"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 February 2010

4. Urutan Kaki

  • Mulakan dengan melakukan usapan 'Indian Milking', urut kaki dengan gerakan ke atas, dari pinggul ke pergelangan kaki. Seterusnya lakukan usapan 'Swedish Milking' pada kaki, dengan menggerakkan tangan anda dari pergelangan kaki ke pinggul bayi
  • Gengam lembut peha bayi anda dengan kedua-dua tangan menggenggam atas bawah, usap ke bawah ke kaki dengan kedua-dua tangan anda berpusing secara bertentangan seolah-olah anda sedang memerah tuala
  • Olekkan kaki bayi antara kedua-dua tangan seolah-olah anda mengolekan pencanai
  • Urut tapak kaki bayi dengan ibu jari anda dari tumit ke hujung jari kaki
  • Genggam lembut hujung jari kaki satu persatu. Ulangi pada kaki sebelah.

No comments:

Post a Comment