"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 June 2010

Puting Luka

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang
paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby
gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam
minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Tapi jangan ambil mudah.

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan
baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan
je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya.
Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

Apa nak kena buat kalau puting luka ni?

Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:

1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle
hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.

2. Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Air susu
ni banyak gunanya tau!

3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang
paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba "Bepanthen", kerana ia
juga boleh digunakan untuk ruam bayi!

4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak
bergesel dengan bra.

5. Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk
mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat
untuk let-down.

1 comment:

  1. saya juga pernah mengalami situasi ini... agak teruk jgak... mula2 saya gunakan krim tapi masih sama dan berulang... setelah berjumpa doc... doc tidak memberikan krim sebaliknya memberi petua air susu... selepas bb selesai isap susu, ambil dan sapukan susu lebihan ke sekitar peting. sebaik-baiknya susu aher kerana lebih pekat.. kemudian biarkan keris baru pakai bra... sebab air susu itu sendiri mempunyai antibiotik yang banyak.. dan alhamdulillah, setelah 2 3 kali buat... tiada berulang lagi masalah ni...

    ReplyDelete