Keterangan & Cara Penggunaan
JAMU MAK DARA SERBUK
Cara Penggunaan
Bancuhkan satu sudu besar Jamu MakDara ke dalam setengah cawan air panas. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
Sekiranya menyusukan bayi, ampukan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
JAMU MAK DARA KAPSUL
Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis, seboleh boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.
LOSYEN IBU HALIMAH
Cara Penggunaan
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.
Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.
PILIS
Cara Penggunaan
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.
Khasiat
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yang biasa di alami ibu ibu baru lepas bersalin.
BEDAK SEJUK
Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu. Seelok-elok nya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.
Khasiat
Bedak sejuk liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
REMPAH MANDI
Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukup nya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.
Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.
BENGKUNG
Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk di gunakan sebagai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengikut lubang –lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Ada lah di nasihatkan kepada para ibu adalah lebih baik menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.
Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.
TUNGKU HERBA KUKUS
Tungku herba ini di perbuat daripada herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.Lapiskan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan sebelum di simpan.
Khasiat
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.
Tip Ibu Halimah
• Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan.
• Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
• Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih.
• Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
• Dalam tempoh 44 hari berpantang, jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
• Sekiranya mendapati diri hamil, elakkan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
• Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam-ulaman
• Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan
Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.
salam kak engku...
ReplyDeleteset bersalin ibu halimah nie ada diskaun jugak tak?
assalammualaikum..saya nk tnya bengkung set ibu halimah besar atau sederhana..sbb saya bersaiz besar
ReplyDeletewsalam, bengkung nie freesaiz, sama saiz macam bkg sendayu ngan leesa gak
ReplyDeletewsalam, insyaAllah akak masih boleh kasi diskaun lagi hehehe, meh la order ngan akak
ReplyDeletesalam kak engku..mandian rempah dlm set ni ada dijual loose x?rm brapa ek?
ReplyDeletekak engku, kalau saya oder set ibu halimah ni ade kah isi kandungan dlm die sama..sebab ade dgr start jan 2011 ade perubhan isi kandungan set ni..harap dpt penjelasan..TQ...
ReplyDeletewanie: wsalam, rempah mandian JMD harganye rm18.00
ReplyDeleteUtk pengetahuan sejak jan hingga sekarang terdapat beberapa produk jmd yg telah ditukar baru..... cthnye serbuk dlm kotak telah ditukar dlm botol besar, pilis telah dihentikan pengeluarannya dan digantikan ngan lulur kopi, kapsul jmd telah diberi nama baru kapsul gold jmd, so akak pun tak pasti la dlm kotak set tu apa yg ada, sebabnye kat kedai akan jual mengikut stok yg ada, tapi insyaAllah akak boleh cuba dapatkan produk yg terkini. tq
ReplyDeleteboleh ke nak beli asing-asing?
ReplyDeleteshara: klu produk JMD nie memang boleh beli asing -asing hehehe, meh la order ngan akak.
ReplyDeletesaya nak tanya la antara set bersalin yang ada di pasaran mana satu yang paling baik.
ReplyDeletemmm semua set nie bagus, selalunya kite beli berpandukan kepada budget sendiri. Tapi klu nak tahu set bersalin yang paling mendapat sambutan ialah set bersalin nr.
ReplyDeletesalam kak..blh ke ibu menyusu bayi g6pd mkn jamu mak dara gold ni
ReplyDeletewsalam,
DeleteBoleh makan. Tapi kena berwaspada, klau bb jaundis tunggu dulu. Semasa pengambilan sentiasa buat pemantauan ye. Tq
Salam kak..brand apa lg yg ada pilis n param slain ibu hlimh ni??
ReplyDeleteWsalam, brand sari ayu
Delete