KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

31 January 2010

Keguguran

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum minggu ke 28. Ini mungkin berlaku kira-kira dalam satu daripada lima kehamilan. Kebanyakkan keguguran berlaku pada 12 minggu yang pertama, sering kali sebelum seseorang wanita mengetahui dirinya hamil dan biasanya disebabkan bayi tidak berkembang secara normal. Biasanya pendarahan dari faraj merupakan tanda pertama. Namum, sekiranya anda menghubungi doktor dengan segera dan berbaring, anda mungkin tidak akan kehilangan bayi anda.


Ancaman Keguguran

Jika pendarahan adalah sedikit dan tidak menyakitkan, kehamilan biasanya dapat diselamatkan. Doktor anda mungkin akan menasihatkan anda supaya berehat di atas katil. Pendarahan mungkin berhenti dan jika anda berehat dan bertenang selama beberapa hari, kehamilan anda sepatutnya diteruskan secara normal tanpa sebarang peningkatan risiko bagi ketidaknormalan bayi. Anda mungkin diberi satu lagi ujian kehamilan atau skan ultrasound untuk memastikan semua berkeadaan baik.


Keguguran Sebenar

Sekiranya pendarahan adalah banyak dan berasa sakit, ini mungkin bermakna bayi anda telah meninggal dunia. Anda mungkin perlu pergi ke hospital supaya rahim anda boleh dibersihkan dengan menggunakan pelali umum.


Perasaan Anda

Walaupun anda kehilangan bayi anda pada awal kehamilan, anda akan merasakan suatu kehilangan yang besar. Orang lain tidak sentiasa faham bahawa anda perlu bersedih atas kehilangan tersebut dan sedang berusaha menerima kenyataan itu. Perasaan risau sama ada anda berupaya atau tidak mendapat seorang bayi yang sihat adalah perkara biasa. Anda juga mungkin berasa bersalah. Walau bagaimanapun, jangan salahkan diri anda kerana itu bukan kesilapan anda. Adalah agak selamat untuk anda cuba mendapat bayi yang lain secepat yang anda mahu walaupun ada sesetengah doktor mengesyorkan anda menunggu masa sekurang-kurangnya selepas 3 kitaran haid. Tidak ada sebab anda tidak akan berjaya melalui kehamilan yang berikutnya, melainkan sebelumnya anda pernah mengalami keguguran yang berterusan.


30 January 2010

Kehamilan Berpenjagaan Khusus

Hampir semua kehamilan adalah normal dan tidak merumitkan. namum, mungkin terdapat keadaan yang menyebabkan doktor anda menjangka terdapat risiko yang besar bagi anda menghadapi kerumitan, menyebabkan anda perlu mendapat pengawasan teliti sepanjang kehamilan.

Ini mungkin disebabkan anda mempunyai keadaan perubatan umum atau kemungkinan mendapat bayi kembar. Ada kalanya, terdapat perkembangan simpton tertentu yang juga memberi amaran kepada doktor anda bahawa penjagaan khusus diperlukan.


Anemia

Ramai wanita mengalami sedikit masalah anemia sebelum hamil. Ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat ferum. Masalah ini perlu dirawat untuk membolehkan anda menghadapi keperluan semasa kehamilan yang semakin meningkat serta sebarang pendarahan semasa pelahiran.

Rawatan:

Cuba elakkan masalah ini pada peringkat awal dengan memakan makanan yang pelbagai serta menambah makanan yang kaya dengan zat ferum. Namum begitu, anda perlu mengelakkan diri daripada memakan hati atau makanan yang berasaskan hati semasa hamil. Sekiranya ujian di klinik menunjukkan anda mengalami anemia, doktor anda boleh memperskribkan zat ferum tambahan. Sesetengah doktor menjadikan ini sebagai amalan biasa. Ambil pil zat ferum ini sebaik sahaja selepas makan bersama-sama air yang banyak kerana pil ini boleh mengganggu perut dan mengakibatkan sembelit, cirit-birit dan loya.

Anemia: Untuk mengelakkan masalah ini, makan makanan yang mempunyai sumber zat ferum yang baik, contohnya bayam dan daging merah.


Kencing Manis

Kencing manis mesti dikawal dengan teliti sepanjang kehamilan. Tahap gula dalam darah juga mesti selalu diawasi. Sekiranya ini dilakukan tiada sebab kehamilan anda menghadapi kerumitan.

Rawatan:

Tahap gula dalam darah anda perlu sentiasa stabil. Oleh itu doktor anda mungkin mengubah suai pengambilan insulin untk kehamilan anda dan anda patut menumpukan perhatian khusus diet anda. Anda juga perlu melawat klinik antenatal dengan lebih kerap. sesetengah wanita mendapati kehadiran kecil penyakit ini buat pertama kali semasa kehamilan mereka. Ini biasanya hilang tidak lama selepas kelahiran.


Serviks Lemah

Dalam kelahiran biasa, serviks (leher rahim) dalam keadaan tertutup sehingga pelahiran bermula. Akan tetapi, jika keguguran kerap terjadi selepas bulan ketiga kehamilan ini mungkin disebabkan leher rahim yang lemah. Leher rahim terbuka dan oleh yang demikian, bayi terkeluar.

Rawatan:

Doktor mungkin mengesyorkan satu pembedahan kecil untuk menjahit tutup serviks pada permulaan kehamilan. jahitan ini kemudian dibuka pada akhir kehamilan atau sebaik sahaja pelahiran bermula.


Praeklampsia

Ini merupakan satu daripada masalah yang paling biasa dialami pada kehamilan lewat. Tandanya ialah tekanan darah yang meningkat 140/90, pertambahan berat badan yang berlebihan, buku lali, kaki atau tangan yang membengkak, serta kesan protein dalam air kencing. Sekiranya terdapat simptom ini, doktor anda akan memberi pengawasan yang teliti ke atas anda. Jika tekanan darah yang meningkat tidak dirawat, ini mungkin berlarutan menjadi bahaya, iaitu eclampsia, yang boleh menyebabkan sawan.

Rawatan:

Doktor anda mungkin akan menasihatkan anda supaya berehat di atas katil. Untuk mengurangkan tekanan darah, anda mungkin diberi ubat atau dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. Sekiranya tanda yang dialami adalah serius, anda akan dimasukkan ke hospital walaupun anda mungkin berasa sihat. Pelahiran anda mungkin dipercepat.


Ibu Berhesus Negatif

Darah anda diuji pada lawatan pertama anda di klinik untuk memastikan sama ada darah anda berhesus positif atau negatif. Kira-kira 15% manusia berhesus negatif. Jika anda salah seorang daripada mereka, anda akan mengalami masalah dalam kehamilan hanya apabila anda melahirkan bayi yang berhesus positif. Kumpulan darah anda tidak sepadan dengan bayi anda. Walaupun ini tidak membahayakan bayi anda yang pertama, anda mungkin mengalami masalah kehamilan yang berikutnya.

Rawatan:

Sekiranya bayi pertama anda berhesus positif dan anda ialah ibu berhesus negatif, anda mungkin akan diberi vaksinasi perlindungan dipanggil anti-D sebaik sahaja selepas pelahiran. Ini biasanya akan mengelakkan masalah dalam kehamilan berikutnya. Vaksinasi mungkin diberi semasa hamil di beberapa hospital.


Bayi 'Kecil Daripada Tarikh'

Bayi yang tidak membesar dengan baik di dalam rahim dan kecil ketika dilahirkan., dipanggil bayi 'kecil daripada tarikh'. Ini mungkin berlaku kerana ibu yang hamil merokok atau mengamalkan pemakanan yang tidak berkhasiat atau disebabkan plasenta tidak berfungsi dengan baik (biasanya apabila ibu mempunyai keadaan perubatan umum, contohnya kencing manis).

Rawatan:

Jika ujian menunjukkan bayi anda kecil, anda akan diberikan pengawasan teliti sepanjang kehamilan untuk membolehkan kesihatan bayi anda diperiksa dan menentukan sama ada pengaliran darah ke plasenta mencukupi atau tidak. Jika bayi berhenti membesar atau kelihatan seperti dalam bahaya, maka dia akan dilahirkan lebih awal sama ada secara induksi atau pembedahan.


Bayi Kembar

Kehamilan dan pelahiran anda berkembang secara normal walaupun anda akan melalui dua tahap kedua pelahiran dan mungkin mengalami pelahiran pra-matang. terdapat kemungkinan besar bagi kerumitan, contohnya anemia, praeklampsia dan keadaan bayi berada secara tidak normal di dalam rahim. Anda mungkin mendapati bahawa semua gangguan kehamilan yang biasa akan semakin bertambah, terutamanya pada beberapa bulan yang akhir.

Rawatan:

Jika anda menjangkakan bayi kembar, anda perlu membuat lawatan tetap ke klinik antenatal supaya sebarang kerumitan dapat dikesan segera. Kehamilan berganda membebankan badan anda lebih daripada biasa. Oleh itu perhatikan postur anda dan berehatlah sebanyak mungkin terutamanya pada beberapa minggu akhir. Untuk mengelakkan masalah penghadaman, sering makan kuantiti kecil makanan yang segar dan tanpa diproses.


Pendarahan Faraj

Sekiranya anda mengesan pendarahan dari faraj anda pada bila-bila masa semasa kehamilan, hubungi doktor dengan segera dan berbaringlah di atas katil. Sebelum 28 minggu, ini mungkin menandakan keguguran. Jika selepas 28 minggu , ini mungkin bermakna plasenta sedang berdarah. Ini berlaku jika plasenta mulai terasing dari dinding rahim (abrupsi plasenta) atau jika plasenta terletak terlalu rendah di dalam rahim dan menutupi seluruh atau sebahagian serviks (previa plasenta).

Rawatan:

Kehidupan bayi bergantung kepada plasenta. Oleh itu, jika doktor mendapati kedudukan plasenta mengalami risiko, anda mungkin dimasukkan ke hospital dengan segera. Di hospital, kedudukan plasenta boleh diperiksa. Anda mungkin tinggal di hospital hingga selepas pelahiran. Jika anda telah kehilangan banyak darah, anda mungkin diberi transfusi darah. Bayi anda mungkin dilahirkan segera secara induksi atau pembedahan. Akan tetapi jika pendarahan adalah sedikit dan dialami beberapa minggu sebelum bayi dilahirkan, doktor mungkin mengambil keputusan menunggu anda memulakan pelahiran secara semulajadi, dan pada masa yang sama, mengawasi anda dengan teliti.


