Pelbagai perkara perlu anda beri perhatian sewaktu hamil. Ini termasuklah penjagaan dan rawatan gigi. Ia turut berkait dengan kehamilan. Semasa hamil, seboleh-bolehnya ibu hamil dilarang daripada mencabut gigi atau melakukan sebarang rawatan kecantikan gigi kerana ia boleh membahayakan kehamilan anda.
Hamil pada trimester pertama langsung tidak digalakkanmencabut gigi kerana trimester pertama adalah masa yang amat penting pada permulaan perkembangan janin. Ubat bius yang disuntik sebelum gigi hendak dicabut berisiko masuk ke dalam janin dan boleh membawa kecacatan atau keguguran pada janin.
Walaupun wanita hamil mudah mendapat gejala berkaitan masalah gigi seperti gusi berdarah dan sakit gigi di awal kehamilan, anda harus tetap perlu menitikberatkan penjagaan gigi agar kesihatan mulut tetap terjaga.
Apakah tip penjagaan gigi semasa hamil?

- Seringlah menggosok gigi walaupun tanpa menggunakan ubat gigi. Gosok gigi dengan lembut dan jangan terlalu kasar kerana semasa hamil, gusi mudah berdarah.
- Berkumurlah dengan ubat kumur yang mengandungi anti septik
- Lakukan pemeriksaan gigi berkala sejak awal kehamilana untuk mengesan sebarang masalah yang timbul agar ia tidak bertambah serius
Ada kajian yang mendapati bahawa penyakit periodontal iaitu sejenis jangkitan bakteria pada gusi dan tulang gigi boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau bayi dilahirkan dengan tidak cukup berat badan.
Malah, wanita yang menghidap penyakit periodontal berisiko tujuh kali ganda mendapat bayi pramatang. Kajian lain pula mendapati penyakit gusi ada kaitan dengan peningkatan praeklampsia, salah satu komplikasi kehamilan dengan takanan darah tinggi serta penimbunan cecair dan protein dalam tubuh.
Semasa hamil, perubahan hormon juga membuat anda lebih mudah diserang penyakit gusi. Hormon progesteron dan estrogen yang meningkat boleh menyebabkan gusi memberi reaksi yang berbeza terhadap bakteria dan plak.
Akibatnya, gusi mudah membengkak, berdarah dan menjadi lembut. Jika anda seorang yang menitikberatkan kesihatan gigi dan rajin menjalani pemeriksaan berkala sebelum hamil, risiko ini dapat dikurangkan apabila anda hamil.
Salam ukhwah,
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat sekali.
Sakit gigi semasa hamil