"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 January 2010

Mustika Ratu (Detail)

Keterangan & Cara Penggunaan

Pemakaian Jamu Selapan

Tapel Raket Mustika Sejati
Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.

Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara ikat, bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

Pilis Wangi
Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal di atas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.

Bancar Air Susu
Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.

Parem Segar Sumyah
Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.

Jamu Galian Parem Wangi
Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.

Jamu Pulih Balung Sumsum
5 biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.

Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu
Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.

Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masalah senak perut, sebaiknya urut di celah pinggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash
Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masalah keputihan.

Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.

8 comments:

  1. Salam..kak..pil mimilan mintuno tu bleh dimakan smasa berpantang ke x...or slps pantang...dia pns x if mkn slps pantang klu bf baby?

    ReplyDelete
  2. wawa: wsalam, huhuhu yg nie akak tak pasti la pulak, nanti jap akak pegi siasat ye hehehe

    ReplyDelete
  3. slm kak..jamu galian parem wangi 2 bentuk pil@air ek?? sy py due dh nk dkt,so sy tgh cr produk yg sesuai utk b'pntg ank ke2 ni....

    ReplyDelete
  4. wsalam, klu tak silap akak yg nie serbuk utk diminum

    ReplyDelete
  5. Salam, nak tanya...boleh ke kita gabungkan ambil set bersalin mustika ratu bersama-sama set bersalin nonaroguy? ada kesan sampingan apa2 tak?

    ReplyDelete
  6. wsalam, kalau nak guna ubat rawatan dalaman dari berlainan jenama, akak tak galakkan.

    ReplyDelete
  7. Kak, saya bersalin caeserian dah masuk 2 minggu lebih.Tapi bila boleh mula makan jamu mustika ratu ni, sebab lagipun saya bf baby.

    Protection Creme for Your Face & Neck..On Sale..

    ReplyDelete
  8. imtiaz: klu baby dah tak kuning, dah boleh dah makan jamu tu hehehe

    ReplyDelete