Tanda Kecemasan

Minta bantuan kecemasan dengan segera jika anda mengalami:
  • Sakit kepala yang serius dan berterusan
  • Pandangan yang berkabus atau kabur
  • sakit perut yang serius dan berpanjangan
  • Pendarahan di faraj
  • Kebocoran cecair yang menandakan tetuban anda telah pecah lebih awal.
  • Pembuangan air kecil yang kerap dan menyakitkan (sementara itu, minumlah banyak air ).

Berjumpa doktor dalam masa 24 jam jika anda mengalami:
  • Tangan, muka dan buku lali yang bengkak
  • Muntah yang serius dan kerap
  • Suhu badan anda 38.3 darjah celcius
  • Keadaan bayi yang tidak bergerak atau membuat kurang daripada sepuluh tendangan dalam masa 12 jam selepas minggu 28.

29 January 2010

Tips Penyimpanan Susu Optimum

1. Di tempat kerja:
  • simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais (jangan dibekukan)
  • Rasional: Untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan

2. Sampai di rumah:
  • Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk digunakan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais

3. Pengurusan bekalan susu:
  • Pada setiap hari, ambil satu botol susu beku (yang bertarikh paling lama), bawa turun ke bahagian sejuk peti ais untuk dibiarkan mencair semalaman. Gunakan keesokan harinya bersama susu segar di bahagian sejuk peti ais.
  • Rasional: Bayi akan memperolehi semaksimum mungkin susu perahan segar pada setiap hari dan hanya sedikit sahaja susu simpanan beku.

Teknik Penyusuan Yang Betul

1. Cara Memegang Bayi Semasa Penyusuan
  • Pastikan anak selesa
  • Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara
  • Perut anak bersentuhan dengan perut anda
  • Kepala, leher dan belakang bayi lurus dan di ampu
  • Mulut anak berada di bawah puting bila anak bersedia menyusu
  • Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh menyebabkan sakit belakang

2. Pelekapan:
- Cara yang betul melekapkan bayi di payudara untuk penyusuan
  • sentuh bibir bayi, tunggu mulut terbuka luas
  • gerakkan bayi ke arah payudara
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan gelap payudara
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara anda

Cara Pelekapan yang betul:
  • Mulut buka luas
  • Merangkumi sebahagian besar kawasan areola
  • Dagu mencecah payudara
  • Bibir melengkup keluar
  • Pipi gelembung
  • Payudara nampak penuh dan bulat
  • Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan

3. Kekerapan Penyusuan:
  • Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya 'on demand'
  • Sentiasa bersama bayi (rooming - in) supaya boleh menyusukannya dengan kerap
  • Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan sementara
  • 2 - 7 hari pertama - susukan lebih kerap. Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 - 3 jam harus digerakkan untuk disusukan
  • Bayi yang sudah biasa (lebih besar) - 8 - 12 penyusuan/24jam

4. Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu
  • Bayi berhenti menghisap sendiri
  • Penyusuan kerap (8 - 12 kali dalam masa 24 jam)
  • Dengar bayi menelan
  • Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24 jam
  • Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 - 8 kali dalam masa 24 jam)
  • Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
  • Payudara penuh sebelum menyusu dan 'lembut' selepas menyusu

Sumber Makanan Berkhasiat Yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu

Nutrien:

1. Kalsium:
  • Sumber makanan: Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (seperti sardin dalam tin, ikan bilis), kacang dan hasil kekacang termasuk dhal, tauhu dan tempe, sayuran seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli, produk diperkaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi, yogurt, bijiran sarapan pagi, biskut dan nasi

2.Zat Besi:
  • Sumber makanan: Kerang, ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung

3. Iodin:
  • Sumber Makanan: Makanan Laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan

4. Zink :
  • Sumber Makanan: daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih, bijirin-bijirin penuh (terutama bran)

5. Folat:
  • Sumber Makanan: Sayuran berdaun hijau,kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijirin, yang diperkaya dan hati

6. Vitamin A:
  • Sumber Makanan: Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga, betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak, labu), dan sayuran berdaun hijau

7. Vitamin B1:
  • Sumber Makanan: Ragi, kekacang, produk yang diperkaya seperti roti, bijirin dan biskut

8. Vitamin B2:
  • Sumber Makanan: Kekacang (kacang kuda, soya,kacang merah dan kacang hitam), daging, telur ayam dan ekstrak daging

9. Vitamin B3:
  • Sumber Makanan: Daging, hati, ikan bilis,kacang dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh

10. Vitamin E:
  • Sumber Makanan: Minyak sayur, biji benih, kacang dan bijirin bijian

Cara Mudah Untuk Memantau Tumbesaran Bayi

A) Corak Penyusuan
  • Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu

B) Lampin Basah
  • Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 kali lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat
  • Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berbintil-bintil berwarna kekuningan dan berbau masam

C) Corak Tidur
  • Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cergas sewaktu jaga

D) Tumbesaran
  • Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri
  • Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 6 bulan
  • Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat 3 kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 1 1/2 kali ganda daripada panjang lahir
  • Mengawasi pembesaran dan tumbesaran anak adalah penting untuk mengetahu samada anak sihat dan mendapat susu atau makanan yang secukupnya

Perlaksaan & Kemudahan Yang Boleh Diminta Untuk Disediakan Oleh Majikan Anda

  • Berbincang dengan majikan anda mengenai pilihan dan keperluan anda sebelum bekerja semula
  • Panjangkan surat memohon sokongan
  • Berbincang untuk diberi pilihan untuk menyusu bayi mengikut masa kerja anjal, contohnya buat kerja sambilan atau mengurangkan waktu bekerja di tempat kerja sebelum kembali bekerja
  • Masa untuk laktasi perlu dibincangkan termasuk kekerapan dan tempoh pelepasan waktu kerja,sama ada anda akan dibayar atau dipotong gaji dalam tempoh itu
  • Cuba memohon majikan anda untuk mengambil kira supaya membenarkan anda bekerja kurang daripada waktu tetapnya, kerja dari rumah, secara sambilan, perkongsian tugas dan waktu kerja anjal supaya ibu-ibu yang sedang menyusu sepenuhnya dan dalam masa yang sama komitmen kepada kerja tidak terjejas.
  • Meminta bantuan majikan bagi:
  1. Menyediakan bilik khas yang bersih dan tertutup untuk wanita memerah susunya atau menyusui bayi mereka
  2. Menyediakan kemudahan untuk menyimpan perahan susu ibu (peti sejuk) dan peralatan pam
  3. Menyediakan tempat untuk membasuh tangan dan peralatan memerah susu

Nota: Cuba utarakan perkara ini di dalam persatuan pekerja di tempat kerja anda

Sokongan Daripada Ahli Keluarga

Ahli keluarga lain juga boleh membantu dengan cara:
  • Belajar mengenai penyusuan susu ibu dengan berbincang bersama ahli keluarga yang berpengalaman
  • Ingatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan
  • Galakkan ibu berehat kerana ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian dan juga dalam penjagaan bayi
  • Lindungi ibu dari mereka yang tidak peka dengan penyusuan susu ibu
  • Bantu untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih

Sokongan Daripada Suami

Bermula seawal kehamilan:
  • suami perlu mengetahui kepentingan dan pengendalian susu ibu
  • menghadiri klinik dan kelas antenatal bersama isteri
  • menemani isteri di bilik bersalin dan berikan sokongan

Selepas Kelahiran:
  • Berikan sokongan kepada isteri supaya dia berasa lebih tenang
  • Lakukan urutan belakang kepada isteri
  • Bantu isteri untuk mendapatkan posisi penyusuan yang selesa
  • Bantu isteri untuk memberi penjelasan kepada mereka yang menyarankan supaya memberi susu formula kerana kurang faham tentang penyusuan susu ibu. Ini bagi mengelakkan isteri dari merasa tekanan
  • Bantuan lain seperti membantu dalam melakukan kerja rumah termasuk menjaga anak seperti memandikan bayi dan menukar lampin. Ini dapat merapatkan hubungan bapa dengan bayi.

Tips Penting - Sebelum Mula Bekerja Bagi Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya

  • Pastikan simpanan susu perahan mencukupi sebelum mula bekerja
  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Rehat bila ada peluang
  • Minum air sekurang-kurangnya 6 - 8 gelas sehari
  • Nasihatkan penjaga supaya tidak memberi susu perahan 1 jam sebelum anda datang mengambil bayi semula
  • Susui bayi anda sejurus sampai ke rumah
  • Pada hari permulaan anda bekerja, memerlukan anda untuk memerah susu dengan kerap lebih kurang 2 jam sekali
  • Susu akan mengalir keluar dengan senang apabila anda tenang dan membayangkan bayi anda
  • Cuba pastikan payudara diperah sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ini dapat mengekalkan penghasilan susu dan mengurangkan risiko bengkak susu
  • Seandainya susu tiba-tiba mengalir keluar daripada payudara anda:-
  1. Tekan puting menggunakan tapak tangan selama 1 atau 2 minit. Ini boleh dilakukan atau
  2. Pakai alas pelapik dalam coli untuk menyerap lelehan susu. (Jangan lupa untuk menukar alas pelapik tersebut apabila ia terlalu basah)

Berapakan Kuantiti Perahan Susu Ibu?

  • Sebelum kembali bekerja, ibu digalakkan untuk memulakan penyimpanan lebih dari 2 -3 botol perahan susu ibu di dalam peti sejuk
  • Perahan boleh dimulakan pada waktu awal pagi atau petang
  • Selalunya lebih kurang 1 - 2oz susu ibu yang mungkin diperoleh setiap kali perahan
  • Janganlah berputus asa sekiranya kuantiti susu yang dikumpulkan adalah sedikit. Ini kerana jumlahnya akan bertambah setelah berlatih beberapa kali
  • Labelkan bekas simpanan perahan susu ibu dengan menulis tarikh dan masa supaya ibu dapat menggunakannya mengikut susunan
  • Seterusnya, sejukkan dan bekukan perahan susu ibu tadi
  • Nota: Bayi memerlukan 5oz (150ml) susu ibu untuk setiap 1kg berat badan bayi dalam 24 jam

Senarai Semak Untuk Ibu Bekerja Dalam Penyusuan Susu Ibu

1. Pilih Pakaian yang selesa untuk penyusuan

2. Sediakan peralatan:
  • Beberapa pelapik coli,
  • Kotak menyimpan air batu,
  • Botol susu,
  • Bekas simpanan
  • Pam Susu
3. Buat Simpanan Susu:
  • Pastikan anda mempunyai simpanan susu yang mencukupi (12 - 16oz) di dalam peti sejuk untuk diserahkan kepada pengasuh yang akan menyusukan bayi anda
4. Pasangkan jam loceng:
  • Bangun lebih awal dari biasa agar anda mempunyai banyak masa untuk menyusukan bayi sebelum bertolak ke tempat kerja

Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya

Keperluan Kemudahan Penyusuan Ibu
  • Meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak di kawasan berhampiran tempat kerja boleh memudahkan ibu menyusui bayi sewaktu rehat
  • Meminta pengasuh membawa bayi ke tempat kerja untuk disusui
  • Meletakkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja (jika ada) untuk memudahkan ibu menyusui bayinya
  • Surat untuk majikan

Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya

Persediaan Bayi

Anda perlu membiasakan bayi mengambil perahan susu dan juga orang yang akan menjaga bayi sementara anda pergi bekerja.


