Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.
Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.
Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.
Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.
Penjagaan Dan Rawatan Luaran
Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.
Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.
Panduan Cucian Bahagian Sulit
Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.
Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi
Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.
Panduan Mandian
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.
Panduan Berbarut Atau Berbengkung
Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.
Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.
Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.
Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.
Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.
Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.
Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.
Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.
Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.
Penjagaan Dan Rawatan Luaran
Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.
Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.
Panduan Cucian Bahagian Sulit
Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.
Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi
Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.
Panduan Mandian
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.
Panduan Berbarut Atau Berbengkung
Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.
Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.
Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.
Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.
Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.
Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.
DAPAT INFO YG SGT BAIK DISINI...TQ K.ENGKU..TP SY MASIH BELUM JELAS TENTANG PEMAKAIAN BENGKUNG LPS BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN KERANA KEBANYAKKAN ORANG BERIKAN MAKLUMAT YANG BERBEZA..KERANA KEBANYAKKAN MELARANG PEMAKAIAN BENGKUNG SELEPAS BERSALIN SECARA BEDAH..K.ENGKU BOLEH JELASKAN LAGI?
ReplyDeleteIntan Maizura: Klu nak pakai bengkung nie boleh, tapi kene tunggu luka bedah baik dulu dan tidak boleh diikat terlalu ketat.
ReplyDeleteasalamualaikum..kak engku mcm mn pulak dengan pemakanan pulak..ap yg blh dan elok dan ap yg dlarang,,,kak engku blh bg tahu...
ReplyDeletewsalam, akak rasa akak ade pos dlm blog nie, nanti search ye hehehe ok jumpe lagi
ReplyDeletesaya nak tanya...
ReplyDeleteboleh saya tahu penyakit apakah yang dpt menyebabkan perempuan itu cume bole bersalin secara pembedahn sahaja?
Salamkak engku, sy nak tanya.sy bersalin secara pembedahan,tapi luka pembedahan masih lagi sakit walau dah masuk hampir sebulan.tambah lagi, hujung jahitan sy ada kelihatan seperti berair dan bernanah..sy rasa sakit apabila bergerak.boleh tak kak engku bgtahu bagaimana ianya boleh berlaku.
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeletemekasih sudi tanya akak. Klau perempuan tu ada HIV mungkin kena operate.tq
salam anonymous,
ReplyDeleteProses penyembuhan luka bedah mengambil masa yang lama untuk sembuh. Jika pemakanan dan jagaan luka tidak dititikneratkan, proses penyembuhan luka akan menjadi lebih lama. Jika luka bedah keluar discaj, bernanah dan kemerahan akak masihatkan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan dan rawatan antibiotik ye. Tq
Salam... kak engku.... benar kah org kata.....ikan haruan baik utk penyembuhan luka dlman,bg bersalin cr pembedahan
ReplyDeletewsalam, klu mengikut amalan tradisional, memang betul ikan haruan dapat cepat menyembuhkan luka bersalin
ReplyDeletekak engku,sy nk tau pe mknan yg harus ke pantang??sy myusu bdn tok bby sy cm mn nk elakkn die cirit birit semase sy mkn ubt2@herba2 spt kapsul pati haruan???
ReplyDeletememang menjadi kebiasaan apabila kita makan jamu, baby juga akan terkena kesannya. So nasihat akak klu baby cirit birit atau panas cuba kurangkan dos pengambilan jamu tersebut, tgk dan pantau keadaan baby adakah kesan tersebut sudah ok.
ReplyDeletekak engku, sy berkemungkinan terpaksa bersalin secara c-sect. perlu ke sy sediakan juga set bersalin ni? t.kasih.
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeletemekasih sudi tanya akak. Selepas bersalin kita dinasihatkan berpantang, berurut, bertungku dan mengambil jamu untuk mengekalkan tahap kesihatan dalaman dan luaran. Bersalin normal atau czer puan tetap memerlukan penggunaan set bersalin. Tq
salam kak engku...saya nak tanye lebih lanjut tentng pemakaian bengkung bagi ibu bersalin cser..kak engku said boleh pkai tapi tunggu luka bedah sembuh..maksud kak engku luka bedah yang diluar atau didalam??
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeletemaksud akak luka di bahagian luar. Di bahagian dalam mengambil masa untuk sembuh. Sebab tu akak sarankan bila pakai bengkung dengan longgar je. Tq
salam
ReplyDeletesaya ingin bertanya bagaimana yang dikatakan rwtn secara tradisional yang teratur?anak saya br baik kuningnya, adakah boleh minum minuman herba dan jamu setelah kuningnya ok?saya memakai bengkung tetapi tidak kena pada jahitan pembedahan.boleh ke pakai bengkung kena pada jahitan tu?saya baru 2 minggu melahirkan anak. time kasih
wsalam, rawatan teratur tu cthnye macam bertungku, berurut, mengamalkan pemakanan jamu, berpantang dengan betul dll lagi. ok mengenai pemakaian begkung, klu boleh biar luka bedah tu baik dulu baru pakai bengkung, itupun takleh ikat ketat ketat ye.
ReplyDeletesalam kak engku saya baru seminggu melahirkan anak secara caezer blh tak saya minum akar kayu n jamu.saya risau nk minum tu sume sblm ni saya bersalin secara normal ahli keluarga saya pun tiada pngalaman bersalin pembedahan tolong bagi tunjuk ajar pantang operation ni skrg saya cuma makan ikan haruan dengan healin gamat sahaja benar ke tak boleh minum air banyak semasa dalam pantang ni
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteAkak nasihat jgn minum akar kayu n jamu lagi. Klau blh tunggu slps 14 hari bersalin @ sehingga demam kuning bb settle. Dlm pantang puan blh minum banyak air. Jgn risau ye. Menu diet dlm pantang yg ada kat dlm blog akak insyaallah dpt jd panduan. Selamat mencuba dan jumpa lagi.
slam kak engku saya baru 2 minggu bersalin bolehke luka dibhgn luar disapu dengan manjakani untuk cepat keringkan luka, bagaimana pula dengan khasiat pokok dukung anak adakah boleh menyembuhkan luka dlaman pula...
