"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 January 2010

Kekurangan G6PD

Apa Itu G6PD

G6PD (Glukose 6 phosphate dhydrogenese) adalah sejenis enzim yang melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.

Apakah Kekurangan G6PD

Kekurangan G6PD boleh menyebabkan keadaan sel darah merah musnah dengan cepat.

Bagaimana Ia Dikesan

Contoh darah diambil dari tali pusat bayi semasa bersalin dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan G6PD.

Sekiranya Bayi Anda Didapati Kekurangan G6PD

  1. Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa bayi anda masuk ke wad untuk rawatan dan pemerhatian.
  2. Bayi anda dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya 24jam selepas lahir dan sekiranya anak anda tidak jaundis - akan dibenarkan pulang.
Pemerhatian ini adalah untuk mengelakkan kecacatan otak dan pendengaran disebabkan oleh penyakit kuning (jaundice).

Langkah-Langkah Seterusnya Bagi Mereka Yang Kekurangan G6PD

Elakkan anak anda daripada bahan-bahan yang boleh mencetuskan kemusnahan darah merah seperti:

  • Memakan kacang parang atau produknya
  • Menggunakan ubat gegat
  • Memakan ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat senseh
Sekiranya termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas bayi / anak anda akan mengalami:

  • Penyakit kuning (jaundice) dengan serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pucat
  • Pucat
  • Demam
Jika hendak mengambil ubat-ubat hendaklah dengan arahan / nasihat doktor.

Sila Pastikan

Setiap kali mendapat rawatan perubatan, sila beritahu anak anda ada kekurangan G6PD.

Bolehkah Seseorang Yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?

Boleh, elakkan daripada memakan atau menyentuh bahan-bahan yang dilarang.

Kekurangan G6PD bukan penyakit berjangkit dan keadaan ini adalah sepanjang hayat.

G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-Kanak perempuan adalah sebagai pembawa.



26 comments:

  1. salam k engku.anak saya ade G6PD.saya dah beli set bersalin NR.tp saya hanya gunakan yg luaran je cm minyak n krim barut.pil saya tak mkn kerana bile bertanya pada dr atau kedai yg jual NR,mereka tak pasti akan kesannye kpd baby bile BF.sbenarnye boleh ke saya amik any pil jamu?

    ReplyDelete
  2. liyana: kalau anak ada g6pd, boleh makan jamu. Tapi cuma pastikan baby tidak mengalami kuning pada waktu nak makan jamu tersebut, jika baby mengalami kuning, akak nasihatkan jgn makan lagi, tunggu kuning baby tu baik dahulu ye.

    ReplyDelete
  3. salam kak engku...anak sy ada menghidap G6PD..sy cuma nak tahu adakan minyak gamat dan minyak tradisional juga tidak boleh digunakan...sbb bayi saya sering mengalami kembung perut..dan adakah anak sy juga tidak boleh menggunakan sebarang produk pewangi baju??

    ReplyDelete
  4. kak kalu masih menyusukan bayi better jgn makan jamu sbb masa lahirkan anak kedua,baby ada g6pd then kena tahan di wad 5 hari tp xde pakar kaunseling dtg utk bgtau ttg g6pd...sy pun pakai vicks,makan jamu dan susukan baby....air kencing baby ada darah...bila sy bgtau nurse dia kata darah pusat.tp sy perhatikan kat hujung zakar dia ada darah kering sikit...bila da bgtau nurse 4kali tp dia bg jawapan sama je sy pun diam je la...then masa last day baru pakar kaunseling dtg n bg list ubat2an yg xblh dimkn atau terkena pd baby g6pd baru lah sy terus stop mkn jamu...then lps 3bln baru decide berentikan susu sbb nak mkn jamu....

    ReplyDelete
  5. Pn: anak g6pd boleh guna minyak gamat ataupun minyak tradisional utk hilangkan kembung perut baby. cuma akak nasihatkan klu nak makan jamu biar baby pulih dari kuning dulu tau, disamping tu kerapkan penyusuan (susu badan), insyaAllah ok

    ReplyDelete
  6. a'kum kak engku..saya ingin bertanya. betulkah anak g6pd tidak boleh makan kacang panjang dan kacang buncis? bolehkan kak engku senaraikan sayur2an serta makanan lain apakah yg tidak boleh anak2 g6pd makan...

    terima kasih

    ReplyDelete
  7. Pn: wsalam, nanti akak cuba dapatkan info yang lebih mendalam mengenai g6pd dan pemakanan ye, klu akak jumpa nanti akak akan terus pos ke entri ye, thanks n jumpe lagi

    ReplyDelete
  8. SALAM..
    Kak Engku...saya adalah salah seorang penghidap G6PD...saya nk tanya adakah ubat dari manjatimah tergolong dalam jenis jamu..