Perahan Susu
  • Mulakan dengan menggantikan satu seisi penyusuan dengan susu perahan
  • Secara teratur, anda boleh tingkatkan penggantian seisi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari. Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga tengahari
  • Susukan bayi anda sejurus sahaja anda pulang dari kerja

Penjaga Bayi
  • Latih penjaga bayi anda untuk memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil
  • Untuk permulaan, lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada bayi anda
  • Ini adalah kerana bayi anda yang biasa dengan bau ibunya akan menolak pemberian susu perahan yang diberikan oleh ibunya
  • Beri sedikit masa untuk memastikan penjaga anda memahami perkara-perkara seperti di bawah:-
  1. Cara menyimpan perahan susu
  2. Cara menyediakan susu untuk bayi
  3. Tidak perlu memberi bayi air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada susu perahan
  4. Nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan

Cara Memberi Perahan Susu Ibu

Memberi Susu Perahan Menggunakan Sudu dan Cawan
  • Pangku bayi di atas peha pada aras 45 darjah
  • Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi
  • Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya, adalah perkara biasa jika susu tumpah sikit
  • Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri

Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan

  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah
  • Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalamam supaya mudah dicairkan
  • Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja)
  • Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur
  • Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh disimpan semula)
  • Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu
  • Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan

Cara Menyimpan Susu Perahan

Tempat :

1. Suhu Bilik:
  • Suhu 25C - 37C
  • Suhu 15C - 25C

Bayi Normal : 4 hingga 8 jam
Bayi Pramasa/Sakit : sehingga 4 jam (tidak disyorkan)


2. Peti Sejuk (Rak Atas) :
  • Suhu 2C - 4C

Bayi Normal : 3 hingga 5 hari (> 5 hari masuk 'freezer')
Bayi Pramasa/Sakit : 2 hari (48 jam)


3. Peti Sejuk (1 pintu) :
(Bahagian Beku)


Bayi Normal : 2 minggu
Bayi Pramasa/Sakit : Tidak Disyorkan


4. Peti Sejuk (2 pintu) :
(Bahagian Beku)

  • Suhu - 20C

Bayi Normal : 3 bulan
Bayi Pramasa/sakit : 3 bulan

Nota: Susu Beku yang dicairkan dalam peti sejuk rak atas 2 pintu....setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan boleh digunakan dalam tempoh 24jam sahaja bagi bayi Normal dan bagi Bayi Pramasa/Sakit mesti digunakan dalam tempoh 12 jam


5. Peti Sejuk "Deep Freeze"

Bayi Normal : 6 bulan
Bayi Pramasa/Sakit : 6 bulan

Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan

1. Bekas menyimpan susu, mesti bersih dan steril

2. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan

3. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan

4. Simpan di dalam peti sejuk

5. Labelkan bekas dengan nama bayi, tarikh dan masa mula pemerahan

6. Gunakan susu yang awal terlebih dahulu

Jenis-jenis Pam Susu

1. Pam Manual
2. Pam Bateri/Pam Elektrik

Memerah Susu Dengan Pam

Jika anda memilih kaedah memerah dengan pam, gunakanlah pam yang:
  • Mudah dibawa, diguna, dibersih dan mempunyai bahagian-bahagian yang mudah untuk disterilkan
  • Merangsang penghasilan susu, dan dapat mengepam keluar susu sepenuhnya daripada payudara
  • Tidak memberi kesakitan kepada payudara
  • Pam yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan situasi tempat kerja anda.

Menggunakan Pam Susu


  • Mengepam susu sepatutnya tidak menyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan, cuba ubat suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan, hubungi Kak Engku pun boleh.
  • Lekapkan corong merangkumi seluruh areola untuk membentuk pengadang kedap udara. Pastikan puting susu berada betul-betul di tengah corong. Mulakan proses mengepam susu keluar daripada payudara

Nota: Kalau susah nak cari pam susu....cari je dengan Kak Engku

Memerah Susu Dengan Tangan

Peralatan yang perlu

1. Bekas plastik kecil/botol yang bersih
2. Cuci tangan dengan bersih


Cara:
  • Buat pegangan "C"
  • Letak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1cm dari areola atau kawasan gelap) dan 2 - 3 jari mengampu bahagian bawah payudara
  • Tolak jari serentak ke arah dada, kemudian picit ibu jari dan 2 -3 jari anda yang lain di bahagian areola untuk mengeluarkan susu, lepaskan dan ulang semula (dengan pergerakan picit - lepas , picit - lepas)
  • Tadah susu ke dalam bekas yang bersih. Buat berulang kali mengikut bulatan di sekeliling areola supaya ke semua saluran susu yang yang berlainan dapat diperah
  • Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya pengaliran susu telah perlahan atau telah dikosongkan
  • Urut payudara sekali sekala semasa menggerakkan tangan anda

28 January 2010

Apa Itu Meconium Aspiration Syndrome

Apabila kehamilan melangkaui tarikh jangkaan bersalin, bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk mengalami meconium aspiration syndrome atau lebih dikenali sebagai MAS.


Apa Itu Meconium?

Najis yang pertama kali bayi anda keluarkan dipanggil meconium. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama sembilan bulan di dalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya. Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. Bahan buangan ini biasanya berwarna hijau gelap, hampir kehitaman ataupun hitam. Selain daripada itu, bentuknya pekat dan melekit. Ia sama sekali tidak berbau.


Tahukah Anda?

5% - 20% bayi yang lahir lewat berisiko mengalami MAS.


Ketahui Tentang Meconium Aspiration Syndrome

Bayi yang dilahirkan lebih daripada tempoh normal kehamilan iaitu 38 -40 minggu amat berisiko tinggi untuk mengalami MAS yang dianggap sebagai sesuatu yang membahayakan. Syndrome ini merupakan sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir setelah termakan mekonium yang sebelum itu memasuki paru-parunya. Untuk makluman, keadaan ini boleh terjadi sebelum atau semasa proses bersalin berlangsung.

Lazimnya penyebab sindrom ini terjadi kehamilan yang melewati tarikh jangkaan bersalin (kehamilan melebihi 40 minggu) ataupun proses bersalin memakan masa yang terlalu lama iaitu melebihi 12 jam turut menjadi punca masalah ini berlaku.

Keadaan-keadaan sebegini sebenarnya menyebabkan bayi mudah mengalami tekanan (stres). Ketika berlakunya stres dalam kandungan seperti kekurangan oksigen, saluran pencernaan bayi akan mengalami kontraksi sehingga mendorong mekonium untuk keluar dan menggotori air ketuban.

Keadaan stres turut menyebabkan bayi menghirup dengan kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya menyebabkan pembengkakan (pneumonitis). Selanjutnya ia mampu menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas.

Sama juga halnya dengan bayi yang terlalu besar dan tidak berupaya melalui servik ibu dalam proses kelahiran normal. Apatah lagi bayi yang terlebih waktu lazimnya bersaiz besar. Inilah kesannya jika anda menghidap diabetes. Tidak kira sama ada diabetes atau diabetes mellitus sewaktu hamil. Hal ini kerana bayi cenderung untuk bersaiz besar sehingga berisiko mengalami pelbagai jenis komplikasi sewaktu dilahirkan.

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah servik kecil, keadaan ini boleh menyukarkan proses kelahiran secara normal. Tambahan pula, ia boleh meningkatkan risiko berlakunya proses kelahiran yang lama kerana bayi berkemungkinan mengalami masalah keluar seperti tersangkut di rongga pinggul anda.

Keadaan bakal menjadi lebih teruk sekiranya bayi mengalami masalah kekurangan oksigen sepanjang kehamilan akibat daripada sikap anda yang gemar mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengekalkan tabiat merokok sepanjang kehamilan.

Meninggal Dunia

Komplikasi-komplikasi sewaktu kelahiran adalah lebih tinggi untuk menimpa bayi berbanding ibu. Akibat daripada komplikasi MAS, bayi boleh meninggal di dalam kandungan, sebaik sahaja dilahirkan ataupun beberapa jam selepas dilahirkan.

Bagi mengurangkan risiko ke atas bayi yang anda tunggu sekian lama itu daripada mengalami MAS, lakukanlah pemeriksaan antenatal secara teratur, sentiasa memantau peningkatan berat badan agar sesuai dengan perkembangan usia kehamilan, mengambil makanan yang sihat dan seimbang, tidak melakukan kerja berat berlebihan, mendapatkan rehat mencukupi, tidak merokok mahupun mengambil minuman keras.


Sukar Dibendung

MAS sememangnya sukar diatasi, namum anda masih berupaya untuk mengurangkan risiko ini jika berjaya melahirkan bayi sebelum usia kandungan 42 minggu. Dalam pada itu, rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah amnioinfusion iaitu kaedah mencairkan mekonium yang mencemari air ketuban. Dalam prosedur ini, tiub dimasukkan ke dalam rahim menerusi faraj. Sejenis cecair yang disteril akan digunakan untuk melengkapkan prosedur ini.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan pakar pediatrik tidak gemar menggunakan kaedah ini. Sebaliknya mereka lebih gemar menyedut hidung dan tekak bayi yang baru dilahirkan untuk membantunya bernafas dengan lancar.

Sementara itu, Akademi Pediatrik Amerika menerusi Panduan Pemulihan Amerika menerusi Panduan Pemulihan Semula Neonatal turut tidak menggalakkan penggunaan kaedah amnioinfusion kerana hanya mereka yang benar-benar berkelayakkan boleh melakukan prosedur tersebut. Salah cara, ia dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan sehingga memerlukan doktor menggunakan extracorporeal membrane oxygenation (ECMO) agar bayi kekal bernafas dan hidup.


