"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

13 January 2010

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja

Di sini ingin Kak Engku bagi tahu, masih ada ibu-ibu yang Kak Engku temui tidak mahu menyusui anaknya.....alasannya 'Susu Takde'. Setelah banyak nasihat dan kaunseling diberikan........alhamdulillah kesedaran mulai ada dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

Semua Ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan Pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Ini bermakna dari lahir hingga enam bulan bayi:

- diberi susu ibu sahaja

- tidak perlu air atau susu tambahan

- tidak perlu makanan pelengkap


Mengapa Perlu Menyusu Secara Ekskusif selama 6 Bulan Pertama bayi?

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
  8. Menggalakan tumbesaran
  9. Penghadaman yang mudah

Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
  1. Membantu mengecut rahim - mengurangkan pendarahan
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
  5. Menjimatkan masa dan wang
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan

Kepentingan Penyusuan sepenuhnya (Ekslusif)
  1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
  2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
  3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 - 12 kali sehari.
  4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
  5. Mengurangkan alahan
  6. Menjaga kesihatan bayi dan anak
  7. Mengelakkan bengkak payudara
  8. mengeratkan kasih sayang

6 comments:

  1. Salam,K. engku..Tolong advise sy produk utk mnyimpan susu yg dperah kt tempat keje.pjalan ke tmpat keje 1jam pegi, 1jam blk

    ReplyDelete
  2. salam yanna,tempat untuk menyimpan susu yang diperah tu yanna boleh guna cooler bag @ ice box,dan masukkan ice pack ke dalam cooler bag sebagai cold chain untuk travelling. Bila perah susu ibu boleh simpan dalam ice box dan bila dah sampai rumah boleh letak kat freezer (tahan untuk 3 bulan) atau di bahagian bawah (tahan untuk 48 - 72 jam). Tapi ingat susu yang dah digunakan tak boleh disimpan balik ke dalam peti ais. Mesti diguna dalam tempoh 1 jam.

    ReplyDelete
  3. salam k engku, soalan sy, boleh ke tinggal baby 9bln yg masih menyusu selama 2 hari 2 mlm sbb saya perlu berkursus ke negeri lain. lepas saya balik berkursus nanti, baby akan kembali direct bf ke tak?saya risau dia xnak direct bf lepas saya balik dari kursus.
    terima kasih

    FIT

    ReplyDelete
  4. wsalam, boleh klu nak tinggal, tapi kene pastikan supply susu yang diperah cukup utk kegunaan baby selama waktu yang nak ditinggalkan.

    ReplyDelete
  5. salam kak engku... mcm mana utk atasi masalah kekurangan susu badan ? sy telah beri susu formula sjak bayi berumo 1 bln lebih krn susu tdk mencukupi.adakah sudah terlambat utk sy menyusu badan sepenuhnya semula dan bagaimanakah caranya krn sy bekerja 8-5ptg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rohana,
      Tahniah kerana masih bersemangat untuk meneruskan penyusuan. Jika puan betul2 ingin teruskan bf puan harus sabar dan dapat sokongan dari suami dan ahli keluarga yang lain. Jika kita tahu betapa bagus dan baiknya susu ibu kita takkan sesekali bg bb dgn susu formula. Jika puan ingin teruskan bf, langkah pertama puan perlu stopkan botol feeding. Kerana ini blh sebabkan bb confuse nipple. Cubalah bg bb direct bf lbh kerap supaya ada rangsangan hisapan dan bantu untuk penghasilan n pengeluaran susu. Untuk detail blh call akak. Tq

      Delete