    ReplyDelete
  9. salam nurul, G6PD adalah sejenis enzim yang melindungi sel darah merah daripada cepat musnah. Kemusnahan sel darah merah akan menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran disebabkan oleh demam kuning (jaundis). Masalah G6PD yang paling ketara adalah ketika bayi. Banyak pantang larang dan ubat-ubatan yang perlu dielak termasuklah pengambilan jamu. Majatimah adalah ubat yang tergolong dalam jenis jamu.Mekasih

    ReplyDelete
  10. salam kak engku, kalu sy mkn jamu masa anak sy berusia 20 hari boleh ke tak,hari ke 8 kuning anak sy 102...doktor ckp anak sy dah ok...xpayah pi check kat spital dah....

    ReplyDelete
  11. salam kak engku..bby saya dh berusia 3 bulan dan menghidap g6pd (defeciency)...saya nk bertanya, kalau diperingkat umur begini bole ke tak kalo saya nak mula untuk makan ubat set bersalin dr sendayu tinggi tu? akan ada kesan apa2 tak pada anak saya nanti sbb dia masih lagi menyusu badan..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ok boleh makan. Semasa pengambilan kena sentiasa buat pemantauan ye. Klau takde rebound jaundice blh teruskan. Insyaallah takde effect bf. Tq

      Delete
  12. askum..kak engku, ank ke-2 berusia 3buln dan mengalami G6PD intermediate.. sye nk tnya, bolehkah sya mengunakan spray nyamok?? Dan jika Kawalan viktor dri jabatan kesihatan dtg membuat penyemburan asap pd kwasan rumah saya, bolehkah ank saya menghidu bau asap tersebot.. Apa risikonya pd ank saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Lebih baik merujuk dgn doktor yg menjaga ye. Maaf ia di luar bidang kuasa akak...uhuhu

      Delete
    2. setahu saya ubat nyamuk pun xboleh..hu3 anak sy ada g6pd juga

      Delete
    3. Salam lia,
      tq sudi share info.

      Delete
    4. anak sy g6pd..mase kt umah mak mntua ada org smbur nyamuk denggi ,wlapun dah ttp pintu tgkp asap ttp masuk jgak..sy pantau bby sy..ok je..skrg dia dah 1thun 5 bulan..alhmdlh x da pa pa lg tanda dsrang g6pd..kcg pnjang kcng tnh sjins syur nama kcg sy bg kcuali kcng parang..alhmdllh ok je..

      Delete
  13. Kak engku,
    Sya memiliki 2org ank lelaki yg ada g6pd..yg bongsu baru berusia 3bln n fully bf .. sya ingn mcuba acaiberry yg tgh popular skrg. Ade effect pape ke kt bby.

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Khasiat acaiberry mmg tak dinafikan. Maaf akak tak pasti boleh effect bb yg g6pd - def atau tidak... Uhuhu

    ReplyDelete
  15. salam kak engku...
    sy ad ank g6pd def, sy ad jumpe ngn bidan kg sb merawat 'sarat perut' ank sy...lps tu dia bg air spt akr kayu berwarna kekerohan..sy pn x pasti jgk..blh tak ank sy di beri minum air ubat spt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Untuk makluman bb baru lahir sampai 6 bulan hanya perlu susu ibu sahaja. Air masak pun tak perlu diberi untuk bb. Apa lagi air akar kayuseperti yang disarankan oleh bidan kg tersebut. Akak pun tak pasti kandungan ubat tersebut....uhuhu Klau akak, akak tak bagi.

      Delete
  16. Salam...
    Kak engku boleh tak ibu yg menyusu badankan anak g6pd def termakan kacang bendi..kcg bendi tu termasuk jnis kekacang jgk ke?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Boleh mkn. Tapi klau masih dlm pantang, dinasihatkan tidak ambil. Tq

      Delete
  17. akak...anak saya g6pd...selang 2 minggu mesti dia demam, slsema n batuk...apa perlu saya buat yer...

    ReplyDelete
  18. salam,saya yana.... nk tanya,klu sya stop bf tuk mkn jamu n set brsalin nr, bila sya blh bf baby blk? bila kesan jamu tu akn hilang sepenuhny dr bdn? anak sya juga ada g6pd sbb tu xbrani ambik apapa jamu or set brsalin

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Anak sy umur 12 tahun kekurangan g6pd. Bolehkah dia mengambil Bcomplex dan omega guard dari product shaklee. Boleh anak saya makan badam hari2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.