Semakin sesebuah negara itu menuju ke arah perindustrian semakin ramai ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi - bayi mereka. Dengan adanya banyak bekalan - bekalan formula susu di pasaran , dengan bertambahnya wanita - wanita yang bekerja di pejabat atau dikilang semakin ramai bayi - bayi yang diberi susu tepung. Satu pengaruh yang kuat juga ialah iklan - iklan yang mengenai susu tepung dan makanan peralihan (weaning foods).
Walaupun sukar untuk mengurangkan amalan memberi susu formula kepada bayi di kalangan ibu - ibu adalah penting diusahakan langkah - langkah untuk membantu ibu - ibu yang mempunyai masalah penyusuan susu badan sambil menggalakkan amalan penyusuan badan di kalangan mereka .
Berbagai - bagai jenis susu formula telah dikeluarkan oleh firma-firma untuk menampung keperluan ibu - ibu yang ingin memberi susu formula kepada bayi - bayi mereka. Kadangkala ibu - ibu sendiri keliru tentang formula manakah yang lebih sesuai untuk diberikan kepada bayi mereka. Soalan - soalan yang selalu timbul adalah seperti berikut ; adakah susu formula yang lebih mahal sebenarnya lebih baik ? Jenama yang manakah yang lebih baik , bermutu dan berkhasiat ?
Dalam surah al-Baqarah ada digalakkan yang ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi - bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Dalam komuniti - komuniti yang primitif dan di negara - negara yang membangun pemberian susu ibu kepada bayi - bayi sudah pasti akan dapat mengurangkan penyakit - penyakit terutamanya penyakit cirit - birit di kalangan bayi - bayi. Susu ibu bukan sahaja merupakan satu cara yang tidak membebankan perbelanjaan tetapi juga ia sendiri mempunyai faktor-faktor yang boleh mencegah penyakit dan mengurangkan penyakit - penyakit alahan. Satu lagi kebaikannya ialah ia dapat mendekatkan tali perhubungan di antara bayi dengan ibu. Pendek kata , semakin dikumpul maklumat tentang susu ibu semakin didapati yang ia adalah lebih berfaedah untuk memberi susu ibu daripada memberi susu formula.
Masalah -Masalah Yang Berkaitan
Dari masa seseorang wanita itu mengandung lagi , ada baiknya jika dia memahami tentang segala aspek penyusuan susu badan.
Ibu - ibu sering juga menyatakan yang ada jenis ubat tradisional atau herba yang boleh melebihkan susunya Walaupun tidak dinafikan langsung yang mungkin boleh berlaku , kita juga tidak boleh menafikan yang ini berlaku akibat apa yang dipanggil ' placebo ' iaitu ia berlaku akibat kesan psikologi para ibu. Perasaan risau yang susunya tidak akan cukup , umpamanya , mungkin mempegaruhi seseorang ibu itu untuk memikirkan yang dia tidak boleh menyusu ; lalu benar - benar susunya didapati tidak cukup.
Bayi yang baru lahir digalakkan untuk menghisap tetek ibu dengan secepat mungkin. Hisapan bayi adalah stimuli yang baik sekali untuk memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi ialah jika bayi itu sendiri menghisap sehingga dia puas. Bayi -bayi yang selalu tidur dan jarang menghisap akan mengurangkan susu yang dikeluarkan oleh ibunya.
Adakalanya bahagian ' puting buah dada ' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi menghisap. Ini berlaku kerana salah dalam Teknik Penyusuan. Dalam keadaan ini ibu dinasihatkan supaya memastikan anak melekap dengan betul, Cuba beri anak menghisap dari payudara yang tidak sakit terlebih dahulu, bila susu mengalir dengan baik, beralihlah kepada payudara yang sakit. Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut anak. Alihkan bayi dari payudara anda perlahan-lahan. Sekiranya puting telah luka cuba sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda dan cuba elakkan dari penggunaan sabun atau losyen pada puting. Jangan sekali-kali berhenti dari menyusu badan.
