"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 January 2010

Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan

  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah
  • Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalamam supaya mudah dicairkan
  • Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja)
  • Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur
  • Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh disimpan semula)
  • Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu
  • Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan

1 comment:

  1. salam... nak tya, mcm mana klu kita hendak keluar berjalan? blk kampung atau sebagainye... mcm mana cara utk membawa, menyimpan dan memanaskan susu perahan..mana tahu dlm perjalanan, kite nak bg susu perahan tu.

    ReplyDelete