"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 November 2010

Penyusuan Menerusi Botol

Sebelum kembali bekerja, anda perlu mengajar bayi menyusu susu botol. Jika tidak, anda perlu menggunakan alternatif lain seperti sudu, picagari ataupun jari. Seringkali masalah bayi yang tidak mahu menyusu susu ibu menggunakan botol merisaukan para ibu yang akan kembali bekerja. Jangan putus asa! Cabaran ini boleh diatasi jika anda mendapat bimbingan yang betul berkenaan cara untuk memberikan botol kepada bayi. Setiap perkara yang baru perlukan latihan dan dalam hal ini anda tidak terkecuali.

Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara empat hingga enam minggu. Ini dapat memastikan penghasilan susu anda sudahpun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payu dara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.

Dalam pada itu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ia dijadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi! Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payu dara. Anda tidak seharusnya memberikan botol sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan mempengaruhi penghasilan susu.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol anda dinasihatkan untuk memberikannya botol sekurang-kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu. Contohnya, jika anda sedang bercuti panjang.

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya walau apa pun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang mempunyai leher lebar (wide neck) dikatakan paling sesuai untuk bayi yang menyusu badan. Perhatian! Jangan tinggalkan bayi menyusu seorang diri, kerana banyak kes bayi tersedak susu sering berlaku sehingga boleh mengakibatkan kematian, jadi berhati-hati ye.

Antara tip yang dapat dikongsi ialah:
  • Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa atau baunya.
  • Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.
  • Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Anda digalakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada bayi. Ini dapat mengalihkan perhatiannya.
  • Posisi yang disyorkan apabila anda cuba untuk memberikannya botol adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda dan bukan posisi cradle yang biasa.
  • Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya.
  • Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya ketika baru bangun tidur atau hendak tidur.
  • Sekiranya bayi tidak mahu menyusu botol, minta bantuan suami atau ahli keluarga lain untuk memberikan susu botol kepadanya. Ini adalah kerana bayi sudah terbiasa dengan bau ibunya.
Paling penting! Jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberi botol lebih daripada 10 minit setiap masa. Jika bayi marah dan menangis anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.

Ketahuilah! Jika bayi menolak botol sama sekali anda boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder (meletakkan tiub halus di jari anda). Ok Selamat mencuba!

10 comments:

  1. bayi saya tak nak minum susu pakai botol..sgt susah ati..bulan dpn dh nak kj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Cuba guna cawan @ sudu insyaallah dpt membantu. Tq

      Delete
  2. salam kak engku,
    bby sy xnk langsung isap susu gn btl...lau susu bdn pn kne bg puting bdn dlu n tarik n trus tukar puting btl...n skng xtau nk wt camne sbb dh nak mula keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Cuba guna cawan @ sudu. Anak semakin besar semakin cerdik.klau blh 2 minggu sblm start keja ajar bb minum susu perah guna cwn @ sudu. Masa ajar bb mibtak tolong suami @ pengasuh yg ajar. Insyaallah bb takde kejutan budaya. Sabar n teruskan usaha ye. Tq

      Delete
  3. salam kak engku...
    bayi sy berusia 3bln...bayi sy langsung xmau menyusu botol...sy dah cuba bagi guna sudu...tetap xmau....bila disua puting botol atau sudu,terus dia menangis mcm sakit.....utk pengetahuan kak engku, bayi xtggl bsama sy kerana sy bekerja d luar daerah...jd sy tgglkn dgn mak...plz help...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurul,
      Inilah cabaran yg terpaksa di tempoh. Terus bagi bb minum guna cawan @ sudu @ picagari....insyaallah bila bb lapar dia akan minum. Harus sabar dan terus usaha ye. Tq

      Delete
  4. Salam Kak Engku,

    Bayi saya berumur 3 bulan. saya dah sebulan bekerja. Dalam pantang saya ada mengajar anak minum susu botol tapi cuma 2 scope susu sehari tapi selepas 2 bln saya bekerja. pengasuh cuba berikan susu tp bayi saya tk mahu minum so tghari saya terpaksa balik untuk berikan susu. saya dh cuba kaedah sudu & picagari anak saya tetap tk mahu. dia banyak tido pada waktu siang tp pada waktu mlm lps pkl 12mlm saya memang bangun 3x tuk susukan bayi saya. tiap kali saya paksa minum dia akan tido. blk keje anak saya memang kerap menyusu & kadangkala kerap muntah. mungkin ker terlebih berikan susu ? harap dpt berikan pandangan. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Susu ibu adalah yg terbaik untuk bayi. Suauilah bb dgn susu ibu dr lahir hingga bb umur 6 bulan. Adakah bb diajar minum susu perahan 2 minggu sblum mula bekerja? Menjd seorg ibu perlu byk sabar n pengorbanan ibu tak ternilai harganya. Ikutlah sukatan yg betul sblum pmberianvsusu kpd bayi untuk mengelak bb muntah. Cubalah sapu minyak telon pd bb ye. Insyaallah dpt bantu bb tidur lena. Tq

      Delete
  5. Salam,

    Bayi saya baru berumur 2 bulan, tetapi dia selalu mengalami hidung tersumbat. Dan terdapat sedikit kahak. Bagaimana untuk menghilangkan kahak untuk bayi sekecil ini? Sebab tiada ubat yang sesuai..

    Bayi saya masih menggunakan susu ibu sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pendekar laut,
      Akak nasihatkan teruskan bf n dapatkan rawatan doktor ye. Pastikan tidak terdedah pd ahli keluarga yg tak sihat n persekitaran yg bersih ye. Tq

      Delete