Info

Biarpun 6% - 25% bayi dilahirkan bersama air ketuban yang telah dicemari mekonium, tidak semua bayi berkenaan mengalami MAS.


Sumber : Pa & Ma



Kenali Campak

Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selesema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.


Info Campak

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.


Bagaimana Jangkitan Awal

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.


Bertindak Segera

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.

Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.


Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.


Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.


Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.


27 January 2010

Nasi Lembik / Kanji, Tauhu, Telur & Bayam (Bayi 7 - 9 & 10 - 12)

Bayi 7 - 9 Bulan

Bahan
1/2 cawan nasi (90 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1/2 biji telur (dipukul)
2 sudu makan rata tauhu (20 gm)
3/4 cawan bayam(15 gm)
1 ulas bawang merah


Bayi 10 - 12 Bulan


Bahan
3/4 cawan nasi (135 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1/2 biji telur (dipukul)
1/4 tauhu lembik (35 gm)
3/4 cawan bayam(15 gm)
1 ulas bawang merah


Cara Penyediaan
  • Rebus nasi bersama air hingga menjadi bubur
  • Tauhu lembik dilecek.
  • Sayur bayam dibasuh dan dicincang.
  • Hangatkan minyak, tumiskan bawang hiris, tambahkan sedikit air. Masukkan bayam, telur dan tauhu lembik satu persatu dan rebus hingga masak.
  • Campurkan 1 dan 4 dan gaul rata.

26 January 2010

Bubur Nasi, Sayur, Karot & Ikan (Bayi 7 - 9 & 10 -12)

Bayi 7 - 9 Bulan

Bahan

1/2 cawan nasi (90 gm)
1/4 cawan bayam (5 gm)
1 ibu jari karot (10 gm)
1 sudu makan penuh isi ikan (10 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1 ulas bawang merah


Bayi 10 - 12 Bulan

Bahan

3/4cawan nasi (135 gm)
1/4 cawan bayam (5 gm)
1 ibu jari karot (10 gm)
2 sudu makan penuh isi ikan (20 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1 ulas bawang merah


Cara Penyediaan
  • Beras direbus hingga menjadi bubur / nasi lembek.
  • Bersihkan bayam dan cincang
  • Karot dibasuh dan dipotong kecil
  • Hangatkan minyak dan tumis bawang (yang telah dihiris nipis). Tambahkan sedikit air dan masukkan karot. Rebus sehingga empuk. Masukkan bayam dan ikan. Lecek dan masukkan ke dalam bubur / nasi lembek. Gaul sehingga rata.

Kanji Kacang Tanah & Sayur Hijau (Bayi 6 Bulan)

Bahan
3 sudu makan penuh nasi (30 gm)
1 sudu makan penuh kacang tanah (5 gm)
1 sudu makan rata tepung susu (5 gm)
1/4 cawan sayur hijau, bayam/kangkong (5 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1 ulas bawang merah

Cara Penyediaan
  • Rendam kacang tanah dan buangkan kulitnya
  • Rebus nasi dan kacang tanah sehingga lembut
  • Panaskan minyak, tumis bawang, campurkan sedikit air dan masukkan sayur. Masak sehingga lembut dan lecek
  • Campurkan sayur ke dalam rebusan dan kanji, kacau rata dan tapis.

Ubi Keledek, Kacang Tanah & Ikan Bilis (Bayi 6 Bulan)

Bahan
3 sudu makan penuh nasi (30 gm)
1 sudu makan penuh ikan bilis (5 gm)
1 sudu makan penuh kacang tanah (5 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)

Cara Penyediaan
  • Goreng ikan bilis, tumbuk halus dan ayak
  • Rebus nasi dan kacang tanah yang telah dikupas bersama air.
  • Bila mendidih masukkan minyak dan rebus sampai empuk, lecek.
  • Campurkan ikan bilis, kacang tanah dan keledek dan tapiskan.

Serawa Pisang (Bayi 6 Bulan)

Bahan
1 biji sederhana pisang (60 gm)
1 sudu makan rata susu F.C.M (5 gm)
6 sudu makan santan (20 gm)
1 sudu teh rata gula (5 gm)
1 sudu teh penuh kacang hijau (5 gm)
1/4 cawan air

Cara Penyediaan
  • Kacang hijau direndam 1 jam dan rebus hingga lembut
  • Pisang dibuang kulit dan dipotong dadu
  • Masak gula dan air atas api yang perlahan, campurkan santan
  • Masukkan pisang dan kacang dan kacau rata hingga pekat sedikit.
  • Lecek dan tapis

Puding Nasi (Bayi 6 Bulan)

Bahan
3 sudu makan nasi (30 gm)
2 sudu makan rata susu tepung (10 gm)
1 suduteh rata gula pasir / gula melaka (5 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)


Cara Penyediaan
  • Rebus nasi bersama air. Bila mendidih, masukkan minyak dan dikacau rata.
  • Bancuhkan susu tepung dengan air
  • Campurkan susu tepung, gula / gul melaka ke dalam bubur nasi, Kacau rata dan tapis.

Bubur Nasi, Labu Kuning & Telur (Bayi 6 Bulan)

Bahan
3 sudu makan penuh nasi (30 gm)
1 biji telur diambil kuningnya atau 1/2 biji telur (20 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1 ketul labu sebesar ibu jari (5 gm)


Cara Penyediaan
  • Masak nasi bersama air
  • Semasa mendidih, masukkan minyak dan labu yang telah dipotong kecil. Rebus sehingga labu empuk.
  • Pukul kuning telur dan masukkan ke dalam campuran bubur. Kacau rata, lecek dan tapis.

Biskut Tawar & Air Susu (Bayi 6 Bulan)

Bahan
1 1/2 keping biskut tawar (10 gm)
1 sudu makan rata tepung susu (10 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)

Cara Penyediaan
  • Bancuhkan susu tepung bersama air panas
  • Rendamkan biskut tawar ke dalamnya hingga kembang
  • Campurkan minyak dan kacau atas api sehingga rata. Tapiskan.

Ubi Kentang, Ikan & Lobak Merah (Bayi 6 Bulan)

Bahan
3 sudu makan penuh nasi (30 gm)
1 ibu jari ubi kentang (10 gm)
1 sudu teh rata minyak masak (5 gm)
1 sudu makan penuh isi ikan (10 gm)
1/2 jari lobak merah (5 gm)


Cara Penyediaan
  • Rebus nasi bersama air sehingga menjadi bubur
  • Semasa mendidih masukkan minyak, lobak merah yang telah dipotong kecil dan isi ikan.
  • Rebus sehingga lobak menjadi lembut dan ikan masak.
  • Lecek semuanya dan tapis.

Panduan Untuk Ibu-ibu Mengandung

Apakah perasaan anda apabila anda disahkan telah mengandung?

Mengandung adalah satu anugerah Tuhan yang sangat-sangat dinantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Apabila seorang ibu telah disahkan mengandung buat kali pertamanya beliau akan merasa teramat bangga dan merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya.

Apakah tanda-tanda anda mengandung?

  1. Tiada datang haid
  2. Loya dan muntah
  3. Kerapkali buang air kecil
  4. Perubahan bentuk badan seperti buah dada membengkak
  5. Kesukaran untuk tidur dari kebiasaan
  6. Kerap merasa letih
Untuk kepastian bahawa anda telah mengandung ialah 'Ujian Air Kencing Hormon Kandungan, UPT' dari klinik-klinik Kesihatan, Hospital dan Klinik Swasta.


Lawatan Ke Klinik

Setelah anda mengalami tanda-tanda di atas anda perlu datang ke Klinik AWAL....

Kenapa mesti melawat klinik awal?

Ibu-ibu dinasihatkan untuk datang dengan segera apabila saja mengetahui bahawa puan telah mengandung. Kedatangan awal akan MENYELAMATKAN PUAN DARI BAHAYA-BAHAYA KESIHATAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU.


Pentingnya lawatan semasa mengandung?

  1. Memastikan yang Puan benar-benar mengandung
  2. Menentukan kesihatan Puan berada dalam keadaan baik dan sempurna.
  3. Menentukan kandungan anak puan ini membesar dan berada dalam keadaan baik.
  4. Mengesan sebarang penyakit ibu berisiko atau perubahan luarbiasa, baik pada ibu maupun anak dalam kandungan
  5. Mendapat nasihat dan panduan yang berguna bagi diri puan dan kandungan puan termasuk jagaan anak, makanan dan susuan ibu.

Datanglah ke Klinik pada masa yang ditetapkan:-

7 bulan (awal mengandung - 28 minggu) - tiap-tiap bulan
7 - 9 bulan (28minggu hingga 36minggu) - 2 minggu sekali
9 bulan hingga bersalin - tiap-tiap minggu sampai bersalin

Tujuan untk puan datang ke klinik mengikut masa:-

"Memastikan sepanjang puan mengandung anda seorang ibu yang sihat dan melahirkan bayi yang sihat".


Keadaan-keadaan Bahaya Semasa Mengandung.

1. Umur dan ketinggian ibu
  • berumur di bawah 19 tahun
  • mengandung sulung ketika usai 35 tahun
  • berumur melebihi 40 tahun
  • ketinggiannya 140cm dan ke bawah

2. Bilangan Kandungan
  • kandungan yang ke 5 atau lebih

3. Jarak Kelahiran
  • kurang dari 2 tahun atau 5 tahun ke atas

4. Masalah pada kandungan yang lalu,
  • tumpah darah semasa mengandung
  • tumpah darah selepas bersalin
  • anak mati dalam perut
  • keguguran berturut-turut lebih dari 2 kali
  • kelahiran melalui pembedahan

5. Penyakit - ibu mungkin mengidap
  • kencing manis, darah tinggi, sakit jantung
  • kurang darah dan sebagainya

6. Kandungan bermasalah
  • kembar
  • kedudukan janin songsang, serong atau melintang
  • kandungan lebih besar/kecil dari yang dijangkakan
  • janin kurang atau berhenti gerak

7. Pendarahan semasa mengandung


8. Darah tinggi semasa mengandung
  • tekanan darah tinggi
  • kencing kotor, kaki bengkak
  • termasuk sakit kepala, pening, mata berpinar, muntah atau sakit ulu hati

Langkah-langkah Yang Patut Puan Ambil.

Jika terdapat keadaan-keadaan seperti 1 - 8.

1. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan SEGERA dari:
  • Klinik Ibu dan Anak Kerajaan atau Klinik Desa
  • Klinik Kesihatan
  • Hospital Yang berhampiran

2. Ikut sepenuhnya nasihat yang diberikan oleh kakitangan di :
  • Klinik Ibu dan Anak Kerajaan atau Klinik Desa
  • Klinik Kesihatan
  • Hospital

3. Bersalin di Hospital


Contoh Peraturan dan Pemeriksaan Ibu di Klinik:-

1. Pendaftaran

2. Timbang

3. Ukuran Tinggi

4. Periksa Air Kencing:

a) Gula

b) Albumin

5. Ambil Tekanan Darah

6. Pemeriksaan darah untuk Hb, VDRL, Kumpulan Darah dan HIV

7. Pemeriksaan unsur-unsur kandungan

8. Nasihat dan rawatan

9. Pelalian Anti Tetanus Toxoid

10. Rujukan kepada Doktor


Nasihat Untuk Ibu-ibu Mengandung

1. Melawatlah klinik pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan atau segera bila bermasalah.

2. Membawa kad merah kecil di mana puan pergi

3. Lawatlah klinik seawal yang boleh

4. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat, untuk memastikan ibu dan kandungan yang sihat.

Makanan yang seimbang untuk puan mesti mengandungi seperti berikut:
  • Makanan yang kaya dengan protein, untuk membina tisu tumbesaran seperti ikan, ayam, daging, telur, soya, susu, keju dan kekacang.
  • Makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak, untuk tenaga dan pergerakkan tubuh seperti nasi, roti, kentang, marjerin dan minyak.
  • Makanan yang mengandungi vitamin dan zat galian, untuk menjauhkan penyakit seperti sayuran dan buah-buahan.
Puan perlu banyakkan minum air. Kurangkan makanan bergaram, berlebihan minyak dan manis.

5. Makanlah ubat-ubat yang diberi oleh Doktor atau Jururawat. Jauhkan ubat-ubatan sendiri, arak atau rokok.

6. Pergilah ke hospital apabila dinasihatkan untuk keselamatan puan dan kandungan.

7. Dapatkan tidur dan rehat secukupnya.

8. Menjaga kebersihan dan pakaian yang selesa.

9. Menyusukan anak secara susu badan

10. Merancang keluarga

11. Bersenam ringan

Bubur Nasi Dengan Udang (Bayi 10 -12 Bulan)

Bahan
1 sudu teh minyak (5 gm)
1/2 cawan nasi (90 gm)
3/4 cawan bayam (15 gm)
1 ulas bawang merah
1 sudu makan rata tauhu (5 gm)
1/2 sudu makan udang dicincang halus (5 gm)


Cara Penyediaan
  1. Rebus nasi bersama air hingga menjadi bubur
  2. Tauhu lembik dilecek
  3. Sayur bayam dibasuh dan dicincang
  4. Panaskan minyak, tumis bawang hiris dan tambahkan sedikit air. Masukkan bayam, udang dan tauhu lembik satu persatu dan rebus hingga masak.
  5. Campurkan 1 dan 4 dan gaul hingga rata.

Puri Kentang Dan Kacang Dhal (Bayi 7 - 9 Bulan)

Bahan
1 biji kentang
4 sudu makan kacang dhal
2 ulas bawang merah
1 biji tomato
1/2 cawan air atau susu

Cara A
  1. Kupas kulit kentang dan potong kiub
  2. Rebus kentang sehingga lembut
  3. Lecek kentang sehingga halus
  4. Tambah air atau susu untuk melembutkannya
Cara B
  1. Rebus kacang dhal di dalam air yang mencukupi
  2. selepas 10 minit tambah tomato dan bawang
  3. Masak sehingga kacang lembut
  4. Lecek kacang supaya ia halus
  5. Hidang bersama puri kentang

Bubur Nasi (Bayi 6 Bulan)

Bahan
3 sudu makan beras
1 sudu makan ikan bilis
1 sudu teh minyak masak utk menggoreng
1/2 cawan air

Cara Penyediaan Bubur Nasi
  1. Beras dibasuh dan dikeringkan
  2. Kisar atau tumbuk beras sehingga hancur
  3. Campurkan air ke dalam beras sehingga cair
  4. Masak di atas api dan kacau rata
  5. Tambahkan air jika perlu untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.

Cara Penyediaan Ikan Bilis
  1. Ikan bilis dibuang kepala dan bersihkan perutnya
  2. Basuh dan goreng hingga garing
  3. Tumbuk ikan bilis sehingga halus
  4. Ayak ikan bilis supaya halus
  5. Hidangkan bubur nasi bersama ikan bilis.

25 January 2010

Makan Utk Mendapat Bayi Sihat (3)

Diet Sayur-Sayuran

Sekiranya anda makan pelbagai makanan yang kaya dengan protein serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari, anda sepatutnya dapat membekalkan bayi anda dengan semua zat yang diperlukannya. Anda mungkin hanya kekurangan satu nutrien iaitu ferum. Badan sukar menyerap ferum yang datang dari sumber sayuran. Oleh itu, anda mungkin diberi zat tambahan mineral ini menggantikan kekurangannya. Sekiranya anda seorang vegetarian dan tidak memakan hasil tenusu, anda juga mungkin akan diperskribkan kalsium serta vitamin D dan B12.


Garam

Kebanyakkan orang mengambil kandungan garam yang berlebihan dalam diet mereka. Semasa kehamilan, adalah penting bagi anda mengurangkan jumlah garam yang anda makan kerana pengambilan garam berlebihan dikaitkan dengan masalah seperti bengkak yang melampau dan praeklampsia.


Cecair

Bahan ini penting semasa kehamilan untuk memastikan ginjal anda sihat serta mengelakkan sembelit. Air merupakan bahan yang paling baik. Minum seberapa banyak yang anda suka.


Sepuluh Makanan Terbaik

Makanan berikut merupakan sumber yang baik untuk sekurang-kurangnya satu nutrien. Cuba makan sesetengah daripada makanan ini setiap hari.
  • Keju, susu, dadih (Kalsium & Protein)
  • Sayuran berdaun hijau gelap (Vitamin C, Serabut & Asid Folik)
  • Daging Merah Tanpa Lemak (Protein & Ferum)
  • Oren (Vitamin C & Serabut)
  • Daging Ayam (Protein & Ferum)
  • Kismis, prun (Ferum)
  • Sardin (Kalsium, Protein & Ferum)
  • Ikan Berdaging Putih (Protein)
  • Roti Mil Penuh (Protein, Serabut & Asid Folik)
  • Pasta Bergandum Penuh, Beras Ceruh (Serabut)

Mengambil Zat Makanan Tambahan

Pengambilan folik tambahan digalakkan pada tiga bulan pertama. Zat tambahan ferum mungkin dipreskribkan sekiranya anda menghidap anemia. Sesetengah doktor menggalakkan pengambilan zat ini secara rutin. Sekiranya anda memakan pelbagai makanan yang mengandungi banyak makanan segar, zat ini mungkin merupakan satu-satunya zat tambahan yang anda perlukan.

Makan Utk Mendapat Bayi Sihat (2)

Vitamin C

Zat makanan ini membantu membina plasenta yang kuat, membolehkan badan anda mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Vitamin C didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Bekalan vitamin ini diperlukan setiap hari kerana zat makanan ini tidak dapat disimpan dalam badan.Kebanyakan vitamin C hilang kerana disimpan dan dimasak terlalu lama. Oleh itu, makan bahan yang segar sahaja dan stimkan sayur-sayuran hijau atau makan secara mentah.

Contoh Vitamin C:
Kubis Savoy, Kubis Brussels, Tomato, Kubis Bunga, Lada Benggala Merah atau Hijau, Limau Gedang, Oren, Ubi Kentang, Strawberi.


Serabut

Ini sepatutnya membentuk sebahagian besar daripada diet harian anda kerana sembelit biasa berlaku dalam kehamilan dan serabut boleh mengelakkan masalah ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber penting kerana anda boleh memakannya dengan banyak setiap hari. Jangan terlalu bergantung kepada sekam kerana bahan ini boleh menghalang penyerapan nutrein lain. Terdapat banyak lagi sumber serabut yang lebih baik.

Contoh Serabut:
Beras Ceruh, Roti Mil Penuh, Pasta Gandum Penuh, Daun Bawang Kucai, Kekacang Campuran, Kacang Pea Kebun, Raspberi, Aprikot Kering, Kismis.


Asid Folik

Bahan ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf utama bayi, terutamanya dalam beberapa minggu yang pertama. Badan tidak dapat menyimpan nutrien ini. Semasa kehamilan, bahan ini dikeluarkan beberapa kali daripada jumlah biasanya. oleh itu, adalah penting untuk mendapat bekalan harian. Sayur-sayuran segar berdaun hijau gelap merupakan sumber yang baik bagi asid folik. Stimkan atau makan bahan ini secara mentah kerana banyak vitaminnya yang akan musnah apabila bahan ini dimasak.

Contoh Asid Folik:
Brokoli, Kacang Hazel, Bayam, Kacang Tanah, Roti Mil Penuh


Ferum

Bayi perlu membina bekalan ferumnya selepas dilahirkan. Darah tambahan yang dihasilkan oleh badan anda memerlukan ferum untuk mengangkut oksigen. Ferum dari sumber haiwan lebih mudah diserap daripada sumber dari makanan seperti kekacang dan buah kering. Oleh itu, sekiranya anda tidak makan daging, gabungkan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk memaksimumkan penyerapan. Walaupun hati merupakan sumber yang baik bagi ferum, namum bahan ini juga mengandungi Vitamin A yang tinggi. Disebabkan Vitamin A yang berlebihan boleh merosakkan bayi yang sedang berkembang, maka elakkan diri daripada memakan hati dan makanan berasaskan hati.

Contoh Ferum:
Daging Tanpa Lemak, Ikan Tuna, Bayam, Aprikot Kering


(Sambung Pada Bahagian 3)

Makan Utk Mendapat Bayi Sihat (1)

Bayi hanya ada satu sumber makanan iaitu anda. Dengan itu, adalah penting anda makan diet yang pelbagai dan seimbang semasa kehamilan berbanding dengan hari biasa. Namum, anda tidak perlu membuat perancangan khusus bagi pemakanan ini atau makan untuk 2 orang. Perkara yang perlu anda lakukan ialah makan satu variasi makanan segar yang tidak diproses daripada pilihan di bawah, untuk memastikan anda mendapat semua nutrien yang anda perlukan.

