"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 January 2010

Tips Penting - Sebelum Mula Bekerja Bagi Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya

  • Pastikan simpanan susu perahan mencukupi sebelum mula bekerja
  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Rehat bila ada peluang
  • Minum air sekurang-kurangnya 6 - 8 gelas sehari
  • Nasihatkan penjaga supaya tidak memberi susu perahan 1 jam sebelum anda datang mengambil bayi semula
  • Susui bayi anda sejurus sampai ke rumah
  • Pada hari permulaan anda bekerja, memerlukan anda untuk memerah susu dengan kerap lebih kurang 2 jam sekali
  • Susu akan mengalir keluar dengan senang apabila anda tenang dan membayangkan bayi anda
  • Cuba pastikan payudara diperah sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ini dapat mengekalkan penghasilan susu dan mengurangkan risiko bengkak susu
  • Seandainya susu tiba-tiba mengalir keluar daripada payudara anda:-
  1. Tekan puting menggunakan tapak tangan selama 1 atau 2 minit. Ini boleh dilakukan atau
  2. Pakai alas pelapik dalam coli untuk menyerap lelehan susu. (Jangan lupa untuk menukar alas pelapik tersebut apabila ia terlalu basah)

2 comments:

  1. boleh tak akak bgtau the rite timing untuk menyusu?

    ReplyDelete
  2. Sejurus selepas bersalin (1 - 2 jam pertama) sehingga anak berumur 2 tahun. Dari lahir hingga umur 6 bulan anak hanya diberi susu ibu sahaja.Bila umur anak 6 bulan makanan pelengkap diperkenalkan dan penyusuan susu ibu diteruskan sampai anak berumur 2 tahun.

    ReplyDelete