ReplyDeleteSalam siti,
DeleteTahniah dah dpt bb. Akak nasihatkan jgn sapu apa2 ubat @ krim pd luka bedah. Pastikan ia sentiasa bersih dan kering ye. Tq
asalamualaikum kak engku..
ReplyDeleteisteri saya brsalin melalui kaedah pmbedahan,selama 2bulan ni dari hari dia brsalin dia nmpk pucat,lesu,rasa pening kadang2 rasa nk pengsan(tak bermaya)apakah yg patut saya buat..bole tak akak kongsi petua makanan yg d syorkan utk isteri saya(brsalin memlalui pmbedahan.tq kak engku..
salam kak engku....
ReplyDeletesaya bersalin melalui pembedahan. bolehkah saya menggunakan produk bersalin sendayu tinggi semasa tempoh berpantang ni?
waalaikumsalam anonymous,
ReplyDeleteTerima kasih sudi tanya akak. Akak nasihatkan bawa isteri jumpa doktor untuk pemeriksaan rapi. Teruskan pengambilan haematiics/vitamin. Dalam blog akak beberapa menu diet dalam pantang, insyaallah dapat jadi panduan. Tq
salam anonymous,
ReplyDeleteBersalin secara czer boleh menggunakan set bersalin sendayu tinggi. Cuma cara penggunaan je berbeza. Tq
asslmkum k.engku..sya bersalin secara pbedahan..bby sya mhidap pnykit G6PD..bby plak nyusu kat sya..sya dnasihatkan agar x memakan jamu2@ubat tradisional krna akn mbhyakan bby..cmne cra sya nak bpantang?
ReplyDeleteWaalaikumsalam anonymous,
DeleteMaaf lambat reply. Tahniah. Anak g6PD blh mkn jamu. Dinasihatkan mengambil jamu jika anak takde penyakit demam kuning @ klau ada demam kuning tunggu sehingga demam kuning settle baru mkn jamu. Dlm masa pengambilan jamu sentiasa buat pemantauan ye. Tq
salam..saya bersalin cara pembedahan awal bulan 1, hingga sekarang saya belum makan sebarang ubat berpantang.. blh cadangkan apa jenis set yang saya blh mkn sekarang.
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteMaaf lambat reply. Bersalin secara pembedahan puan masih blh mengambil ubat dlm masa pantang. Terpulang pd puan intuk membuat pilihan. Mana2 set bersalin pun boleh guna. Cuma cara penggunaan je berbeza. Tq
Assalamualaikum Kak Engku, saya baru bersalin secara c-zer 9 hari yg lepas. Saya ada beberapa soalan;
ReplyDelete1) Berapa lamakah luka luar dan dalam akan sembuh sepenuhnya?
2) Bilakah hari yang sesuai untuk saya berurut?
3) Bilakah saya boleh memulakan pemakanan jamu?
Waalaikumsalam Rini,
DeleteTahniah dan maaf akak lambat reply. Jawapan untuk soalan yang ditanya;
1)Bergantung pd cara berpantang. Biasanya mmg ambil masa yg lama.
2)Bila2 pun boleh tp dinasihatkan TIDAK BERURUT di bahagian perut @ luka bedah.
3)Blh ikut buku panduan pengambilan mana2 set bersalin yang telah di pilih. Cuma akak nasihatkan ambil selepas 14 hari bersalin ye. Tq
Salam. Saya ingin bertanya. Isteri saya bersalin pada minggu lepas. Cukup lima hari dapati jahitan nya terbuka. Saya hantar ke hospital dan dicuci srlama 4 hari dan dijahit kembali. Setibanya dirumah semalam, nampak ada jesan darah keluar pada bahagian jahitan yang lain pula. Adakah ianya kesan dressing atau sekali lagi kebocoran. Mohon nasihat juga apakah faktor jahitan luka boleh terbuka. Wasalm
ReplyDeleteSalam azreen,
DeleteMekasih sudi tanya akak. Akak bersimpati atas apa yang berlaku. Akak nasihatkan lakukan dressing sendiri @ maksud alak lap dgn kapas yang bersih dulu. Jika ia berlarutan, bawa isteri ke hospital ye. Penjagaan luka bedah mmg penting, jangan angkat berat n sentiasa ampu luka bedah jika batuk n bila terasa sakit bila melakukan pergerakan. Pastikan bhg luka sentiasa kering. Jgn bg tekanan pada luka bedah ye spt getah panty ke atau memakai bengkung yg ketat. Jg pemakanan masa dlm pantang betul2 ye. Insyaaallah byk membantu dlm proses penyembuhan luka.
SALAM KAK ENGKU... SAYA NK TANYA LA..
ReplyDeleteSAYA DH BERSALIN SECARA CZER HAMPIR 3BLN LBH.. TP SAYA MASIH TERASA NGILU SEPERTI BENANG JHTN DBHGN DALAM PEROT... BAGAIMANA SAYA HENDAK PAKAI BENGKUNG? SAYA PERNAH CUBA TAPI TERASA SAKIT...
Salam Rania,
DeleteTahmiah n terima kasih sudi tanya akak. Proses penyembuhan luka bedah mmg ambil masa yang lama. Untuk memakai bengkung bg yg bersalin czer, dinasihatkan palai slps 2 bulan. Memandangkan rania telah 3 bulan bersalin. Rania blh pakai bengkung tapi dengan longgar sahaja dan jangan seselali beri tekanan pd luka bedah ye. Tq
Salam,ank pertama sy umur setahun 7bln lahir secara czer,skrg tgh mengandung 7bln,set bersalin apa yg sesuai sekiranya sy terpaksa bersalin secara czer lg,suka blog kak engku byk info yg sy dpt.
ReplyDeleteSalam ila,
DeleteTerina kasih sudi tanya akak dan terima kasih jugak jd pembaca blog akak. Semua set bersalin ok. Cuma cara penggunaan je berbeza.
Assalamualaikum kak engku.
ReplyDeleteSaya dah bersalin anak kembar secara czer 27 hari, masih terasa sakit ditmpat jahitan. Di hujung jahitan ada kesan merah dan nanah ckit. Dah pegi klinik Dr bg ubat sapu utk keringkan luka tsbt. Bila agaknya sakit tsbt akan hilang. Bila sentuh ditmpt jahitan terasa bengkak kat dalam. Bantu saya utk pulih cpt. Tmbhn sy. menyusukan anak.
Wsalam anonymous,
DeleteTahniah dpt twin bb. Proses penyembuhan luka mmg ambil masa yg lama. Byk2 bersabar dan pastikan bhg luka bedah sentiasa kering. Makan semasa dlm tempoh pantang jg elok2 ye. Silap mkn luka lambat sembuh. Tq
askum
ReplyDeletekak engku,sy bru smggu bsalin scara opert...sy nak tahu makanan ape yang blh sy makan smase bpantang...selain ikan bakar n sup sawi?lg pn bb sy ada kuning...
wsalam fizahrahim,
DeleteTerima kasih sudi tanya akak. Tahniah. Dalam blog akak ada post entri pasal menu diet dalam pantang. Insyaallah dapat jadi panduan. Masalah bb kuning teruskan bf dan elakkan pengambilan jamu, halia, lada hitam ye. Bg bb susu ibu dgn lebih kerap tanpa kira masa. Pastikan bb aktif dan kerap menyusu ye. Tq
A'salamualaikum
ReplyDeleteSoalan 1 :
Saya sudah 45 hari bersalin secara czer.Rasa sakit dipinggang, senak di bawah perut dan sengal di paha.saya ada bertungku tapi tidak kosisten.setelah membaca blog kak engku saya sedar yang saya kurang menitikberatkan kaedah bertungku dan berbarut.adakah cara untuk saya memperbaiki kesihatan saya ini kerana sudah hari ke 45 bersalin?
Soalan 2 :
Bilakah tempoh sesuai untuk ibu yang bsalin secara czer untuk melaksanakan rejim senaman earobik?
Waalaikumsalam rehan,
DeleteTahniah. Masih belum terlambat. Puan blh teruskan...insyaallah tak memudaratkan.
2. Tempoh masa untuk laksanakan rejim senaman aerobik bergantung pd tahap kesihatan puan. Akak nasihatkan mulakan dgn senaman ringan dulu ye. Tq
assalamualaikum kak engku..
ReplyDelete1.lilyn bersalin czer kali kedua bg anak ke 3dh 46 hari tp masih terasa pedih di bahagian kiri dalam perut secara on off.kadang2 parut bedah terasa ngilu dan berdenyut.kenapa ini terjadi memandangkan czer anak kedua lilyn tidak merasa sakit begini.
adakah kerana lilyn terlalu banyak bergerak menjaga anak yang selalu menangis dan berjaga malam?
2.anak lilyn mendapat hernia pusat.Banyak menangis terutama waktu malam.adakah hernia lebih kuat menyerang pada waktu malam?
Waalaikumsalam lilyn,
Delete1. Proses penyembuhan luka mmg ambil masa. Memandangkan lilyn sudah ada 1 parut bedah. Bykkan rehat n rancang aktiviti harian. Jika perlu dptkan bantuan suami @ pengasuh.
2. Hernia akan lbh tertonjol jika bb kuat nangis tanpa kira mlm atau siang. Tq
salam...klu deliver secara ceaser, bleh ke nk berurut?bl bjln rs skt kt perut..kanan & kiri masih skt w.pn dh msuk 3 minggu...
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteBoleh urut tp jgn urut di bhg perut ye. Sakit slps czer normal dan mmg ambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Teruskan pengambilan ubat tahan sakit ye. Tq
Salam sy dh sbulan beranak czer...blh x klu sy sapu minyak herbanika nona roguy kt perut
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteKlau luka bedah bhg luaran dah sembuh blh sapu minyak. Insyaallah takde effect apa2. Tq
Salam anonymous,
DeleteKlau luka bedah bhg luaran dah sembuh blh sapu minyak. Insyaallah takde effect apa2. Tq
as'kum kak,saya dah bersalin secara caesarian 6 bulan.ni pembedahan kedua bagi saya,masalahnya saya mempunyai perut yang berlipat,bila saya bertungku perut saya kurang berlipat tp apabila saya tidak bertungku lagi lipatan itu telah menutupi kesan pembedahan saya hingga menyebakan kulit saya melecet.apa yang harus saya buat untuk mengatasi kesan itu.
ReplyDeleteWsalam,
DeleteNasihat akak gunalah bengkung atau setiap kali selepas mandi pastikan puan sentiasa anginkan bhg luka bedah di hadapan kipas meja. Elakkan dari berpeluh n kelembapan. Insyaallah bahagian yang melecet akan cepat sembuh. Tq
salam kak engku. saya nak tanya, anak pertama dulu saya operate bentuk T, betul ke anak yang kedua nie juga berisiko untuk operate??? kalau dah operate 2 kali, anak ke3 juga bakal dioperate ker dan hanya boleh menimang 3 cahayamata jek???
ReplyDeleteSalam,
DeleteKlau anak 1st czer, anak ke 2 tak semestinya czer. Biasanya doc bg peluang untuk trial of scar. Tapi bergantung pd keadaan n penyebab kenapa anak 1st czer. Kebiasaanya peluang yg diberi hanya 3 kali je klau czer. Tp bergantung pd keadaan luka bedah jugak. Ada juga kes doc bg peluang sampai 4 kali. Segala2nya bergantung pd pemeriksaan doc tq
salam,kak engku,saya baru bersalin czer 4 hari , anak saya ada kene kuning , makanana mcm mane yang elok saya makan ? kalau saya minum air oren elok x utk jahitan dalaman ? lagi satu kalau nak pakai bengkung atas tempat jahitan ke atau sebalik nya ?kadang2 tmpt jahitan saya lembab . tqvm kak engku .
