"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

15 April 2010

Ketahui Kenapa Bayi Anda Muntah-Muntah

Ketika bayi anda berusia di bawah 3 bulan, tentunya anda berasa cemas bila dia mengalami muntah-muntah berlarutan setelah menyusu. Jangan panik, sebaliknya cuba kenali gejala-gejalanya yang menyebabkan dia muntah sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pertama anda perlu tahu kenapa bayi muntah. Semua bayi mengeluarkan satu kuantiti kecil susu semasa atau sebaik sahaja selepas penyusuannya. Ini perkara biasa dan tidak bermakna bayi anda sakit. Jika anda tidak biasa dengan keadaan ini, anda mungkin beranggapan itu adalah muntah.

Sekiranya bayi anda muntah, dia akan mengeluarkan sebahagian besar susu yang diminumnya. Namun ini tidak berlaku kepada bayi yang menyusu ibu. Muntah yang kerap kepada bayi yang menyusu botol, terutama apabila diikuti dengan cirit-birit, ia mungkin disebabkan oleh gastroenteritis (keracunan makanan). Penyakit ini serius kerana boleh menyebabkan bayi kehilangan air dalam badan dengan cepat.


Muntah Yang Kuat

Ada kalanya seseorang bayi muntah dengan kuat sehingga muntahnya terluah jauh. Sekiranya bayi anda berkeadaan begini pada 2 penyusuan berturut-turut, segera bawa bayi anda ke hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Punca dia mengeluarkan sebahagian besar penyusuannya diekori oleh sendawa angin yang banyak setiap kali penyusuan dan dia kelihatan sentiasa lapar, bayi anda mungkin mengalami suatu keadaan yang dipanggil pilorik stenosis, masalah usus (saluran usus terhalang).

Masalah ini sering dikaitkan dengan keturunan dan biasa menulari bayi ketika berusia 2 hingga 8 minggu. Sekiranya bayi anda mengalami keadaan ini dia memerlukan pembedahan kecil.


Perkara Yang Boleh Anda Lakukan

Hentikan penyusuan botol serta merta selama 24 jam. Berikan air masak dengan lebih kerap atau beri larutan glukosa. Bayi memerlukan sekurang-kurangnya 1/2 liter air sehari.

Beri penyusuan yang dicairkan selama 3 hari berikutnya, dibancuh seperti berikut:
  • Hari 1 : Gunakan suku kuantiti biasa susu formula dengan kuantiti air yang biasa.
  • Hari 2 : Gunakan setengah kuantiti biasa susu formula dengan kuantiti air yang biasa.
  • Hari 3 : Gunakan tiga suku kuantiti biasa susu formula dengan kuantiti air yang sama.
  • Hari 4 : Bancuh susu dengan kepekatan biasa.

Tanda-Tanda Kecemasan

Dapatkan pertolongan segera sekiranya bayi anda:
  • Memuntahkan semua penyusuannya dalam jangka masa 8 jam.
  • Mulutnya menjadi kering.
  • Matanya menjadi cengkung.
  • Pusatnya menjadi terbenam.
  • Lampinnya menjadi kering lebih dari 6 jam.
  • Segera bawanya berjumpa doktor bila bayi muntah dan menunjukkan sebarang tanda penyakit lain atau bayi anda memuntahkan semua susu daripada 2 penyusuan berturut-turut.

Tip Hadapi Bayi Muntah
  • Pusingkan tubuhnya, atau diterbalikkan supaya muntahnya tidak masuk ke saluran pernafasan bagi mengelakkan bayi lemas dan boleh sebabkan kematian.
  • Jika muntah keluar melalui hidung, jangan bimbang kerana muntahnya telah keluar. Bersihkan muntah, cuma pastikan muntah tidak memasukki saluran pernafasan. Jika masuk ia boleh membahayakan dan menyebabkan kematian.
  • Jika muntah masuk ke paru-paru, anda tidak boleh lakukan apa-apa kecuali segera membawanya berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment