KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

06 April 2012

10 Penyebab Sakit Bahagian Pelvik

Ramai wanita berasa tidak selesa pada bahagian pelvik atau sakit pada abdomen bahagian bawah. Rasa sakit ini merujuk kepada pelbagai keadaan. Ia mungkin tanda-tanda tidak berbahaya berkaitan kesuburan, masalah pencernaan seperti sindrom usus rengsa atau masalah yang mengancam nyawa.

Berikut adalah senarai punca rasa sakit pelvik. Jika anda ada mengalami 10 penyebab ini, pastikan anda mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai daripada doktor.

1. Apendisitis

Ini merupakan keradangan pada apendiks, iaitu tiub tisu yang bersambung pada usus besar. Gejala-gejalanya termasuklah sakit mencucuk pada bahagian bawah kanan abdomen, muntah-muntah dan demam. Apendiks yang telah dijangkiti perlu dibuang melalui pembedahan atau ia akan pecah, merebak di sekeliling abdomen. Keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi yang membahayakan.

2. Sindrom Usus Rengsa (IBS)

Sindrom Usus Rengsa adalah masalah pencernaan kronik yang menyebabkan sakit perut berulang, kekejangan, perut mengembung dan diarea atau sembelit. Terdapat cara untuk mengawal gejala-gejala ini. Termasuklah perubahan diet, pengawalan stres dan ubatan bagi merawat diarea atau sembelit.

3. Ovulasi Yang Sakit

Jika anda mengalami rasa sakit di antara waktu haid, mungkin tubuh anda sedang berovulasi. Semasa ovulasi, ovari melepaskan telur bersama dengan cecair dan darah yang boleh menyebabkan lapisan dalam merengsa.

Keadaan ini dipanggil mitterschmerz dalam bahasa Jerman bermaksud tengah dan sakit kerana ia berlaku dalam pertengahan kitaran. Rasa sakit ini boleh berubah tempat daripada bulan ke bulan. Ia tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dalam beberapa jam.

4. Sindrom Prahaid (PMS)

Sindrom Prahaid dikenali melalui perubahan mood dan keiinginan untuk makan. Ia juga boleh menyebabkan perut berasa kejang, sakit pada bahagian bawah belakang, sakit kepala, payudara rasa sakit ketika disentuh dan jerawat.

Perubahan hormon adalah penyebab masalah ini. Stres, kurang bersenam dan kekurangan vitamin boleh membuatkan gejala-gejala bertambah teruk. Jika PMS ini mengganggu aktiviti seharian, segeralah berjumpa doktor. Perubahan gaya hidup dan perubatan juga boleh membantu mengurangkan masalah ini.

5. Kekejangan Akibat Haid

Setiap bulan, uterus akan membina lapisan dalam tisu yang dikenali sebagai endometrium. Ini adalah kawasan embrio melekat dan membesar. Jika anda tidak hamil, lapisan ini akan pecah dan meninggalkan tubuh semasa haid. Kekejangan haid akan berlaku apabila uterus mengecut dan menolak keluar darah ini.

Rasa kejang ini selalunya akan dirasai pada bahagian bawah perut atau belakang dan berlanjutan dari satu hingga tiga hari. Tuaman panas dan ubat pelega sakit boleh mengurangkan rasa sakit.

6. Kehamilan Ektopik

Keadaan kecemasan yang membahayakan nyawa ini memerlukan rawatan segera. Ia berlaku apabila embrio mula tumbuh di luar rahim, selalunya di tiub fallopia. Gejala-gejalanya termasuk rasa sakit mencucuk atau kejang (selalunya pada satu bahagian), pendarahan vagina, loya dan kepeningan.

7. Penyakit Keradangan Pelvik

Satu daripada komplikasi serius oleh penyakit yang disebarkan akibat hubungan seksual (STD) adalah penyakit keradangan pelvik. Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada rahim (uterus), ovari dan tiub fallopia. Gejala-gejalanya termasuk sakit pada perut, demam, keluarnya cairan vagina abnormal, sakit ketika melakukan hubungan seksual atau ketika kencing. Penyakit keradangan pelvik boleh dirawat dengan antibiotik dan pembedahan bagi kes yang teruk.

8. Sista Ovari

Kelenjar kecil atau folikel menempatkan telur matang semasa kitaran haid dan melepaskan telur semasa berovulasi. Kadangkala, folikel tidak terbuka untuk melepaskan telur atau ditutup semula selepas mengeluarkan telur dan membengkak dengan cairan, membentuk sista ovari. Keadaan ini biasanya tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya. Tetapi sista yang besar boleh menyebabkan sakit pelvik, berat badan meningkat dan kekerapan untuk kencing. Sista ovari boleh dkenalpasti melalui pemeriksaan pelvik atau imbasan ultra.

9. Fibroid Pada Rahim

Fibroid boleh tumbuh dalam dinding rahim dan kadangkala dikenali sebagai tumor fibroid, tetapi ia bukanlah kanser. Fibroid adalah perkara biasa pada wanita dalam lingkungan umur 30an dan 40an dan selalunya tidak menyebabkan sebarang masalah.

Namum begitu, anda boleh mengalami rasa sakit pada perut, sakit pada bahagian bawah belakang, keluar haid dengan banyak, sakit ketika melakukan hubungan seks atau sukar untuk mengandung.