ReplyDeleteSalam,
DeleteTahniah dpt bb baru. Masalah bb kuning, pn bg bb susu ibu lbh kerap tanpa kira masa ye. Pastikan bb aktif n kuat minum. Insyaallah kuning akan cepat hilang. Untuk menu pantang, blh search menu diet dlm pantang. Insyaallah dpt bantu. Air oren blh minum dpt cegah sembelit. Klau czer, bengkung blh pakai bila luka bedah dah sembuh. Kecuali bengkung moden yg special untuk czer mmg blh terus pakai. Klau bengkung bertali elakkan dulu, bila pakai nanti pakai dgn longgar je. Jgn ketat2 takut bg tekanan pd luka bedah. Tempat jahit jgn bg lembb. Pastikan sentiasa kering. Ada masa duduk depan kipas meja n sentiasa anginkan. Insyaallah luka akan cepat baik. Amin.
salam. kak engku saya dah 40 hari berpantang selepas bersalin czer, boleh x saya bertangas?
ReplyDeleteSalam, boleh.
Deletesalam kak engku...sy bru lpas brsalin bedah 3bln..sy nk tanya,bile waktu yg sepatutnya utk mula brsenam secara perlahan?sbb sy dh kategori obes 1 dn diabetic on diet control..senaman apa yg boleh?cth brbasikal/tridmill dlm gym @ aerobic?
ReplyDeleteSalam,
DeleteKlau senaman ringan lepas operate dah blh buat. Senama yg lasak @ berat tu terpulang pd puan. Jika puan dah betul2 sembuh bila2 pun boleh mula. Tp seelok2nya tunggu slps 6bulan ye. Tq
Salam akak,saya nk tnye saya dh 40 hari brsalin secara czer tp tmpt czer hujung sebelah kanan merah dn brnanah,saya dh buat dressing sendiri tp skrg saya nampak benang dr dlm trkeluar 3cm then brnanah...saya cuci dgn ubt cuci pusat bb, tolong saya akak apa yg perlu saya lakukan ttg benang tu..
ReplyDeleteSalam,
DeleteAkak nasihatkan ke mana2 klinik untuk pemeriksaan oleh doktor ye. Mungkin puan perlu ambil rawatan antibiotik sbb luka czer dah bernanah. Tq
sy pernah mengalami masalah benang terkeluar dihujung jahitan opret sehingga menyebabkan ia lmbt nak kering. saya potong benang tu .. alhmdllh, lps tu ia beransur kering. saya sapu ubat pusat baby pd luka tu, lps tu anginkan..
ReplyDeletesaya dh38hari brpantang..saya bersalin ceasr kali ke 3 dan sudah btl.saya ada masalah jahitan bengkan n nanah di hujung n tengah.sudah dpt rawatan doktor..setiap hari dressing setekah jahitan dibuka dan sonotron.luka tdk dijahit semula ttp di sapu cream utk luka bertaut semul.alhamdulillah makin pulih..yg penting kes saya byk benang tpaksa dibuang bg elak infeksi yg mana sepatut benang dlm seharusnya sudah reput dgn sendiri slepas 1w..
ReplyDeletesaya bersalin operate.....mcm mana nak mandi yg betul
ReplyDeleteMandi macam biasa, cuma pastikan tempat luka bedah tak dibiarkan lembab. Cuba anginkan dgn kipas selepas mandi supaya luka tidak lembab.
Deletesalam kak..sy baru bersalin 8 hari..luka episiotomi sy sakit mencucuk2..dan sy perasan ada benang yg timbul di situ..apa yg patut sy buat?
ReplyDeleteSalam,
DeleteTahniah dah dpt bb. Jika sakit mencucuk2 & tak selesa lbh baik ke klinik untuk pemeriksaan ye.
salam..
ReplyDeletekak engku saya dah 1thn brsalin ceasr
bleh xsy nk mengandung lg????
tq
Salam kulo,
DeleteDinasihatkan rehat sekurang2nya 2 tahun. Tq
sy baru 36hari berpantang dan bersalin secara pembedahan. masalah saya sekarang, boleh tak saya nk angkat anak saya seberat 12kg utk tujuan naik buaian? berkemungkinan tak jahitan saya terbuka?
ReplyDeleteSalam.
DeletePuan dinasihatkan tidak mengangkat berat kecuali bb sahaja. Dikhuatiri jahitan terbukak. Sebgai langkah berjg2 lbh baik jangan. Tq
assalamualaikum,sy bru 41 hri bersalin scara operation..dan baru dapat tawaran ujian kecergasan fizikal pmbantu pnguatkuasa... kalau sya mngikuti ujian trsbut adkah ad kesannya? xsgka pulak rezeki Allah nk bg...tp ada dugaaannya...
ReplyDeleteWsalam ika,
DeleteMaaf bidang tugas untuk menjlni ujian tu akak tak pasti. Klau ia tidak mendatangkan kemudaratan teruskan aje. Tq
Assalamualaikum wbt Kak Engku..sy sudah dalam 30hari berpantang bersalin secara pembedahan..sy nk tnya..apakah lada hitam dan halia boleh dimakan sewaktu tempoh berpantang ni?ada orang bgtau sy lada hitam dan halia tak boleh makan sewaktu berpantang memandangkan sy dibedah..tkt luka bedah terbuka kerana panas..terima kasih
ReplyDeleteWsalam mimahajil,
DeleteDlm pantang blh mkn halia n lada hitam. Tak boleh mkn sbb takut bb kuning je. Sikit sebyk ia akan beri kesan pd penyusuan. Bukannya kesan pd luka bedah. Tq
kalau bersalin operation, boleh tak saya gunakan bengkung hai-o...dan tilam zhulian cantiago sebagai langkah untuk mempercepatkan proses pemulihan?? saya dah habis cuti kuota kerajaan. ini anak ke 6.....cuti tanpa gaji...hanya cuti sebulan sahaja
ReplyDeleteSalam,
DeleteMaaf akak tak pasti. Klau ia tidak memudaratkan boleh aje. Tq
salam kak engku, saya bersalin 6 hari yg lalu dan terus bt BTL 4 hari yang lalu. sekarang bhg perut msh kembung dan bhg jahitan terasa gatal. Bagaimana cara penjagaan yang betul?
