Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu ada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payu dara, susu berlebihan)
Persediaan Untuk Memerah Susu?
1. Ibu perlu bersedia dari segi Psikologi:
- Perlu yakin
- kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
- perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi
- bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
- lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
- minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum teh/kopi
- tuam atau urut payu dara
- ransang puting susu dengan cara : gentel dengan jari
- dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2 - 3 minit
No comments:
Post a Comment