"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

28 December 2010

Petua Selepas Bersalin

Memulihkan Puting Payudara Daripada Merekah
  • Ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba.
  • Sapukan pada hujung puting anda.
  • Jangan lakukan ketika menyusukan anak.
Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin

Petua 1
  • Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian ditapis dan airnya diminum.
  • Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. InsyaAllah rahim anda mengecut seperti sediakala.
  • Elakkan memakan buah nenas.
Petua 2
  • Rebus halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun panas.
  • Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari.
  • Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
  • Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda yang ditumbuk bersama putih telur mentah.
  • Minumlah selama 3 hari berturut-turut.
  • Ia dapat mengecutkan rahim / peranakan anda ke tempat asal.
Air Susu Badan Berlebihan
  • Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.
  • Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam.
  • Tukarkan daun baru jika perlu.
  • Lakukan sehingga air susu berkurangan.
Memerahkan Puting Yang Lebam
  • Ambil 3 helai sirih dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah.
  • Perah air sirih ini dan sapukan di sekitar puting.
  • Lakukan setiap malam sehingga berhasil.
Memulihkan Bibir Faraj Yang Lebam
  • Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru.
  • Lakukan sekerap yang boleh.
Petua Kekal Langsing

Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
  • Apa yang kita ambil untuk sarapan pada waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan pada waktu tengah hari.
  • Pada waktu tengah hari jangan makan makanan yang mengenyangkan, cukup sekadar buahan atau jangan makan langsung.
  • Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan jam 7.00 malam.
  • Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum malan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makanan berat).
Berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari isnin dan khamis). Mesti berpuasa dengan niat pada waktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum.

Pada hari ketika berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya dan sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namum manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiada displin. Jadi, salahkanlah diri sendiri kerana sikap menghukum diri.

Setiap kali bangun pagi, waktu tengah hari dan sebelum masuk tidur pada sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan liamu nipis atau kasturi. InsyaAllah anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

Petua Memudahkan Penghadaman
  • Makan dalam keadaan tenang.
  • Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu-buru atau gelojoh.
  • Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat, barulah ditelan.
  • Jangan makan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
  • Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika dalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
  • Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan penghadaman seperti bubur, madu, glukos, yogurt dan lain-lain.
  • Kurangkan makanan yang lambat hadam seperti lemak, protein dan karbohidrat.
Petua Seri Wajah Selepas Bersalin

Petua 1
  • Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.
  • Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
  • Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus).
  • Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut)
  • Bancuh beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat.
  • Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan.
  • Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.
  • Amalkan selama tiga malam berturut-turut, insyaAllah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3
  • Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus.
  • Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Apabila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.
  • Amalkan sehingga nampak hasilnya.

7 comments:

  1. waaaa bnyknyer petua..rajin x rajin jer nk bt..thanks kak engku share petua ni.nnt bleh refer kt sini

    ReplyDelete
  2. kak engku, nk tanya, kalau pas bersalin better makan jamu atau vitamin mcm shaklee punye tu ekk?

    ReplyDelete
  3. sue: sebenarnya bergantung kepada pilihan individu tu jugak, klu vitamin nie kire berpantang secara moden la kan. klu tanya kat akak, akak lebih suka berpantang cara lama, cthnya ngan makan jamu dsbnye, badan pun lebih segar and alat intim pun lebih ummpphhh heheheh..ok jumpe lagi ye

    ReplyDelete
  4. k.engku petua menguruskn badan ni bole diamalkn oleh ibu yg menyusu ker?

    ReplyDelete
  5. zaidani: boleh tu memang boleh tapi kalau time menyusu nie, kita cepat lapar hehehe

    ReplyDelete
  6. assalam kak engku..sy bersalin czer 5bulan lepas..perot sy buncit lps bsalin..ade petua x cmne nak kempiskan peruy blik? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Masalah perut buncit lps bersalin mmg berlaku. Diet, senaman n berbengkung, insyaallah mmbantu. Tq

      Delete