Mengandung adalah satu anugerah Tuhan yang sangat-sangat dinantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Apabila seorang ibu telah disahkan mengandung buat kali pertamanya beliau akan merasa teramat bangga dan merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya.
Apakah tanda-tanda anda mengandung?
- Tiada datang haid
- Loya dan muntah
- Kerapkali buang air kecil
- Perubahan bentuk badan seperti buah dada membengkak
- Kesukaran untuk tidur dari kebiasaan
- Kerap merasa letih
Lawatan Ke Klinik
Setelah anda mengalami tanda-tanda di atas anda perlu datang ke Klinik AWAL....
Kenapa mesti melawat klinik awal?
Ibu-ibu dinasihatkan untuk datang dengan segera apabila saja mengetahui bahawa puan telah mengandung. Kedatangan awal akan MENYELAMATKAN PUAN DARI BAHAYA-BAHAYA KESIHATAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU.
Pentingnya lawatan semasa mengandung?
- Memastikan yang Puan benar-benar mengandung
- Menentukan kesihatan Puan berada dalam keadaan baik dan sempurna.
- Menentukan kandungan anak puan ini membesar dan berada dalam keadaan baik.
- Mengesan sebarang penyakit ibu berisiko atau perubahan luarbiasa, baik pada ibu maupun anak dalam kandungan
- Mendapat nasihat dan panduan yang berguna bagi diri puan dan kandungan puan termasuk jagaan anak, makanan dan susuan ibu.
Datanglah ke Klinik pada masa yang ditetapkan:-
7 bulan (awal mengandung - 28 minggu) - tiap-tiap bulan
7 - 9 bulan (28minggu hingga 36minggu) - 2 minggu sekali
9 bulan hingga bersalin - tiap-tiap minggu sampai bersalin
Tujuan untk puan datang ke klinik mengikut masa:-
"Memastikan sepanjang puan mengandung anda seorang ibu yang sihat dan melahirkan bayi yang sihat".
Keadaan-keadaan Bahaya Semasa Mengandung.
1. Umur dan ketinggian ibu
- berumur di bawah 19 tahun
- mengandung sulung ketika usai 35 tahun
- berumur melebihi 40 tahun
- ketinggiannya 140cm dan ke bawah
2. Bilangan Kandungan
- kandungan yang ke 5 atau lebih
3. Jarak Kelahiran
- kurang dari 2 tahun atau 5 tahun ke atas
4. Masalah pada kandungan yang lalu,
- tumpah darah semasa mengandung
- tumpah darah selepas bersalin
- anak mati dalam perut
- keguguran berturut-turut lebih dari 2 kali
- kelahiran melalui pembedahan
5. Penyakit - ibu mungkin mengidap
- kencing manis, darah tinggi, sakit jantung
- kurang darah dan sebagainya
6. Kandungan bermasalah
- kembar
- kedudukan janin songsang, serong atau melintang
- kandungan lebih besar/kecil dari yang dijangkakan
- janin kurang atau berhenti gerak
7. Pendarahan semasa mengandung
8. Darah tinggi semasa mengandung
- tekanan darah tinggi
- kencing kotor, kaki bengkak
- termasuk sakit kepala, pening, mata berpinar, muntah atau sakit ulu hati
Langkah-langkah Yang Patut Puan Ambil.
Jika terdapat keadaan-keadaan seperti 1 - 8.
1. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan SEGERA dari:
- Klinik Ibu dan Anak Kerajaan atau Klinik Desa
- Klinik Kesihatan
- Hospital Yang berhampiran
2. Ikut sepenuhnya nasihat yang diberikan oleh kakitangan di :
- Klinik Ibu dan Anak Kerajaan atau Klinik Desa
- Klinik Kesihatan
- Hospital
3. Bersalin di Hospital
Contoh Peraturan dan Pemeriksaan Ibu di Klinik:-
1. Pendaftaran
2. Timbang
3. Ukuran Tinggi
4. Periksa Air Kencing:
a) Gula
b) Albumin
5. Ambil Tekanan Darah
6. Pemeriksaan darah untuk Hb, VDRL, Kumpulan Darah dan HIV
7. Pemeriksaan unsur-unsur kandungan
8. Nasihat dan rawatan
9. Pelalian Anti Tetanus Toxoid
10. Rujukan kepada Doktor
Nasihat Untuk Ibu-ibu Mengandung
1. Melawatlah klinik pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan atau segera bila bermasalah.
2. Membawa kad merah kecil di mana puan pergi
3. Lawatlah klinik seawal yang boleh
4. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat, untuk memastikan ibu dan kandungan yang sihat.
Makanan yang seimbang untuk puan mesti mengandungi seperti berikut:
- Makanan yang kaya dengan protein, untuk membina tisu tumbesaran seperti ikan, ayam, daging, telur, soya, susu, keju dan kekacang.
- Makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak, untuk tenaga dan pergerakkan tubuh seperti nasi, roti, kentang, marjerin dan minyak.
- Makanan yang mengandungi vitamin dan zat galian, untuk menjauhkan penyakit seperti sayuran dan buah-buahan.
5. Makanlah ubat-ubat yang diberi oleh Doktor atau Jururawat. Jauhkan ubat-ubatan sendiri, arak atau rokok.
6. Pergilah ke hospital apabila dinasihatkan untuk keselamatan puan dan kandungan.
7. Dapatkan tidur dan rehat secukupnya.
8. Menjaga kebersihan dan pakaian yang selesa.
9. Menyusukan anak secara susu badan
10. Merancang keluarga
11. Bersenam ringan
No comments:
Post a Comment