Hemofilia adalah penyakit darah. Pesakit yang menghidap hemofilia mempunyai masalah pembekuan darah, darah mereka tidak beku. Oleh itu, apabila bahagian badannya luka ia akan berdarah tanpa henti. Penyakit hemofilia adalah penyakit baka yang pembawanya adalah ibu pesakit. Penyakit hemofilia dikenal pasti apabila anak berumur 1 - 2 tahun. Pada umur ini sering terdapat lebam biru di kulit dan adakalanya anak menghidap pendarahan di sendi-sendinya. Rawatan untuk pendarahan hemofilia ialah dengan menggunakan sejenis protein yang dinamakan Factor VIII. Protein ini dapat menolong darah membeku apabila pendarahan berlaku.
Tanda-Tanda
Tindakan Ibubapa
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
Komen : Untuk makluman lebih lanjut, sila hubungi:
Persatuan Hemofilia Malaysia
(Haemophilia Society of Malaysia)
d/a Blood Services Centre
(Pusat Perkhidmatan Darah)
Hospital Kuala Lumpur
50586 Kuala Lumpur
Tanda-Tanda
- Bahagian-bahagian badan menjadi lebam-lebam biru dengan sendirinya atau disebabkan oleh terhantuk.
- Sakit sendi yang bengkak.
- Pendarahan yang tidak henti-henti seperti pendarahan selepas berkhatan, pendarahan hidung, pendarahan gusi dan sebagainya.
Tindakan Ibubapa
- Sekiranya ada ahli yang mempunyai masalah yang sama seperti pendarahan yang teruk selepas berkhatan, anak mesti menjalani ujian darah untuk mengenalpasti samada ia menghidap hemofilia ataupun tidak.
- Sekiranya bahagian badan anak sering menjadi lebam-lebam biru tanpa jatuh, ibubapa harus mengesyaki anak menghidap masalah pembekuan darah.
- Sakit otot atau sendi yang berterusan boleh disebabkan oleh pendarahan dan setiap pesakit hemofilia mesti berwaspada terhadap perkara ini.
- Jangan beri anak ubat aspirin. Ubat paracetamol boleh digunakan.
- Jangan galakkan anak mengambil bahagian dalam sukan yang lasak.
- Pelalian Hepatitis B mesti diberi.
- Penjagaan gigi yang baik serta janji temu dengan doktor gigi setahun sekali digalakkan.
- Pakai rantai Medic Alert.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
- Penyakit pendarahan disyaki.
- Semua pendarahan serta bengkak sendi dan otot.
- Pendarahan di dalam saluran pemakanan boleh menyebabkan susah menelan makanan.
- Pendarahan di dalam otak boleh juga berlaku. Oleh itu, sekiranya pesakit terhantuk kepala dan mengadu sakit kepala, dia harus dibawa ke hospital dengan secepat mungkin.
Komen : Untuk makluman lebih lanjut, sila hubungi:
Persatuan Hemofilia Malaysia
(Haemophilia Society of Malaysia)
d/a Blood Services Centre
(Pusat Perkhidmatan Darah)
Hospital Kuala Lumpur
50586 Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment