Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi yang baru lahir bertujuan untuk mencegah penyakit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan melalui otot di bawah kulit atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi. Selain itu, boleh juga diambil suntikan vaksin yang tidak disenaraikan. Dapatkan nasihat doktor mengenai kebaikan, keselamatan dan risiko vaksin tersebut.
Sebagai ibu bapa, pastikan anda menyimpan rekod mengenai vaksin yang telah diambil dan tarikhnya. Ini bertujuan untuk memudahkan anda mengingatkan tarikh berikut mengambil vaksin.
Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:
Penyakit Yang Dapat Dielakkan Dengan Vaksin
1. Tuberculois (TB) - Penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meningitis otak.
2. Hepatitis B - Penyakit ini merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur dan air kencing. Ia menyebabkan kerosakan hati dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphteria - Memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (Kancing Gigi) - Bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.
5. Pertussis (Batuk Kokol) - Bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio - Disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit Haemophilus Influenza Jenis B (Hib) - Disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis).
8. Campak - Disebabkan oleh virus yng disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
9. Mumps (Beguk) - Disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otok, pekak dan kematian.
10. Rubella (German Measles) - Merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.
Kesan Sampingan Dan Keselamatan Vaksin
Semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan ini:
1. Penjagaan Berikut Perlulah Diberi Perhatian:
2. Situasi Dan Tanda-TandaBerikut Jarang Berlaku Semasa Imunisasi :
Tip Imunisasi

- BCG - dos pertama ketika lahir.
- Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- Measles-mump-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun.
Penyakit Yang Dapat Dielakkan Dengan Vaksin
1. Tuberculois (TB) - Penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meningitis otak.
2. Hepatitis B - Penyakit ini merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur dan air kencing. Ia menyebabkan kerosakan hati dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphteria - Memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (Kancing Gigi) - Bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.
5. Pertussis (Batuk Kokol) - Bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio - Disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit Haemophilus Influenza Jenis B (Hib) - Disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis).
8. Campak - Disebabkan oleh virus yng disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
9. Mumps (Beguk) - Disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otok, pekak dan kematian.
10. Rubella (German Measles) - Merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.
Kesan Sampingan Dan Keselamatan Vaksin
Semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan ini:
- Menangis berterusan, mengantuk, pucat dan berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan.
- Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius.
1. Penjagaan Berikut Perlulah Diberi Perhatian:
- Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi.
- Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak.
- Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38 darjah celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
- Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku, suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.
2. Situasi Dan Tanda-TandaBerikut Jarang Berlaku Semasa Imunisasi :
- Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
- Kanak-kanak yang telah dikenal pasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis).
Tip Imunisasi
- Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
- Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.
dinasihatkan untuk imunisasi pada usia 2 bulan dan 3 bulan (DtAP)..senang citer yang bole sebabkan demam..
ReplyDeleteberi anak anda ubatan seperti yang diberi ( Syrup paracetamol atau Fentril ) sejurus sahaja anda tiba di rumah. sekiranya anak anda demam, ia akan mengambil masa 3 hari untuk kebah
kiranya demam, dinasihatkan memakaikan pakaian nipis / berlubang untuk anak anda bagi mengelakkan 'bahang' panas terperangkap dalam pakaian. Anda boleh mengelap badan anak anda dengan kerap, cth 3-4 jam dan mengikut keperluan.
Juga peka terhadap bayi kerana sekiranya suhu terlalu tinggi, berisiko untuk menyebabkan anak anda mengalami renjatan / sawan.
saya lebih cenderung ke klinik kerajaan untuk mendapatkan vaksin kerana vaksin di klinik/hospital swasta amatlah diragui
:)
salam,ayat terakhir sgt menginsafkan... saya hampir pasti untuk hantar anak ke swasta, sbb limited time..tapi papanye tak bagi... sbb ikut ckp papa..sng je mama handle baby for 1 month jab. syukur...