Sebaik sahaja anda hamil, atau mengetahui anda anda akan hamil, fikirkan seberapa banyak makanan berkhasiat yang kerap anda makan, dan sama ada anda memakan atau minum sesuatu yang mungkin membahayakan bayi anda. Tingkatkan pengambilan sayur mentah dan buah-buahan segar serta kurangkan makanan bergula, bergaram dan yang diproses.


Kalsium

Zat makanan ini penting untuk memastikan perkembangan sihat tulang dan gigi bayi anda yang mula terbentuk kira-kira dari minggu kelapan. Anda akan memerlukan kira-kira dua kali ganda kalsium berbanding daripada biasa. Sumber yang baik bagi zat ini termasuk keju, susu, dadih dan sayur-sayuran berdaun hijau. Namum begitu, produk susu juga berlemak tinggi. Oleh itu, jika boleh, pilih bahan yang berlemak rendah, contohnya susu tanpa lemak.

Contoh Kalsium :
Roti Putih, Kacang Brazil, Keju Separuh Lemak, Sardin, Susu Tanpa Lemak, Fromage Frais


Protein

Cuba makan pelbagai makanan yang kaya dengan protein kerana keperluan ini meningkat semasa kehamilan. Ikan, daging, kekeras, kekacang dan hasil tenusu semuanya membekalkan protein. Akan tetapi, sumber haiwan juga berlemak tinggi. Oleh itu, kurangkan pengambilannya dan pilih daging tanpa lemak sedapat mungkin. Elakkan pengambilan telur mentah atau separuh masak dan pastikan semua telur yang anda beli adalah segar.

Contoh Protein :
Keju Keras, Telur, Daging Ayam, Daging Tanpa Lemak, Kekacang, Ikan, Kacang Tanah, Mentega Kacang.

(Sambung Pada Bahagian 2)

Melindungi Bayi Anda

Seperti nutrien daripada makanan yang boleh melalui plasenta ke bayi, bahan berbahaya yang anda makan dan minum pun begitu.

Makanan Yang Diproses

Elakkan makanan mudah guna yang telah diproses, contohnya makanan dalam tin dan makanan campuran dalam bungkusan. Makanan yang diproses biasanya ditambah dengan garam dan gula dan mungkin mengandungi banyak lemak, bahan awet, perisa dan pewarna. Baca label dengan berhati-hati dan pilih barangan yang bebas daripada bahan tambahan.


Makanan Masak Sejuk

Elakkan makanan panas yang dihidangkan di kantin serta makanan pasar raya yang pra masak dan ayam sedia untuk dimakan kecuali dihidangkan dalam keadaan yang sangat panas. Makanan ini mungkin mengandungi bakteria yang boleh berjangkit kepada bayi dan membahayakannya.


Keju

Keju matang yang lembut, contohnya Brie yang diperbuat daripada susu berpasteur dan tanpa berpastuer, serta hasil tenusu tanpa berpastuer yang lain boleh membahayakan diri. Sebaik-baiknya hindari makanan ini. Susu kambing tanpa berpastuer dan barangan susu daripada susu kambing juga patut dielakkan kerana bahan ini mengandungi parasit yang dipanggil toksoplasma.


Alternatif Kepada Alkohol

Sebarang bentuk alkohol yang anda minum semasa hamil, melalui plasenta ke aliran darah bayi. Ini membahayakan bayi anda. Oleh itu, berhenti minum alkohol sama sekali dan buat minuman ringan anda sendiri.

Bir, lager dan wain yang didakwa tidak mengandungi alkohol atau rendah kandungan alkoholnya sekalipun tidak semestinya bebas daripada bahan tambahan serta bahan kimia berbahaya. Sesetengahnya mengandungi bahan ini pada tahap yang tinggi, yang mungkin memberi kesan yang tidak diketahui kepada kesihatan bayi anda.


Minuman Ringan Yang Dicadangkan

Oren Berbuih
Jus oren yang dicairkan dengan air mineral berbuih. Ini merupakan minuman ringkas tetapi menyegarkan. Cuba jus buah-buahan lain yang berbeza.

Susu Kocak Pisang
Minuman ini enak dan mengandungi kalsium dan protein yang tinggi. Buat minuman ini dengan mencampurkan sebiji pisang dengan setengah pain susu. Mesin pemproses makanan memberi hasil yang paling baik.

Koktel Buah-Buahan Segar
Anda boleh mencuba minuman ini dengan mencampurkan pelbagai jenis jus buah-buahan untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman penghilang dahaga yang berkhasiat. Hiaskan dengan hirisan oren atau kepingan buah-buahan yang dicucuk pada batang koktel.


Kopi, Teh Dan Coklat Panas

Kafein iaitu sejenis bahan yang terdapat dalam semua minuman ini memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein tidak lebih daripada tiga cawan sehari, dan jika boleh, henti daripada meminum minuman ini. Sebaiknya minumlah air mineral dengan banyak.


Teh Herba

Sekiranya anda hendak meminum teh herba semasa hamil, anda sewajarnya membuat pemeriksaan terlebih dahulu dengan ahli farmasi yang menjual teh herba atau ahli herba. Kebanyakan teh prapembungkusan tidak membahayakan bayi, tetapi sesetengahnya mungkin mempunyai kesan yang tidak diingini. Teh daun raspberi merupakan jamu tradisional untuk memudahkan pelahiran.


Gula

Makanan bergula seperti kek, biskut, jem dan minuman berbusa adalah rendah kandungan nutrien pentingnya dan boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan berlebihan. Dapatkan tenaga anda daripada karbohidrat berkanji seperti roti mil penuh dan kurangkan makanan manis.


Mengidam

Semasa kehamilan, adalah perkara biasa apabila anda mendapati anda mempunyai citarasa untuk makanan tertentu secara tiba-tiba. Sekiranya anda mengidam makanan tertentu, makanlah makanan tersebut tetapi dalam jumlah yang munasabah, asalkan tidak menggemukkan dan tidak menyebabkan anda sakit perut.






24 January 2010

Latihan Memerah Susu Ibu

  • Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran
  • Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disteril (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dalam air panas selamat 5 - 10 minit dan keringkan)
  • Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.
  • Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih
  • Perah susu ke dalam bekas bersih yang mempunyai penutup
  • Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk

Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu:

1. Hari 1 - 3
  • sarapan pagi (07.30 - 0930am): MSI/PI

2. Hari 4 - 6
  • Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
  • Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI

3. Hari 7 - 9
  • Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
  • Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
  • Makan tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI

4. Hari 10 - 12
  • Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
  • Pertengan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
  • Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI
  • Makan Petang (03.30 - 04.30pm) : MSI/PI

*MSI : Memerah Susu Ibu (Ibu boleh mula berlatih memerah susu untuk di simpan samada secara manual atau menggunakan pam dua minggu selepas kelahiran. Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap di sebelah payudara satu lagi.

*PI : Penyusuan Ibu - susu yang disusui terus dari ibu

Nota: Perah dan simpan susu anda pada bila-bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan


Program Latihan Bayi Untuk Minum Susu Ibu Perahan:

Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan apabila bayi berumur 1 bulan atau selepas 4 minggu. Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 07.30 pagi hingga 06.30 petang. Bagi iby yang bekerja shif, boleh mengubahsuaikan mengikut masa bekerja.

Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan

Bila Harus Memulakan Perahan?

Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu ada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payu dara, susu berlebihan)

Persediaan Untuk Memerah Susu?

1. Ibu perlu bersedia dari segi Psikologi:
  • Perlu yakin
  • kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
  • perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi
2. Ibu perlu bersedia secara Praktikal:
  • bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
  • lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
  • minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum teh/kopi
  • tuam atau urut payu dara
  • ransang puting susu dengan cara : gentel dengan jari
  • dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2 - 3 minit

Keburukan Susu Botol

  1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema dan demam)
  2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payu dara dan ovari
  3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan
  4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
  5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
  6. Mudah tercemar
  7. Kegemukan
  8. Mudah mendapat cirit birit

Muntah dan Refluks

Dari masa ke semasa, bayi akan memuntahkan sedikit susu apabila dia di usap untuk bersendawa. Anda tidak perlu bimbang kerana ia biasanya disebabkan oleh pengambilan sedikit udara ke dalam perut ketika menyusu.

Memuntah dengan kerap atau memuntah banyak susu selepas penyusuan mungkin disebabkan oleh refluks.

Refluks disebabkan oleh sistem penghadaman bayi anda yang sedang berkembang; Kebanyakan bayi akan bebas daripada refluks dalam tahun pertama hidupnya. Muntah dan refluks boleh dikurangkan dengan:
  • Menegakkan bayi semasa dan selepas menyusunya
  • Mengurangkan kuantiti susu yang diberi tetapi menambahkan kekerapan penyusuan
  • Membantu bayi bersendawa setiap beberapa minit semasa penyusuan
  • Mengurangkan kuantiti udara yang ditelan oleh bayi semasa penyusuan. (lihat bahagian kembung / gas)

Kembung / Gas

Semasa menghisap susu, adalah normal untuk bayi menelan sedikit udara. Akan tetapi, penelanan udara yang berlebihan akan menyebabkan perut kembung dan angin, yang seterusnya menjadikan bayi tidak selesa.
  • Jangan biarkan bayi menghisap susu dengan lama daripada sebelah payudara sahaja sehingga kehabisan susunya
  • Jangan goncang botol susu terlalu kuat kerana ini akan memerangkap gelembung udara
  • Menghisap susu terlalu cepat atau terlalu lambat akan menyebabkan angin

Kolik (Akibat Angin Dalam Usus berkaitan dengan Kesusahan Menyusu)

Semua bayi menangis. Tetapi jika bayi anda menangis berterusan selama beberapa jam (biasanya pada waktu petang) dan kelihatan mengalami sakit perut atau kembung sebanyak 3 kali ataupun lebih dalam seminggu, dia mungkin mengalami kolik.