ReplyDeletesalam,
DeleteCara penjagaan yang betul, puan kena jg pemakanan dlm pantang betul2 ye. Insyaallah masalah yg di alami dapat di atasi.
Salam k.engku,sy nk tnye,sy bru lepas bsalin scare pmbedahn,blehx sy mkn mknn y ada telur?mcm scrmbl egg,sy bru5hr bsalin.tq ye
ReplyDeleteSalam. Klau ikut perubatan mmg takde pantang. Semua boleh mkn. Nasihat akak tunggu dulu ye. Tq
Deletesalam. saya nak tahu, selepas caesar, perut saya terus kempis sampailah sekarang (sudah sebulan). adakah keadaan itu ok? sebab selalunya lepas bersalin perut kita masih besar kan? terima kasih banyak-banyak. blog puan sangat membantu. Allah saja yang dapat membalas.
ReplyDeleteWsalam,
DeletePerut kempis alhamdulillah. Jika tak jg mkn n berpantang betul perut mmg akan besar. Terima kasih jd salah srorg pembaca blog akak. Moga usaha akak mendpt manfaat buat semua. Amin.
kak engku..sy bersalin czer..dah hari yg ke 20..tp darah nifas masih ade..sy nak tau, slalunye utk czer brape hari tempoh keluar darah nifas? utk pngetahuan, luka jahitan blom baik sbb ade darah beku..so kne dressing hari2..
ReplyDeletesaya bersalin anak ke5 cara czer walaupun 4 sebelumnya normal..saya berpantang sendiri, dah hampir 30hari..tempat luka tak sakit kecuali kalau ditekan..perut saya dah kempis tapi masìh menggelember sebab tak bertungku..saya cuma ada tungku besi yang memang berat kalau nak angkat..saya risau luka akan terbuka jahit..saya dah pakai bengkung dan sapu minyak dibahagian perut, tapi tempat luka tak disapu, ikatan dibahagian luka saya longgarkan.. Ada tak cara yang lebih cepat untuk tegangkan semula perut tanpa bertungku? Blog kak engku sangat informative untuk org berpantang sendiri..
ReplyDeleteSalam, tahniah. Proses penyembuhan luka slps bersalin mengambil masa untuk sembuh. Apa lagi luka operate, walaupun di bhg luar dah kering n bercantum elok. Tp luka di dlm masih belum sembuh. Bersalin czer mmg tak blh bertungku kecuali di bhg anggota bdn yg lain. Untuk mengembalikan perut spt biasa, kena terus berbengkung n berpantang mkn. Jg minum ais n minum air sambil mkn ye. Insyaallah.
Deletesalam.. kak engku..saya dah 26 hari bersalin secara c-zer. smlm saya pi klinik doktor bagi tahu jahitan saya telah kering..tp ada jahitan yang masih belum tanggal lagi di bahagian permulaan dan hujung..selalunyer benang akan tanggal sepenuhnya mengambil masa berapa lama? ini kali pertama saya bersalin secara c-zer. diharap kak engku dapat membantu. terima kasih
ReplyDeleteWsalam, Tahniah. Biasanya benang akan tanggal sepenuhnya dalam 2 minggu. Ia bergantung dengan cara berpantng terutama Makan semasa dalam pantang. Jika benang masih belum tanggal slps 2 minggu atau luka bedah bedah merah, gatal atau keluar discaj kena jumpa doktor segera ye. Tq
DeleteAssalamualaikum kak Engku...
ReplyDeleteSaya difahamkan memakan telur boleh menyebabkan jahitan c-sect akan bernanah dah terbuka. Boleh tak Kak Engku beri nasihat bagaimana cara terbaik utk menjaga bahagian jahitan agar tidak terkena jangkitan, nanah atau tetas? Terima kasih...
Wsalam,
DeleteTelur sebenarnya blh mmbantu proses penyembuhan luka. Disbbkan fahaman yg salah, pengambilan telur blh mybbkan luka bernanah n terbuka. Apa yg penting luka hendaklah sentiasa kering n jgn bg tekanan pd luka bedah ye. Luka bernanah n lambat sembuh disbbkan oleh jangkitan kuman. Penjagaan luka bedah akak dah pos entri dlm blog nie. Nanti search ye. Tq
Salam Kak Engku...
ReplyDeleteSaya di jadualkan utk c-sect pada 7 Sept 2012 ni. Saya berminat dgn product penjagaan lepas bersalin jenama NR dan amway. Yang mana satu lebih sesuai utk saya jika saya ingin menyusukan anak? Bila masa sesuai utk mengamalkannya (makan ubat, berbengkung, mandi herba)? Berapa harga set penuh utk kedua2 jenama? Utk pengetahuan Kak Engku, saya tinggal di Shah Alam sek 24.
Wsalam,
DeleteKedua2 set bersalin ok dan sesuai untuk penyusuan. Llau diberi pilihan, akak pilih nr. Pengambilan produk blh ikut buku panduan. Cuma akak nasihatkan mula slps hari ke 14 bg produk dlman. Bengkung slps luka bedah sembuh, blh guna bengkung czer tong tai. Insyaallah tak bg tekanan pd luka bedah. Kedua2 set adalah harga rm290.00 Berminat blh isi form kat blog akak nie ye. Tq
Kak Engku, tuaman menggunakan batu/ besi tu sama mcm bertungku ke?
ReplyDeleteSalam,
DeleteBertungku menggunakan batu, besi atau tungku herba adalah sama sahaja. Tq
Salam Engku,
ReplyDeleteTerima kasih sudi menjawab soalan sya di atas. Boleh tak kak Engku jelaskan bengkung czer tong tai? Kelebihannya dan harga? Tq...