Deletenk tanya,kalau tarikh cucuk tu lewat sikit dr yg biasa ok ke xboleh?cth;biasa amik 21hb,tp delay sket ke 24hb?ade kedan buruk ke
ReplyDeletehazwcroz: boleh, tapi jgn la lewat sgt ye hehehe
ReplyDeletenk tnya sy terlewat untuk mendapatkan rawatan imunisasi bayi saya ketika usia 2bulan,skrg bbrpa hari lagi bayi saya telah berusia 3 bulan..kalau terlambat byk hari mcm tu mmberi kesan pada bayi saya ke?
ReplyDeletesalam anonymous, Imuisasi nie penting untuk anak. Tujuan imunisasi diberi adalah untuk melindungi anak dari jangkitan penyakit.Luangkan masa, bawak lah anak ke klinik untuk dapatkan suntikan seperti yang disarankan mengikut jadual dengan segera ye. Masih belum terlambat jika puan bawa anak ke klinik sekarang. Tq
ReplyDeletesalam.. saya ingin bertanya jika imunisasi anak saya yang berusia 1 bln sepatutnya pada 25th Jan tetapi jika lewat beri pada 31st jan boleh ke?
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteTarikh imunisasi anak di kira dari tarikh lahir anak. Jika sepatutnya 25hb dan ditangguh kpd 31hb atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. Boleh tapi tak digalakkan. Tq
SALAM, ANAK SAYA DAH 2 X SUNTIK BCG. TP XDE KESAN DAN NURSE KATE X JADI.SO DIORANG SUH SUNTIK LAGI. TP SIANNYA KAT BABY SEK KENE SUNTIK BCG JE. SEK X JADI JE
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteMaaf akak tak dapat komen apa2 pasal suntikan yg telah diterima. Harap maklumkan dan dpt feedback dari klinik tempat anak puan di suntik ye. Tq
salam... saya nak tahu ada kesan tak kalau baby saya diberi 2 kali vaksin yang sama. ini berlaku kerana terdapat salah faham. pertama kali pada 27/1/2012 dan yang kedua pada 9/3/2012...
ReplyDeleteSalam ayumieka,
DeleteTerima kasih sudi tanya akak. Maaf akak tak dapat komen tentang suntikan yg telah diterima. Harap puan berhubung dan dapatkan penjelasan dgn klinik n staff yang terbabit mengenai vaksin yg telah diterima. Tq
assalam kak engku,nak tanya..anak saya suntik di hospital swasta..dalam kad anak saya tu ada jadual imunisasi..6 bulan x suntik..tp anak kakak saya yang suntik dkt klinik gov,umur 6 bulan ada suntik 2 kali..napa yea?
DeleteWassalam anonymous,
DeleteMaaf akak tak dapat nak komen suntikan yg diterima di hospital swasta. Di goment umur 6 bulan untuk suntikan hepatitis B dos ke 3. Mungkin anak kakak defaulted suntikan untuk umur 5 bulan jd kena top up masa umur 6 bulan. Sbb tu ada 2 suntik. Jika timbul kemusyikilan blh bertanya pd nurse di klinik tempat anak di suntik. Insyaallah segala kemusyikillan akan terjawab. Tq
suntikan bcg yang untuk baby masa lahir tu dilakukan di lengan tangan kanan atau kiri? anak saya yg sulung 6 thn ada parut sebelah kanan, tapi adiknya 4 thn parut sebelah kiri? ada beza ke?
ReplyDeleteSalam,
DeleteSuntikan bcg diberi pd lengan sebelah kiri. Jika puan musykil parut bcg anak, puan blh bawak anak ke mana2 klinik untuk pengesahan ye. Tq
salam,kak engku..