10. Endometriosis

Bagi sesetengah wanita, tisu endometrial tumbuh di luar rahim. Pertumbuhan boleh terbentuk pada ovari pada ovari, tiub fallopian, pundi, usus dan bahagian lain tubuh. Apabila tiba masa haid, kelompok ini akan pecah, tetapi tisunya tidak mempunyai cara untuk keluar daripada tubuh. Walaupun agak jarang berlaku tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan menghasilkan tisu berparut yang membuatkan anda sukar untuk mengandung. Terdapat rawatan untuk endometriosis tetapi tidak terdapat ubat menyembuhkannya.

14 comments:

  1. salam kak engku..

    sy nk tnya b/d mslh sy ni. sy b'umur 25 thn,sdh bkwin 3 thn n blm da chaya mata g.b/d dgn mslh sy ni sy mengalami dysmenorrea lbh krg 2/52 start pd hjg bln 8 (klu x slh 28hb) shingga la hari ni.period sy bln 8 (17hb-23hb). mslh ni start 5/7 slps drh haid sy kring. slama sy period stiap bln, ni la kali ptama sy mengalami dysmenorrea tlalu lma n tlalu awal dr trikh period.slalunya sy akn mengalami dysmenorrea 2 @ 3 hari sja sblm trikh period.period sy regular (28-30hari). slama tmpoh 2/52 ni stiap hari sy akan mengalami skt pd bhgian ari-ari yg kdgkalanya mnyucuk2 n skt pnggang yg kuat ttpi da wktunya n breast skt sma spt tanda hndk period.PU k ja.x skt pun.sy musykil knapa mslh ni tjadi bgitu awal n tmpoh yg lma. adkh ia normal n adkh ia b/d tanda awal kehamilan @ penyakit endometriosis? harap kak engku dpt bantu sy..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Akak nasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan detail ye. Tq

      Delete
  2. Salam sy nak tanya.....minggu lepas sy diurut bidan dan bidan trsebut sahkan sy mengandung 1bulan...selepa tahu dr bidan saya terus ke klinik untuk memastikan kandungan saya.sy buat urine test dan dr sah kan sy tidak hamil.harini saya dtg haif dan perut saya rasa sgt sakit...ini masalah apa kak?kanapa bidan tu boleh terasa ada janin dalam perut sy sdgkan tiada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Akak tak dpt nak jawab pasal bidan yg urut n dpt rasa janin dlm perut. Untuk makluman bidan sekrg byk yg celup @ bidan tipu....so hati2 & jgn percaya dgn apa yg diperkatakan oleh bidan 100% ye. Bykkn rehat n jgn stress ye. Tq

      Delete
  3. Akak...sy just nk tny pendapat akak b4 go for gyne...sy berumur 32 thn dan masih mencb utk mendptkn anak....akan ttp...sy akn berasa sakit ketika bersama...tp bkn dlm semua posisi....oleh itu...sy bersa sukar utk puas....pada pandangan akak.....adakah ianya normal atau sebaliknya...ada tak akak pernah dgr situasi begini sblm ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara nie normal, cuba pelajari pelabagi posisi yang lebih selesa, dan pratikkan posisi yang didapati boleh memberikan kepuasan kpd diri. Selain itu boleh dapatkan ebook posisi 102 posisi seks pilihan utk diamalkan. Mana tahu ia dapat membantu memberi ilham dalam mencari posisi idaman serta kepuasan bersama suami. InsyaAllah

      Delete
  4. As-salam
    saya ada rasa sakit bawah perut juga. terasa mcm ngilu di bwh perut dan bahagian bawah. Rasa sakit ni baru 2 bulan. Kerap terasa waktu pagi dan di office dalam aircond. masa bersama ada rasa pergerakan di dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sebenarnya akakpun susah nak pastikan apa masalah tersebut. Nasihat akak cuba buat pemeriksaan di klinik atau hospital yang berhampiran ye.

      Delete
  5. Kak, saya pregnant 33weeks dan sakit kat bahagian ari2 tu makin melampau sampai membataskan pergerakan saya (berjalan/tukar posisi baring) . normal ke macam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamulaikum, akak nak tanya pernah buat pemeriksaan kencing kotor tak, klu belum cuba buat dulu ujian nie ye, kerana klu mengalami masalah kencing kotor, adakalanya sakit yg dialami lebih kurang macam nie.

      Delete
  6. kak, saya brumur 21 thun, bujang & ada masalah tulang belakang bengkok.. Masalah saya kitaran haid saya selalu x tetap, kdg2 3 bulan skali bru dtg. Yg trbaru, saya mengalami sakit pada bahagian bawah perut kanan, & kdang2 kiri dekat dgn kwsn kemaluan. Normal ke akak?

    ReplyDelete
  7. Salam kak..sy pregnant anak ke2..tp start awal 9mggu lagi sy da alami sakit di bahagian tulang pelvik...risau takut perut makin besar kesakitan tu akan jadi lebih teruk...macam mana nak buat...,

    ReplyDelete
  8. Salam akk.. sy br period 26/8. skrg saya sakit bahagian ari2 belah kanan, pinggang. nafsu makan bertambah. dlm ms 3 jam je sy dah mula lapa.. kadang sy akn tetiba pening n loya.. sy msh bf tuk ank berusia 1thn 5bln.adakah sy mengandung? atau sy ada penyakit lain.. tp sy xde mslh bersma suami

    ReplyDelete
  9. Salam..blh x sy nk tny..knp ye sy slalu saait pada bahagian ari2 sebelah kiri..sakit tu kadang2 x blh nk tahan..tp bile pegi klinik,scan..dokter ckp xde pape..tp sampai hari ni kne mkn ubt tahan sakit.., baik2 jgk..risau sgt..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.