Bengkak payudara satu masalah yang sering berlaku pada ibu-ibu lepas bersalin. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan perahan susu ibu samada menggunakan tangan atau pam. Jenis pam elektrik sangat berguna dalam keadaan di mana bayi -bayi tidak boleh menghisap kerana dilahirkan prematur atau memerlukan rawatan khas kerana sakit paru -paru , infeksi dan sebagainya. Bagaimanapun pam elektrik tidak biasa digunakan kerana mahal harganya. Jenis pam manual juga boleh digunakan untuk mengeluarkan susu untuk beberapa hari sehingga bayi boleh mula menghisap sendiri.Satu masalah lagi yang biasa ditemui ialah ibu -ibu yang mendapati puting buah dadanya terbenam ( inverted nipple ) ; atau tidak menonjol keluar. Keadaan ini boleh diatasi jika seseorang ibu di waktu mengandung selalu mengurut -ngurut puting buah dadanya.
Tempoh bagi menyusu badan berbeza - beza bagi setiap orang bayi. Ada yang mahu disusukan lama daripada yang lain. Tetapi selalunya tempoh 5 minit adalah mencukupi. Ibu seharusnya hanya berhenti dari menyusu setelah bayi kelihatan tenang dan puas hati.
Berhubung dengan pertanyaan untuk beberapa lamakah seseorang ibu itu harus menyusukan bayinya , ini terpulanglah kepada setiap ibu itu. Tetapi secara amnya ibu digalakkan memberi susu badan untuk beberapa lama yang boleh. Ini bukan sahaja boleh mengecutkan rahimnya tetapi juga diakui oleh para penyelidik bahawa bentuk badan wanita itu akan menjadi lebih elok lagi. Dalam zaman moden ini ibu -ibu terutama mereka yang bekerja digalakkan untuk memberi susu badan sekurang -kurangnya selama 6 bulan dan memulakan makanan pepejal untuk bayi pada peringkat umur ini. Tetapi, adalah lebih baik jika dia boleh meneruskan amalan ini untuk seberapa lama yang boleh.
Kebanyakan ubat -ubat yang boleh diambil oleh ibu akan terkandung di dalam susu ibu walaupun dengan sedikit sahaja. Biasanya bayi -bayi tidak mendapat apa -apa akibat dari ubat ini kerana dos yang diterimanya adalah kecil sahaja. Walau bagaimanapun , ibu perlulah mendapat nasihat doktor jika dia terpaksa makan ubat -ubat khas semasa dia menyusukan bayi.
Adakalanya susu kelihatan bercampur darah. Ini adalah normal dan tidak perlu dikhuatiri. Ibu -ibu kadangkala berasa risau apabila terasa ada ' biji ' di buah dadanya dalam tempoh dia menyusukan bayinya , takut kalau -kalau dia menghidap barah buah dada. Disini adalah ditegaskan yang ' biji ' ini selalunya timbul dalam waktu penyusuan badan dan ia adalah normal. Tetapi , jika ' biji ' ini terus ada dan jika seseorang itu berasa tidak senang hati eloklah jika ia mendapatkan nasihat doktor atau Kak Engku.
Salam kak engku, sy nk tanye kalau baby 2bulan ke 3 bulan biase minum susu brape oz dan setiap berapa jam kalau diberi susu dlm botol? Boleh x kalau berlebuhan bg? Sbb baby sy bg byk pun die akan hisap, tp sy tgk perut die kembung sgt dan berak pun byk. So, sy kena hadkan die minum susu.
ReplyDeletesalam, biasanya baby 2-3 bulan minum susu badan dlm 2 -3 oz setiap 2- 3 jam sekali. Susu badan cepat hadam jd bb mmg cepat lapar. Jd takyah limit time, dia nak bg je.
ReplyDeletesalam kak engku...baby sy dilahirkan prematur n skang di jangkiti deman kuning..dia menyusu badan tp sekejap saja dan terus berhenti..kadang2 dia tak nak menyusu..mcmmana cara nak atasi masalah ni?..huhu
ReplyDeletewsalam, utk pengetahuan waktu nie lah kita digalakkan memberi susu badan kepada bayi sebanyak yg mungkin kerana susu ibu dapat menghilangkan kuning baby. Ok mengenai baby taknak menyusu nie selalunya cara kita memberi susu (posisi menyusu) tidak betul tu yg baby taknak menyusu kerana susu tak keluar, nanti cuba belajar cara penyusuan yg betul ye.
ReplyDelete