"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

03 February 2010

Kalendar Kehamilan

Kalendar bulanan ini memaparkan perkembangan kehamilan seseorang wanita. Kalendar ini menunjukkan perubahan badan serta emosi, yang mungkin anda perhatikan ketika perkembangan bayi daripada waktu ia mula dikandungkan hingga hari terakhir ia berada dalam rahim. Selain menasihati anda tentang apa yang perlu anda lakukan pada setiap tahap, terdapat juga jawapan bagi soalan serta kerisauan yang mungkin anda hadapi. Setiap bulan terdapat sekurang-kurangnya satu ciri tambahan tentang aspek yang berkaitan dengan kehamilan, contohnya pilihan untuk menghadiri kelas antenatal atau mengukur diri untuk memakai coli pengasuhan.

Setiap kehamilan berlainan. Oleh itu, anda tidak perlu hairan sekiranya tidak mengalami semua perubahan yang diterangkan pada waktu yang sama. Contohnya, peningkatan berat badan anda mungkin berbeza daripada berat badan yang ditunjukkan. Kalendar ini mengira hari pertama kehamilan sebagai hari pertama kitaran haid yang terakhir. Oleh yang demikian, anda dikira telah hamil selama empat minggu.


Menjadi Hamil

Jika anda sendang berfikir untuk hamil, anda perlu memastikan bahawa cara hidup anda tidak membahayakan bayi anda. Semua organ badannya terbentuk pada masa tiga bulan yang pertama. Pada Ketika inilah kesihatannya mudah terjejas. Sebaik sahaja anda hamil, anda mungkin tahu atau mengesyaki bahawa anda hamil disebabkan beberapa tanda yang berbeza, contohnya buah dada anda menjadi berat, atau terasa sakit. Kebanyakan perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon pada minggu-minggu awal ketika badan anda bersedia untuk menjaga bayi dalam kandungan. Ketidakselesaan ini biasanya berkurangan atau hilang sekitar minggu ke 12.


Tanda Awal Kehamilan

Satu atau lebih perubahan berikut dapat memberitahu anda bahawa anda hamil. Anda mungkin tidak menyedari perubahan ini pada mulanya tetapi naluri anda memberitahu anda bahawa anda hamil kerana anda 'rasa' berlainan.
  • Tidak datang haid - tetapi jika kitaran haid anda biasanya tidak tetap atau anda sedang risau, sibuk, atau sakit, ini tidak boleh dijadikan petunjuk. Anda juga mungkin mengalami sedikit pendarahan sekitar waktu yang anda jangka anda akan didatangi haid, selepas anda telah hamil.
  • Buah dada semakin besar, lembut, dan mungkin rasa berdenyut-denyut sedikit.
  • Rasa berlogam yang ganjil dalam mulut
  • Berasa keletihan, bukan sahaja pada waktu malam, tetapi juga pada siang hari
  • Berasa hendak pitam dan mungkin pening
  • Peningkatan dalam pembuangan air dari faraj
  • Berasa mual dan mungkin muntah; ini boleh berlaku pada bila-bila masa
  • Perasaan tidak suka yang kuat terhadap beberapa bahan seperti alkohol, kopi, atau asap rokok, sebaliknya mempunyai keinginan terhadap bahan lain
  • Mengalami emosi yang luar biasa disebabkan perubahan hormon badan
  • Rasa hendak buang air kecil yang kerap


Pengesahan Kehamilan

Pastikan kehamilan anda secepat mungkin. Doktor anda atau klinik perancang keluarga anda boleh menguji sampel air kencing anda. Kira-kira dua minggu selepas anda tidak didatangi haid yang pertama, suatu hormon akan wujud dalam air kencing anda dan ini mengesahkan kehamilan anda. Sebagai alternatif, belilah peralatan menguji kehamilan di rumah daripada ahli kimia dan jalankan ujian sendiri di rumah. Jika anda tidak didatangi dua kitaran haid, doktor anda mungkin menjalankan ujian faraj untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.