Wsalam, klu nak tgk cara pemakaiannya, cuba masuk youtube search bengkung czer, akak ade upload video kat situ hehehe, nanti tgk ye. ataupun klik kat link bawah nie.
Deletehttp://www.youtube.com/watch?v=A8IEDllWic8&feature=youtube_gdata_player
salam,
ReplyDeletesaya nak bertanya, saya baru saja bersalin c-sect dah masuk 26 hari..sepanjang 26 hari..saya hanya berpantang makan ikan haruan..alhamdulillah,luar jahitan pada perut saya kering dgn elok dan tiada nanah.soalan saya
1. Kawan saya ada beritahu,makan ikan haruan terlalu banyak dan kerap semasa berpantang tak elok untuk ibu bersalin c-sect, dan kemungkinan boleh effect barah? betul ke?
2. Kawan saya juga ada syorkan untuk guna 1 produk nama GAMOGEN, tp bila saya search int. produk tu dah di haramkan kerana mengandungi steroid yang boleh menyebabkan barah kalau di amalkan pengambilannya? boleh beri pandangan sekiranya puan pernah maklum tentang produk ini.
terima kasih
Wsalam,
DeleteTahniah dah dapat baby.
1)Maaf akak tak pernah jumpa pulak kajian saintifik pasal nie. Nasihat akak cuba dapatkan dari sumber yang sahih ye.
2)Maaf akak tak pasti perkara nie. sory ye...
sama-sama
salam..
ReplyDeletesaya dijangka melahirkan anak pertama pd oktober ini. utk mkluman puan, sy disemester akhir pengajian dan bwecadang utk berpntang hanya 2 weeks. apa nasihat puan sbgai persediaan agar sy cepat sihat ketika kmbali ke kuliah?
Wsalam aara,
DeleteBerpantang untuk tempoh 2 minggu amat singkat. Gunalah masa 2 minggu sepenuhnya. Nasihat akak, ambil masa sebaik mungkin perah susu n buat stok. Susu ibu mknan terbaik untuk bayi. Jg pemkan, berurut n bertungku sebaik mungkin. Insyaallah bdn akan cepat sembuh. Tq
salam,
ReplyDeletekak engku, sy bersalin scr c-zer 2 bln lps..skrg da naik bekerja..sy berpantang (makanan) 40 hari shj slps itu sy mkn ape je yg sy suke..sy tak amalkan set bsalin ape2, tp sy fully bf..bdn sy dpt semula mcm sblm pregnant, tp sy risau luke dalaman x sembuh sepenuhnya...sy hya panggil bidan urut shj tp tak amalkan ape2 set bersalin..
soalan: boleh ke sy ambil set itu selepas 3 bulan memandangkan sy c-zer dan tak ambil ape2 set sblm ini..apakah saranan kak engku utk brand yg patut sy gune bg ibu2 yg menjalani c-zer?harap k.engku dpt mbantu..tq
Wsalam nurha,
DeleteSetelah 3 bulan bersalin, rasanya boleh beli loose. Takut beli set tak guna dan mmbazir je. Klau berminat blh beli phytox dan akar herbanika bg produk nona roguy. Tq
SALAM KAK ENGKU...
ReplyDeleteSy baru 8 ari bersalin scara ceaser...blh x sy nak thu bgaimna cr tidur n cr duduk yg baik untuk bersalin scara ceaser nie...sy msih keliru n takut jhitan akn terbuka...dan sy xpenah bertungku dr ank yg ptma n ni ptma kali ceaser...mcmne cr tuk bertungku...?terima ksih....
Salam,
DeleteTahniah. Cara tidur dan duduk adalah mengikut keselesaan puan. Setiap pergerakan puan harus berhati2. Bersalin czer boleh berrtungku di bahagian belakang badan dan paha serta betis sahaja. Bahagian perut DILARANG BERTUNGKU.Tq
Salam Kak,
ReplyDeletesaya nak tanye, saya sudah 2kali bersalin secara caesar, tahun 2008 dan 2009, saya bercadang untuk mengandung lagi tp bukan sekarang..kalo saya nk cuba bersalin secara normal bole ke..? atau doc sndri akan decide saya harus dibedah..? saya teringin anak ramai..
btw, sebelum ini, saya caesar sebab bukaan lambat.. terima kasih..
Salam shavynna,
ReplyDeletekebiasaanya peluang bersalin normal atqu czer adalah keputusan dari doktor. Maaf akak tak dapat nak bantu. Tq
Salam Kak Engku. Sy sekarang sdg mengandung anak ke 3 br 5 mggu.Sebelum ini kedua-dua anak sy bersalin czer pada thn 2008 dan 2009.Soalan sy 1)pada awal kandungan ini perut sy rasa kembung dan terasa seperti byk angin.adakah ini normal atau perlu buat pemeriksaan doktor.
ReplyDelete2)adakah sy boleh mengambil apa2 jenis ubat buang angin pada peringkat ini?atau boleh kak engku cadangkn pd sy ubat moden atau tradisional yg boleh sy ambil.
3)kandungan pd kali ini, ada rasa sakit kadang2 pada jahitan lama.kadang2 rasa ngilu pun terasa.adakah ini normal atau perlu dibuat pemeriksaan.
Harap Kak Engku dapat membantu.time kasih.
Wsalam. Tahniah atas kehamilan puan.
Delete1) normal. Awal kehamilan mmg ada rasakembung.
2) tak perlu. Jg pemknan.
3) klau sakit berterusan. Terus jumpa doktor ye
Tq
ASSALAMMUALAIKUM KAK ENGKU....
ReplyDeleteSy Pn.Natasha...sy baru 1 minggu lbih bersalin secara ceaser...Sy ingin bertanya bilakah masa yg sesuai untuk sy naik kan peranakan...??
Terima Kasih...
