan masih mampu untuk menjg dalaman n bentuk bdn puan wlpun dah hampir 2 bulan lps bersalin. Mana2 set bersalin pd akak semua ok. Puan blh buat pilihan mana2 set bersalin. Jika ada masalah insyaallah akak cuba bantu. Tq

      Delete
  2. salam k'engku..sy x tahu nak guna set apa, boleh x k'engku cadangkan pd sy? mungkin ada pil-pil dr produk yg kak engku boleh syorkan pd saya..bengkung sy ada dah,tp x pakai sbb x brani ..org kata klu ceaser x boleh pakai bengkung..krim pun sy x beli sbb prg kata x boleh sapu apa2 krim kat bhgn perut..sy harap sgt2 kak engku boleh tlg saya..terima kasih byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hajar,
      Klau nak blh ambil loose nona roguy atau mana2 set bersalin. Cth klau nona roguy blh ambil pil phytonatal n akar herbanika n krim herbanika. Krim blh sapu 3 jari jarak dari luka bedah. Klau luka dah sembuh takde masalah blh sapu. Tq

      Delete
  3. slm kak engku,saya sedang berpantang hari ke 31.raya ke empat ni suami bercadang untuk beraya di penang dan perak.utk pgetahuan,kami tinggal di n.sembilan.boleh ke saya yang masih lagi dlm tempoh berpantang melakukan perjalanan jauh?satu lagi,sampai bila bayi kena dimandikan dgn air suam?terima kasih ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, utk berjalan jauh dan sekiranya keadaan kesihatan mengizinkan, takde masalah utk dilakukan, tetapi perlu diingat agar sentiasa selesa diri sepanjang perjalanan tersebut.

      Dan mengenai mandikan baby ngan air suam seeloknya biarlah sehingga 3 @ 4 bulan

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.