Kolik amat biasa untuk bayi baru lahir, tetapi akan berhenti pada umur 3 - 4 bulan. Punca masalah yang menyusahkan ini masih tidak diketahui. Kolik mungkin dialami oleh bayi yang diberi susu ibu dan juga bayi yang diberi susu rumusan. Setakat ini, tidak ada penawar untuk kolik, tetapi langkah-langkah berikut mungkin dapat menenangkan si manja serta diri anda:
  • Peluk dan ayunkan bayi anda
  • Dukung bayi anda dengan menggunakan kain pengendong
  • Bawa bayi anda bersiar-siar dengan kereta sorongnya
  • Urut perut bayi dengan pergerakan bulatan
  • Balutkan bayi dengan selimut secara ketat
  • Cuba tenangkan diri anda; bayi anda dapat mengesan kecemasan anda dan ini akan memburukkan lagi keadaan
  • Jika anda menyusukan bayi anda, elakkan makanan tertentu yang memburukkan keadaan kolik seperti makanan berempah, kafein, bawang dan susu lembu.
Ingat, kolik tidak semestinya satu-satu punca ketidakselesaan anak anda. Mintalah nasihat doktor atau profesional perubatan jika bayi menangis dengan kuat dan berterusan serta tidak dapat ditenangkan.

Sembelit

Sembelit ialah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak da ia menyebabkan ketidakselesaan bayi.

Apakah Sembelit?

Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan.

Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika ada kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar.

Semasa membuang najis yang keras, anus bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai lukapada anusnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.

Apakah Yang Menyebabkan Sembelit?

Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya.

Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi, pembacuhan rumusan bayi yang tidak mengikut sukatan betul ataupun penyakit biasa. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.

Apakah yang dapat dilakukan untuk melegakan bayi saya?

Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan juga untuk mencegah sembelit daripada berulang:
  • Galakkan bayi anda lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit.
  • Dengan perlahan, urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit.
  • Tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, jika bayi di bawah umur 6 bulan, anda boleh memberikannya sedikut jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
  • Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) dan sayuran.
  • Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutamanya epal, pir atau prun) di antara penyusuan, terutamanya apabila cuaca panas.

Bilakah bayi anda patut berjumpa dengan doktor?

Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulangan, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau professional perubatan. Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor.



23 January 2010

Anda Fikir Semua Cirit-Birit Adalah Sama?

Bukan semua cirit-birit adalah sama. Cirit-birit yang berlanjutan sehingga 20 kali sehari mungkin adalah tanda jangkitan "Rotavirus".


Apakah Rotavirus
  • Adalah virus yang lumrah dan boleh mengakibatkan demam panas dan muntah-muntah dikalangan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak berumur 3 hingga 24 bulan berisiko tinggi dijangkiti Rotavirus.
  • Hampir setiap kanak-kanak menjangkau umur 5 tahun mungkin pernah mengalami jangkitan Rotavirus.
  • Jangkitan Rotavirus yang menyebabkan gastroenteritis adalah punca utama kanak-kanak Malaysia memerlukan rawatan Hospital.
  • Setiap tahun, hampir 2 juta kes jangkitan Rotavirus tercatat di seluruh dunia.

Apakah Simptom-Simptom Jangkitan Rotavirus
  • Cirit-Birit yang berlanjutan sebanyak 20 kali sehari selama 3 minggu.
  • Muntah-muntah yang berlanjutan sehingga 9 hari.
  • Sakit atau kekejangan perut
  • Demam panas dan sawan.
Jangkitan Rotavirus boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dari tubuh yang teruk). Kejadian seumpama ini akan mengakibatkan kejutan, kegagalan buah pinggang atau kerosakan otak dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dalam beberapa kes. Adalah penting untuk anda mengenali simptom-simptom dehidrasi akibat jangkitan Rotavirus, seperti berikut:
  • kelesuan
  • kering, sejuk badan
  • sedikit atau tiada air mata bila menangis
  • mulut yang kering dan melekit
  • mata yang cengkung dan fontanel yang tenggelam (kawasan lembut pada kepala bayi tempat tulang tengkorak yang belum rapat)
  • kehausan keterlaluan

Bagaimana Rotavirus merebak?
  • Melalui faecal-oral (virus merebak melalui najis ke mulur kanak-kanak lain)
  • Tangan, barangan mainan dan objek di sekitar yang tercemar
  • Pengambilan makanan atau minuman yang tercemar
  • Sentuhan pada permukaan yang tercemar

Apakah rawatan untuk Jangkitan Rotavirus?

Tidak ada rawatan yang khusus untuk jangkitan Rotavirus. Sering kali rawatan dibuat untuk mengelakkan kehilangan air dari tubuh dengan menambah pengambilan cecair. Untuk kes-kes serius, rawatan hospital diperlukan untuk transfusi air melalui urat (IV).

Apakah cara-cara untuk mempercepatkan penyembuhan anak anda daripada jangkitan Rotavirus?
  • Mengelakkan kehilangan air dari tubuh adalah penting. Anak anda akan memerlukan sesapan air yang kerap walaupun selepas muntah-muntah. Rumusan minuman untuk hidrasi (ORS) boleh ditambah dalam air minuman anak anda.
  • Jangan memberi anak anda makanan selepas dia muntah. Mulakan dengan memberi makanan yang lembut serta hambar
  • Jika anak anda enggan makan, berilah makanan sedikit demi sedikit dengan kadar yang kerap
  • Pastikan anak anda mendapat rehat secukupnya
  • Jika anak anda masih mengalami kehilangan air dari tubuh, dia memerlukan rawatan hospital dengan segera untuk terapi transfusi air melalui urat (IV). Rawatan hospital akan mengambil 2 - 5 hari untuk penyembuhan keseluruhan.

Bagaimanakah anda boleh mengelakkan jangkitan Rotavirus dari anak anda?

Jangkitan Rotavirus tidak boleh dibasmikan sepenuhnya kerana virus ini mudah merebak. Walaupun langkah-langkah desinfeksi di ambil untuk halaman bermain, barangan mainan serta pencucian tangan biasa dilakukan, ia bukanlah penyelesaian muktamad.

Kanak-kanak boleh dilindungi secara berkesan dengan pemberian vaksinasi untuk jangkitan Rotavirus.

Anda boleh melindungi anak anda daripada jangkitan Rotavirus seawal umur 6 minggu.
Jumpa doktor anada hari ini untuk maklumat mengenai vaksin Rotavirus.


Bagaimana menjaga Bayi anda!
  • Tukar lampin si manja anda selepas setiap kali dia membuang air besar.
  • Sapu gel petroleum atau krim pada punggung bayi untuk melegakan kesakitan
  • Tambah minuman dan teruskan diet biasa bayi
  • jika umurnya lebih 6 bulan dan bayi anda mengalami cirit birit selama lebih 24 jam, anda boleh memberi bijirin, bubur nasi, pisang lenyek, lobak merah lenyek, kentang lenyek, dan makanan berserat tinggi yang lain.
  • Minta makanan tambahan zink daripada doktor anda. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan makanan tambahan zink untuk kanak-kanak yang mengalami cirit birit selama 10 hingga 14 hari, semasa dan selepas cirit birit kerana ia mengurangkan tempoh dan tahap keterukan cirit birit (WHO & UNICEF 2004)
Jangan beri ubat untuk menghentikan cirit birit melainkan diarahkan oleh DOKTOR


Vaksinasi

Vaksi Rotavirus boleh didapati di Malaysia sebagai vaksin opsyenal untuk bayi berumur kurang daripada 6 bulan. Vaksin ini mencegah penyakit teruk dengan meniru jangkitan semulajadi. Vaksin diberi melalui mulut, dalam 2 atau 3 dos bergantung pada pengeluar vaksin. Ia diberikan selang 4 minggu kepada bayi berumur antara 6 dan 24 minggu. Vaksin ini boleh didapati di klinik swasta di Malaysia. Anda tidak perlu menghadkan pemberian makanan atau susu sebelum atau selepas vaksinasi. Lindungi bayi anda dengan vaksin.

Panduan Memandikan Bayi

Tujuan:
  • Membersihkandan menyelesakan bayi
  • Mengelakkan jangkitan kulit

Peringatan:

Basuh tangan anda sebelum penyediaan peralatan, proses mandian dan selepas mencuci najis

1. Sediakan :
  • Peralatan mandian
  • Pakaian yang bersih
1.1 Sediakan air mandian dengan suhu yang sesuai
  • Asingkan air untuk dibilas

2. Periksa bayi anda
  • Bersihkan bayi anda dari najis dan kencing

3. Sediakan bayi anda untuk proses mandian

3.1 Bersihkan muka bayi anda dengan tuala bersih (tuala kecil)
3.2 Balut bayi dengan tuala
  • Ampu badan bayi di atas lengan
  • Sokong kepala bayi dengan tapak tangan
  • Tutup telinga dengan ibu jari dan jari telunjuk
  • Basuh rambut dan keringkan

4. Angkat bayi ke tab mandi
  • Sokong kepala, tengkuk dan pegang bahagian ketiak
  • Bersihkan tangan yang terdekat dengan badan ibu
  • Bersihkan tangan sebelah lagi
  • Pusingkan badan bayi. Bersihkan bahagian belakang dan kaki
  • Bilas bayi dengan air bilasan

5. Lap bayi hingga kering - terutama sekali di bahagian lipatan
  • Elak menggunakan bedak powder

6. Pakaikan pakaian bayi dan selesakan bayi anda. Anda dinasihatkan supaya membasuh semua pakaian bayi untuk memastikan bayi anda tidak mengalami masalah kulit.


Pemerhatian Khusus
  • Kesihatan Kulit Kepala
  • Jangkitan Mata
  • Jangkitan Telinga
  • Jangkitan Pusat
  • Radangan Kulit terutama punggung
*Jika bayi anda mengalami masalah akut sila bawa bayi anda ke klinik yang berdekatan

22 January 2010

Bayi Dan Hipotiroidisme Kongenital

Seorang bayi yang mengalami Hipotiriodisme Kongenital masih boleh hidup normal. Bayi ini perlu diberi rawatan hormon tiroxin seawal mungkin selepas kelahiran dan perlu diambil sepanjang hayat.

Jika bayi menerima hormon lebih awal, tumbesaran yang terbantut, kelewatan perkembangan dan terencat akal boleh dielakkan.


Satu Gangguan Sejak Lahir

Hipotiriodisme Kongenital adalah satu gangguan metabolik di kalangan bayi yang baru dilahirkan di mana ia menyebabkan masalah berkaitan dengan hormon tiroxin.


Kekurangan Hormon Tiroxin

Kelenjar tiriod terletak di bahagian leher dan ia menghasilkan hormon tiroxin. Hormon tiroxin amat diperlukan untuk pembentukan dan perkembangan otak serta tumbesaran kanak-kanak.