Wsalam pn. Natasha,
DeleteBersalin czer tak perlu naikkan peranakan. Bahaya n blh berlaku pendarahan. Tq
salam k.engku, sy mempunyai bby br berusia 7bulan & sy beranak secara ceasar. sebelum ni, doktor tela manasihatkn supaya ank kedua kna gap dlm 2thn. tp,sy buat preg test-positif..mengikut pengalaman akak, ade kemungkinan tak akn berlaku ape2 komplikasi utk kehamilan sy yg kedua ni..ada peluang ke utk sy beranak normal @ lebih baik sy beranak ceasar?
ReplyDeleteWsalam aidaa,
DeleteBersalin secara czer mmg dinasihatkan rehat @ tidak mengandung sekurang2nya 2 tahun. Tapi jika termengandung, buatlah pemeriksaan kehamilan secepat mungkin spy sebarang masalah yg dikesan dpt di rujuk awal. Maaf kaedah kelahiran akak tak dapat nak tentukan. Ia bergantung pd pemeriksaan doktor nanti. Tq
Saya ada membeli set bersalin afiat dan saya baru sebulan bersalin secara pembedahan, bila masa yang sesuai untuk makan jamu tersebut.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSemua set bersalin akak nasihatkan ambil slps 14 hari bersalin. Klau dah sebulan bersalin dah boleh mkn sesangat. Tq
Salam Kak Engku, ada tak effect kepada baby yang breast feeding bila makan set bersalin?
ReplyDeleteWsalam,
DeleteSikit sebanyak mmg ada effect Tapi mesti ambil dengan cara yg betul. Boleh hello akak klau nak tahu. Tq
salam
ReplyDeletekak engku saya ingin bertanya, bolekah minyak urut atau tapel disapu dekat area perut walaupun bersalin secara ceaser? kerana melalui pembacaan saya dac melarang menyapu apa2 ubat pada perut atau luka jahitan??
Salam,
DeleteBoleh. Tapi biar ada jarak 3 jari dari luka bedah ye. Jangan sesekali menyapu pd bhg luka n menyentuh luka dengan jari ye.
Salam.. Seronok baca blog nih..byk info brguna... Saya br 10 hari betsalin ank kelima scra cser.. 4 anak sblm ni normal, kali ni ada mslh skt & trpksa scer...xde lgnsung pnglaman, takut sgt.dr dan smua org dh ckp soh mandi dan cuci bhg luka tu, tp sya tkut nnti pedih plk,padahal dh kering cantik... Isau klu kna air nnti pedih.. Xpa ke klu saya biar je bhg luka tu xyah cuci.. Ada mslh len x..
ReplyDeleteWsalam Pn. klu tak cuci luka bedah tu takut dijangkiti kuman, nanti lambat sembuh. Klu nak mandipun boleh tapi lepas mandi cuba angin tempat luka bedah tu dengan kipas angin sehingga kering, insyaAllah dengan penjagaan rapi serta menjaga kebersihan luka bedah akan cepat sembuh. Jangan risau klu luka bedah tidak terbuka, pn tidak akan rasa pedih pada luka bedah tersebut apabila mandi hehehe.
ReplyDeletesalam saya nak tny jika sy lewat berurut @ lewat mengambil sebarang ubat set bersalin adakah merbahaya pd sy.sy kini dah msuk 33hari..apa product yg sesuai utk org beranak ceaser cam sy nieh..yg dah lwt mkn ubat dan berurut.
ReplyDeletesalam kak engku. sy dah 70 hari bersalin secara czer.. sampai skrg sy masih blm makan apa2 jamu atau set bersalin.. blh ke sy start makan set bersalin sendayu tinggi sekarang dan sy nak thu mcm mana cara makan set bersalin ni yg betul bagi org czer mcm saya sbb dr komen2 diatas akak ada bgthu cara makan set bersalin berbeza bg bersalin normal n czer.. sy kurang faham, minta akak jelaskan.. lg satu, sampai skrg wlpn dah 70 hari bersalin, sy masih lg rasa nyilu kat tempat czer tu. adakah ini normal??
ReplyDeletesya bersalin czer baru 4 hari....ingin bertanya kalau sya bermasalah tak kalau sya sudah driving sendiri utk berklinik...sbb skg husband outstation...
ReplyDeleteJenny, akak tak nasihatkan Jenny memandu sendiri kerana ia membahayakan. Cuba minta bantuan daripada jiran, saudara mara utk menolong ataupun cuba call teksi utk menghantar Jenny ke klinik. Jgn drive sorang diri ye.
ReplyDeletesalam kak engku..sy bersalin scara czer..adakah slepas abis tempoh brpantang 44hri ble bersama dgn suami..ada kesan tak pada jahitan dalam..
ReplyDeleteSalam kak engku....skrg sy da msuk 20 hari berpantang...dimana sy bersalin secara ceaser....soalan dy...bolokehkah sy melakukan saunv dlm tempoh berpantang? Ianya juga salah satu tips tuk mengururuskhan badan.
ReplyDeleteWsalam,
DeleteKlau nak bersauna, seelok2nya biarlah luka bedah dah sembuh ye. Biasanya kena tunggu slps 30 hari bersalin. Insyaallah
Salam kak engku...
ReplyDeleteSeronok saya baca blog akak ni....sejak saya sedang pregnant sampai saya dah bsalin,saya tetap baca blog akak....teruskan kak...akak sangat membantu...terutama skali saya ;-)
Nura seremban
Salam Nura,
DeleteTahniah. Terima kasih juga dri akak kerana sudi jd pembaca blog akak. Moga usaha murni akak memberi manfaat buat semua pembaca. Amin.
Salam kak engku..
DeleteSaya dh 30 hari berpantang..saya bsalin seara ceaser hr tu..nk tnya,kalau kita tgh bpantang..kita boleh cuci rambut dan potong kuku tak..? Sebb saya pernah d beritahu yg dlm pantang,xblh potong kuku dan cuci rambut...betul ka kak..?
Mksih... :-D
Salam, bab hukum nie akak tak expert sangat. Boleh tanya ustaz/ustazah untuk info. Setahu akak, dlm pantang mmg kita tak boleh potong kuku. Klau nak cuci rambut rasanya takde masalah.