ReplyDeletesaya musykil dgn beberapa kenyataan ttng suntikan vaksin yang mengatakan vaksin sebenarnya tidak bagus untuk bayi kerana mengandungi kimia beracun spt aluminium,raksa,formaldehid(penyebab kanser),beta-propiolactone(penyebab kanser) dan lain-lain.adakah baik jika bayi kita disuntik dgn vaksin?
minta tolong kak engku jelaskan..
ibu baru yang musykil...
Salam,
DeleteTerima kasih sudi tanya akak tp akak mintak maaf tak dpt bantu. Ini semua di luar bidangkuasa akak.....uhuhu
Kepada ibu baru yang musykil,
ReplyDeleteJgn dengar ckp orang jumpa pakar kanak2 tanya kat diaorang.Imunisasi ni penting.Mencegah lebih baik dari mengubati.Ada orang sanggup tak amik apa2 imunisasi dan anak dia sihat..tetapi kesan tak amik imunisasi mungkin boleh terjadi kepada cucu selepas anak berkahwin
Boleh tolong cadangkan sirup khas untuk pembesaran bayi pramatang
ReplyDeleteSalam,
DeleteMaaf nie di luar bidang kuasa akak. Rujuk dengan doktor pakar kanak2 ye. Tq
salam
ReplyDeletenak tumpang tanya pd kak engku
anak saya berumur 1 tahun,dia demam lepas imunisasi. dan masalahnya skrg, dia tak nak minum susu. kenapa dan apa yang sy perlu buat?
Salam,
DeleteKenapa anak taknak menyusu? Mungkin sbb bb demam, kurang selera tu. Cuba pujuk n bg bb mkn bubur + sup @ mmberi susu sdikit 2 tapi kerap ye. Insyaallah bila demam dah okay. Selera mkn bb alan bertambah baik.
salam
ReplyDeletenak tanya kak engku.
anak saya baru berumur 1bulan, tempat suntikan bcg selepas lahir menjadi bengkak dan bernanah sebesar ibu jari. Sy telah membawanya ke klinik dan doktor kata ia biasa aje. sy tanya kwan2 yg ade anak tidak pernah terjadi pd anak mereka. Adakah ia mmg biasa atau takut nnt ade ape2 efek lain pada bayi sy?
Wsalam,
DeleteApa yang di alami oleh anak puan adalah perkara normal.Pn tak perlu risau. BCG akan tinggalkan parut nanti. Jgn sapu apa2 ubat pd tempat BCG ye.
salam
Deleteanak umur 9bulan da ambil suntikan JE(DOS1) yg hanya ada untuk di negeri sarawak. tetapi pada bln ini umurnya 10bulan n sepatutnya tarikh temujanji JE(DOS2) pada 4hb mac ni. soalan saya,adakah klinik kesihatan di sabah mempunyai suntikan imunisasi JE(DOS2) bagi orang dari sarawak?terima kasih
salam
Deleteanak umur 9bulan da ambil suntikan JE(DOS1) yg hanya ada untuk di negeri sarawak. tetapi pada bln ini umurnya 10bulan kaji bcuti ke sabah n sepatutnya tarikh temujanji JE(DOS2) pada 4hb mac ni. soalan saya,adakah klinik kesihatan di sabah mempunyai suntikan imunisasi JE(DOS2) bagi orang dari sarawak?terima kasih
salam...teriima kasih info menginsafkan..baru selesai 1 bulan suntikan imunisasi baby saya di klinik desa n further check-up. alhamdulillah..even tersalah hari,patutnya esok, tp dilayan baik jua. patutla takde baby2 yg dtg..hihi...lega baby dok baik2 je
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletekak engku, nk tya..bby saya skarang 7 bulan.saya perasan bila inject yg dtap ngn hib ..naik ruam merah2 kt kepala. pastu ruam tu juga berjangkit pada kedua belah lengan saya.adakah normal ruam tu?anak sulung tak pernah jadi ruam selepas inject.tu yg saya musykil skit.