Di Kalangan Bayi, Ada Yang Dilahirkan:
  • Tanpa Kelenjar Tiriod
  • Kelenjar Tiriod Sebahagian Sahaja
  • Kelenjar Tiriod Tak Berfungsi
  • Kelenjar Tiriod Berada Di Luar Kedudukan Yang Normal.
Sekiranya mana-mana satu keadaan di atas berlaku akan menyebabkan ketiadaan atau kekurangan hormon tiroxin. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mengalami terencat akal dan masalah tumbesaran fizikal.


Penyebab Tidak Diketahui

Punca Hipotiriodisme Kongenital tidak diketahui. Ia adalah satu keadaan konginetal yang berkaitan dengan masalah genetik. Ianya tiada kaitan dengan gaya hidup atau faktor-faktor risiko ibu sebelum atau semasa hamil.


Saringan Awal Adalah Penting

Hipotiriodisme Kongenital boleh dikesan melalui ujian saringan darah dari tali pusat bayi sebaik sahaja dilahirkan.

Ujian saringan ini akan dijalankan oleh hospital tempat bayi anda dilahirkan.

Jenis ujian saringan yang dijalankan ke atas sampel darah adalah Tyroid Stimulating Hormone (TSH). Sekiranya keputusan ujian ini tidak normal ujian pengesahan akan dilakukan.


Tanda-Tanda Hipotiriodisme Kongenital
  • Raut wajah yang kasar (coarse facies)
  • Suara tangisan yang garau (hoarse cry)
  • Sembelit
  • Perut yang buncit
  • Jaundis neonatal yang berpanjangan
  • Uluran umbilikal (umbilical hernia)
  • Lambat bertindak balas (slow responses)
  • Kulit kering, kasar dan kelihatan pucat
  • Tidak aktif dan banyak tidur
  • Lidah yang besar (macroglossia)
  • Terencat akal
  • Tumbesaran terbantut
Gejala-gejala ini kebiasaannya tidak ketara semasa bayi baru dilahirkan.


Peranan IbuBapa

Memastikan bayi yang dilahirkan telah menjalani ujian saringan untuk mengenalpasti Hipotiriodisme Kongenital.


Jika Bayi Telah Disahkan Mengalami Hipotiriodisme Kongenital
  • Rawatan Hipotiriodisme Kongenital adalah untuk seumur hidup
  • Bawa anak anda untuk rawatan susulan mengikut temujanji yang diberikan.
  • Pemeriksaan dan penilaian dijalankan oleh doktor yang merawat adalah diperlukan untuk perkembangan yang normal.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hospital / klinik berdekatan di mana bayi anda dilahirkan.

21 January 2010

Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (5)

Amniosentesis

Minggu 14 - 18 (adakalanya lebih lewat). Amniosentesis boleh digunakan untuk mengesan beberapa keabnormalan pada bayi, contohnya Sindrom Down dan spina bifida. Ujian ini tidak diberi secara rutin kerana terdapat risiko keguguran dalam nisbah kira-kira seorang daripada 100 orang wanita. Anda mungkin dicadangkan mengambil ujian ini jika anda:
  • Berumur lebih 37 tahun, iaitu apabila risiko mendapat bayi Down lebih tinggi.
  • Mempunyai sejarah penyakit keturunan dalam keluarga anda, cth spina bifida.
  • Mempunyai tahap AFP yang lebih tinggi daripada biasa.
Scan ultrasound digunakan untuk memeriksa kedudukan bayi dan plasenta. Sebatang jarum berongga diselitkan ke dalam rahim melalui lapisan dinding perut dan satu sampel cecair yang mengelilingi bayi serta mengandungi sedikit selnya diambil. Sel ini kemudian diuji bagi keabnormalan. Keputusan ujian boleh mengambil masa 3 minggu.


Pensampelan Vilus Korionik (CVS)

Minggu ke 10 - 12. Beberapa gangguan keturunan dapat dikesan dengan memeriksa secebis tisu yang membentuk bahagian plasenta. Sampel ini boleh didapati sama ada melalui bukaan ke rahim atau dengan memasukkan jarum terus ke dalam rahim melalui dinding abdomen dengan berpandukan scan ultrasound. Ujian ini membawa risiko yang lebih kurang sama dengan ujian amniosentensis.

Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (4)

Ujian Tambahan

Anda mungkin akan menjalani ujian penyaringan serum dan scan ultrasound sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan antenatal. Dalam keadaan tertentu, beberapa ujian akan ditawarkan, biasanya apabila terdapat kemungkinan kecil bayi berkeadaan tidak normal. Jika masalah tersebut dapat dikesan pada peringkat awal, sekiranya anda mahu, kehamilan anda boleh diakhiri dengan selamat.


Scan Ultrasound

Minggu ke 16 (adakalanya lebih lambat). Ini merupakan satu ujian yang menyeronokkan kerana ujian membolehkan anda melihat bayi anda buat pertama kali, biasanya bayi sedang bergerak-gerak. Anda mungkin akan ditawarkan satu scan pada sekitar minggu ke 16. Tanyakan pekerja hospital jika anda boleh ditemani oleh pasangan anda. Bayi anda menjadi suatu kenyataan yang mempesonakan apabila anda berdua melihatnya pada skrin.

Ultrasound tidak dapat menunjukkan jantina bayi dengan tepat dan anda tidak akan diberitahu tentang maklumat ini. Walau bagaimanapun, ultrasound juga boleh digunakan untuk memeriksa:
  • Bayi membesar secara normal.
  • Umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran.
  • Kedudukan bayi dan plasenta, contohnya sebelum amniosentesis atau pada masa kehamilan yang selanjutnya, untuk memastikan plasenta tidak menghalang leher rahim.
  • Keadaan tidak normal seperti masalah berkaitan dengan otak dan tulang belakang.
  • Kemungkinan anda sedang mengandungkan lebih daripada seorang bayi.
  • Jika anda mengalami ujian pada awal kehamilan, anda akan diminta minum banyak air dan datang ke klinik dalam keadaan pundi yang penuh, supaya rahim anda dapat dilihat dengan jelas pada skrin. Prosedur ini mengambil masa lima hingga sepuluh minit, selamat dan tidak menyakitkan anda dan bayi anda.
  • Satu lapisan nipis minyak disapu pada bahagian perut anda dan sejenis alat pegang, transduser, dilalukan perlahan-lahan pada perut. Alat ini memancar dan menerima gelombang bunyi yang membentuk imej pada skrin.

Ujian Penyaringan Serum

Pada minggu ke 16, ramai wanita yang ditawarkan untuk menjalani ujian darah pada kira-kira minggu ke 16 untuk mengetahui kemungkinan mereka menghadapi risiko mendapat anak yang mengalami Sindrom Down atau kecacatan tiub neural terbuka seperti spina bifida. Ujian darah ini tidak membuat diagnosis tetapi dapat mengenal pasti wanita yang paling berisiko mendapat bayi yang mengalami salah satu keabnormalan ini, dan oleh yang demikian,dapat ditawarkan ujian diagnosis. Penyaringan bagi Sindrom Down ditawarkan kepada wanita pada semua peringkat umur. Risiko mendapat bayi Down meningkat mengikut usia ibu. Namum, disebabkan kebanyakkan bayi dilahirkan oleh wanita yang berusia 37 tahun, maka begitu juga dengan bayi Down yang kebanyakkannya dilahirkan oleh wanita di bawah usia 37 tahun.

Tigaan atau ujian Bart mengukur tahap AFP (alfa fetoprotin) uE3 (estirol) dan hCG (gonadotrofin korionik manusia) dalam darah ibu. Sesetengah hospital hanya mengukur 2 daripada penanda ini (ujian ganda dua). Tahap AFP sendiri digunakan untuk menafsir risiko bagi kecacatan tiub neural.

Apabila keputusan penyaringan didapati positif, ujian lanjut seperti scan ultrsound atau amniosentesis akan ditawarkan. Namum, kebanyakkan wanita yang disaring positif akan mendapat bayi yang normal.

Keputusan saring negatif bermakna terdapat kemungkinan kecil bayi yang dikandung mengalami keabnormalan. Namum ujian itu tidak boleh menidakkan sepenuhnya kemungkinan ini. Wanita yang bercadang hendak melakukan penyaringan perlu membincangkan ujian berkenaan dengan bidan atau doktornya.

(sambung pada bahagian 5)

Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (3)

Kaki, Buku Lali Dan Tangan

Pada setiap lawatan, doktor atau bidan akan memeriksa bahagian bawah kaki dan tangan anda untuk memastikan tidak terdapat bengkak atau edema. Sedikit bengkak pada minggu akhir kehamilan adalah normal, terutamanya pada penghujung hari. Namum bengkak yang melampau mungkin menandakan praeklampsia. Kaki anda juga akan diperiksa sama ada terdapat vena verikos.


Mendengar Degupan Jantung

Setiap lawatan selepas minggu ke 14, dari awal kehamilan, ini mungkin dilakukan dengan menggunakan alat sonik yang akan menguatkan degupan jantung bayi supaya anda juga dapat mendengarnya. Selepas minggu ke 28, doktor mungkin akan mendengar degupan jantung bayi menggunakan stetoskop fetus berupa trompet.


Pemeriksaan Dalaman

Lawatan pertama doktor mungkin menjalankan pemeriksaan dalaman ke atas anda untuk memastikan tahap kehamilan anda, untuk memeriksa sama ada terdapat keadaan yang tidak normal pada tulang pelvik anda, dan untuk memastikan pintu masuk ke dalam rahim (serviks) tertutup rapat. Anda juga mungkin diberi lumuran servikal pada waktu yang sama untuk memeriksa sama ada terdapat sel-sel yang cacat. Selalulah bertanya keputusan pemeriksaan.

Pemeriksaan yang dilakukan tidak akan mencederakan anda atau bayi anda dan jika anda mengendurkan otot, anda tidak akan berasa tidak selesa. Anda akan diminta berbaring pada bahagian belakang anda dengan membengkokkan kaki anda dan bahagian lutut anda pula mengangkang pada kedudukan yang selesa. Doktor akan memasukkan dua jari sebelah tangannya ke dalam faraj anda sambil menekan abdomen anda perlahan-lahan dengan tangan yang sebelah lagi.


Merasa Abdomen

Setiap lawatan, abdomen anda akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian rahim anda. Ini akan memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi anda. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing dalam arah yang betul (kepala dahulu) dan pada minggu-minggu yang akhir, kepalanya turun ke dalam ruang pelvik.

(sambung pada bahagian 4)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.