Peralatan Menguji Kehamilan Di Rumah

Semua peralatan ini mengandungi suatu larutan kimia yang anda campurkan dengan beberapa titik air kencing. Uji air kencing anda yang pertama pada waktu pagi. Pelbagai petunjuk seperti perubahan warna, akan memberitahu anda sama ada anda hamil atau tidak. Jika anda mengikut arahan dengan betul, keputusan ujian ini agak tepat. Akan tetapi, ujian ini juga ada kalanya memberi keputusan yang tidak benar. Oleh itu, anda patut meminta doktor anda mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.


Mengira Tarikh Pelahiran

Jangka masa kehamilan adalah selama 266 hari, di kira ari mula bayi di kandung sehingga dilahirkan. Kemungkinan besar kehamilan anda ialah pada masa anda mengovum. Dalam satu kitaran 28 hari yang biasa, ini berlaku kira-kira 14 hari sebelum kedatangan kitaran haid yang berikutnya. Oleh itu untuk mengira tarikh kelahiran secara kasar, kira 280 hari (266 campur 14) daripada hari pertama kitaran haid anda yang terakhir. Anda perlu ingat bahawa ini hanya satu panduan. Walaupun purata kehamilan ialah 40 minggu, namun jangka masa kehamilan yang biasa ialah dari 38 ke 42 minggu.


Apa Yang Perlu Dielakkan

Sepanjang kehamilan, elakkan diri daripada merokok serta mengambil alkohol dan ubat dalam sebarang bentuk, kecuali disahkan selamat oleh doktor. Ini penting, terutamanya pada tiga bulan pertama kehamilan anda, iaitu ketika organ bayi anda sendang terbentuk.


Merokok

Ini akan mengurangkan oksigen yang diterima oleh bayi. Ibu yang merokok biasanya melahirkan bayi yang pramatang atau mempunyai berat badan yang rendah. Merokok juga boleh meningkatkan kemungkinan keguguran, lahir mati, bayi yang cacat, atau bayi yang mati selepas dilahirkan. Semakin banyak anda merokok, semakin besar risiko yang anda hadapi. Oleh itu, berhentilah merokok.

Jika anda benar-benar tidak dapat berhenti merokok, maka bertukarlah kepada jenama yang bertar rendah, catu rokok yang anda hisap, jangan hisap asap rokok, dan padamkan api rokok anda setelah anda menghisap setengah daripada rokok itu. Para doktor percaya bahawa merokok secara pasif merupakan faktor yang mengakibatkan kematian bayi di katil bayi. Oleh itu, jauhkan diri anda daripada atmosfera yang berasap ketika hamil. Lindungi bayi anda yang baru lahir daripada menyedut asap rokok.


Alkohol

Perkembangan bayi boleh terjejas dengan teruk sekiranya anda meminum alkohol dengan banyak semasa hamil. Disebabkan tiada sesiapa yang tahu tahap peminuman alkohol yang 'selamat', maka langkah terbaik adalah tidak meminumnya langsung. Pada kadar apa sekalipun, jangan minum lebih daripada dua unit alkohol sekali atau dua kali seminggu (satu unit bersamaan dengan segelas wain atau setengah pain bir). Elakkan diri daripada meminum arak.


Pengubatan

Banyak ubat yang boleh membahayakan atau mengakibatkan kesan yang tidak diketahui terhadap bayi. Oleh itu, elakkan diri daripada mengambil ubat semasa hamil kecuali yang ditentukan oleh doktor yang mengetahui bahawa anda hamil. Ini termasuklah kebanyakan ubat yang biasa anda ambil untuk penyakit ringan seperti aspirin. Sekiranya anda perlu ubat untuk mengawal penyakit seperti kencing manis, doktor anda mungkin perlu menukar dos ubat anda.


Risiko Lain

Najis kucing dan anjing serta daging mentah mungkin mengandungi sejenis parasit dipanggil 'toksoplasma' yang boleh membahayakan bayi di dalam kandungan. Cuci tangan anda seleas memegang daging mentah dan jangan makan daging yang tidak dimasak. Elakkan diri daripada membuang dulang najis kucing (sekiranya anda perlu berbuat demikian, pakailah sarung tangan dna kemudian cuci tangan dengan bersih). Pakailah sarung tangan ketika berkebun. Basuh buah dan sayur dengan bersih sebelum dimakan untuk membuang kekotoran.

No comments:

Post a Comment