Salam kak engku, anak saya sepatut nya mndapatkan suntikan utk 1 tahun pada 17.2.2013, tapi oleh kerana die sering demam, sy tangguh kan. ada masalah tak kalau saya mendapatkan suntikan utk 1 thun ni dalam pada terdekat ini memandangkan anak saya alhamdulillah tidak demam lagi..
ReplyDeletesama jugak cam saya...anak saya dah setahun lebih tapi belum amik suntikan sbb asik demam jek..nk tahu jugak..
Deletesebaiknye bawa cucuk segera apabila anak sudah sembuh dari demam ye, jangan lengah lengahkan suntikan kerana ia tidak elok utk anak
DeleteSalam.. kenapa after inject 1 thn kat private bayi akan demama n naik biji biji merah kat badan n muka..
ReplyDeleteWsalam, itu adalah tanda-tanda ubat tersebut sedang bertindak balas dengan tubuh baby. Itu perkara normal, tetapi jika terdapat tanda-tanda yang membuatkan Pn risau atau cemas, bolehlah bawa semula anak ke klinik tersebut utk pemeriksaan lanjut.
DeleteSelepas 2 minggu inject utk bayi 1 thn muka dan badan bayi akan merah berbiji.. sblm tu bayi akan demam.. kenapa yer... inject kat private..
ReplyDeleteSlm, kak sy nk tye. Bole x bayi sy hanya dpt smpai 6 bln suntiksn shj, y 12 bln suntikan xambil. Ape ye kesan nyer?
ReplyDeleteWsalam Pn. Jawapannya TAK BOLEH huhu. Imunisasi nie sangat sangat penting buat bayi. Mengabaikan suntikan Imunisasi boleh mendatangkan masalah kesihatan terhadap anak di kemudian hari.
DeleteImunisasi nie PERCUMA je jika kita pergi ke klinik kerajaan, jgn terlepas suntikan utk bayi ye.
Isk Kak Engku memang tegas kalau bab bab macam nie huhu
Nak tanya, anak saya baru lepas Abiskan antibiotik disebabkan last week demam, tapi this week xdemam la, boleh keesokan ari nya pergi cucuk sebulan.. adakah vaksin itu berkesan?
ReplyDeleteAssalam.nak tanya ,anak sy bru amik cucuk 18 bln di kk.cucuk pd hari selasa.tp pd subuh rabu tlah start cirit birit hingga skrg mlm khamis.sy bawa klinik doc kata mgkin alahan vaksin trsebut.ape perlu sy buat skrg.doc cuma bg air garam.
ReplyDeleteBoleh ke cucuk sebulan waktu bb 28 hari? Anak lahir bulan 2. Utk cucuk sebulan nurse bg tarikh yg sama lahir utk bulan 3. Jd anak saya baru 28 hari..
ReplyDeleteTq
Slm nk tye... sye penah bagi suntikan imuniasasi kat baby ..mse tuh praktikel xsilap...suntikan dtap ipvhib... xlame pas tuh mak dia dtg marah2 sbb tmpt suntikan tuh merah n bengkak.. actually sye trauma lah jugak.. skg nih rse tkot jugak lah... sbb syr keje kat klinik kan... tkot bnde sme berulang..
ReplyDeleteTeknik aseptik dah buat pe semua tpi kenapa boleh jadi mcm tuh?? Hope boleh tolong jwb ptyeaan sye tq
As salam nak ty kalo lepas ambil suntikan 1 tahun..anak mengantuk je tido dari balik klinik ptg sampai esok pagi nyer. Pastu hari kedua muntah2..mcm mana ye.
ReplyDeleteAssalamualaikum...nak tanya bayi pramasa Dan selalu sakit pada masa yg lewat sebulan, dia diberi suntikan, kemudian Dr marah pula kenapa suntikan diberi lewat Dan patut diberi 2 suntikan iaitu hep b 2Dan dtap 1.bolehkah diberi suntikan 2 sekaligus kalau bayi pramasa?

ReplyDelete