"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 February 2010

6. Urutan Bahagian Belakang

  • Letakkan bayi anda dalam kedudukan meniarap di hadapan anda, atau di atas kaki anda yang berada dalam kedudukan berlunjur. Pastikan tangan bayi di hadapan dan bukannya di tepi
  • Dengan kedua-dua tangan anda, urut belakang bayi secara melintang
  • Gunakan sebelah tangan untuk mengusap belakang dari tengkok ke bawah
  • Gunakan hujung jari anda untuk mengurut dengan cara membuat bulatan kecil pada bahagian sebelah tulang belakang bayi. Ulangi pada bahagian sebelah lagi. Elakkan dari mengurut di atas tulang belakang bayi
  • Usap perlahan-lahan belakang bayi dari tengkok ke bawah dengan satu usapan terus untuk memberitahu bayi kerja mengurut telah selesai
  • Akhir sekali, ciumlah si bayi anda
  • Nota: ulangi setiap langkah urutan sebanyak 3 hingga 5 kali sebelum melakukan langkah berikutnya.

No comments:

Post a Comment