Ahli keluarga lain juga boleh membantu dengan cara:
- Belajar mengenai penyusuan susu ibu dengan berbincang bersama ahli keluarga yang berpengalaman
- Ingatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan
- Galakkan ibu berehat kerana ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat
- Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian dan juga dalam penjagaan bayi
- Lindungi ibu dari mereka yang tidak peka dengan penyusuan susu ibu
- Bantu untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih
No comments:
Post a Comment