Deleteassalamualaikum....
ReplyDeletesaye baru 9 hari czer anak pertama....namun baby saye meninggal semasa dilahirkan....mendapat pre eklamsia pada minggu ke29 mengandung....
semasa pembedahan doktor ade menyatakan dia telah menjahit rahim saye...soalan saye boleh kah saye memakai bengkung macam org lain yang melahirkan secara czer...?
skrang saya masih dalam pengawasan doktor kerana tekanan darah saye kurang stabil...kkdang tinggi, kkdang rendah....soalan saye, boleh ke saye amalkan set bersalin....?
Wsalam,
DeleteTakziah. Moga tabah n kuatkan semangat ye. Tiap yg berlalu pasti ada hikmahNya. Nak pakao bengkung boleh. Carilah bengkung czer. Insyaallah blh bantu proses penyembuhan luka n dpt cegah perut masuk angin.
Set bersalin untuk dlman tu hold dulu, tunggu tekanan drh stable dulu baru mkn. Jg diri n bykkan rehat ye.
assalamualaikum wbt
ReplyDeletekak engku...arini saya maasuk ari ke 23 bersalin secara pembedahan... then saya terasa pedih pedih di bhagian luka.. kenapa ya ?
Wsalam,
DeleteKesan dari bersalin scr pembedahan mmg ambil masa untuk sembuh. Teruskan pantang.....jg mkn n ambil ubat thn sakit ye. Insyaallah
salam kak. saya bersalin czer. bolehkah saya bertangas pada hari ke-5 pantang? bagaimana effect pada luka czer saya? terima kasih
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteSy telah bersalin anak sulung secara czer pada tahun 2011. Sekarang anak dah 2 tahun. Selepas lebih kurang 1 tahun bersalin, keadaan buncit diperut tidak kelihatan dan badan juga seperti sedia kala tetapi bila anak dh menjangkau 2 thn, keadaan perut sy semakin kelihatan buncit dan menggeleber.punggung dan peha juga semakin besar.kadang2 saya malu juga bila ada yg bertanyakan sy mengandung lagi walhal baru anak sulung. adakah sy boleh mengembalikan keadaan asal perut saya sedangkan anak telahpun berusia 2 tahun. adakah penyapuan minyak2 panas masih boleh berfungsi utk pemecahan lemak2 tepu ini..huhu..
assalamualaikum kak engku....nak tanye sikit.perkara ni agak sensitif....
ReplyDeleteboleh ke kalau kite just ringan2 je ngan suami ketika kite sedang berpantang czer....?
Salam kak engku ana .. sy seronok bace ap yng kak engku kongsi kn drpd sebelum sy bersalin lg .. mase 5/3 tepat saya 3 bulan bersakin secara czer .. alhamdullilah perot sy kecik .. cume ade boroi sikit je tp tk nmpk sgt smpai org semue terkejot , luka sy seminggu dh baik .. alhamdullilah semue nye ok .. dan saya ade ambil pil perancang yasmin .. saya nak tanya kenape perot saya kdng2 terasa mcam ade denyutan ye .. adakah kemungkinan sy mengandung lg ? Tapi sy setiap bulan period .. boleh kak engku tlg sy .. sy risau kalau sy mengandung lg .. tq
ReplyDeleteSalam k.engku..sy br je 7hr brsalin scr czer, blh ke sy mnm air byk, sbb ade org kate perut blh buncit?
ReplyDeleteSalam k. Engku..sy ibu kpd 3 org chymata yg melalui 3 kali pembedahan.. sy x begitu melakukn proses berpantang secara sepenuhnya kerana ilmu ttg itu kurang..terutama utk pantang berbedah! Persoalan sy..blh x klu sy nak berpantang pulak sekrg ni wpun anak sy yg kecil sudah berumur 3 thn kini? Sy kini mengalami kebuncitan perut yg membimbangkn...dan seluruh bdn sy rs x sihat..apa nasihat k.engku? Hrp dpt bantu sy yg buntu.. sy jugak x mengamalkn sebrg ubat herba..cdgn akak?
ReplyDeletesalam k.engku...nasib saya sama juga dengan nasib fazira dia atas.anak sy sudah masuk 2 tahun dan ini merupakan ank sulung.sy daif dan x mengamalkan pantang kecuali jaga mkn minum selama 40 ari tu je...lain2 xbuat.sekarang perut sy juga buncit.pinggang selalu sakit.pinggul pun kdang2 xselesa.skrang kalau minum ais batu bergula(cth: sirap,teh o ais) mmg bisa ke badan berbanding ais batu bersusu.apakah rawatan yg harus sy lakukan?
ReplyDeleteassalamualaikum Kak Engku
ReplyDeletesy pembaca baru d blok akak ne. dan terus jtuh hati.bila da kesempatan on line ja, blok akak la yg firt akan sy buka. alhamdulillah bnyk ilmu yg sy dpt d cni, hanya AllahSWT Yyg dpt membalasny. sy nk tanya ne kak. sy bersalin anak pertama ne mlalui pmbdahan. skrg anak dah brumur 7 bln.sy tdk berpantng dan tdk mengambil mana2 set bersalin. dan skrg sy dapati perubhan bentuk bdan sy yg amat ketara. sy sentiasa lapar, perut mkin bunct n menggleber. skit2 tulang. dan yg paling teruk ne sy tdk dtang haid dari yg sy lepas bersalin hari tu. bila sy tes d clinic hasil negatif. dulu nifas sy pun sekejab sahja lbih kurang 2 mgu. apa masalahnya y? dan apa yg sepatutnya sy buat? untuk pengetauan akk, sblum mengdung kitaran haid sy tiada msalah. tq , jwbn akak amat sy harapkan. :)
Kak..sy bru 4 hari melahirkan bayi melalui pmbedahan.. sy telah membeli set bersalin nona roguy..bolehkah sy gunakanya..dan bgaimana?
ReplyDelete