KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

09 January 2010

Perancangan Untuk Kehamilan

Untuk memastikan proses kehamilan anda bermula dengan sebaik-baiknya, adalah sewajarnya anda berpandangan jauh. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil, yang bukan sahaja dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil, malahan juga menjamin bayi anda lahir secara normal dan sihat. Sebaik-baiknya anda dan pasangan anda hendaklah merancang proses kehamilan itu tiga (3) bulan sebelum anda hamil. Ini adalah kerana dalam beberapa minggu pertama inilah, ketika anda tidak menyedari anda hamil, perkembangan bayi mudah terjejas.

Justeru itu, menjaga kecergasan badan dan makan dengan sempurna dapat memastikan anda telah melakukan langkah yang sebaik-baiknya dalam menjaga dan membekalkan zat yang perlu kepada bayi dalam kandungan. Namum begitu, terdapat juga perkara lain yang perlu dipertimbangkan, mungkin terdapat risiko bahaya di tempat kerja yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi anda ataupun anda belum divaksinkan bagi rubela semasa remaja. Perancangan untuk kehamilan dapat memberi anda masa untuk menimbangkan risiko ini dan jika perlu, melakukan sesuatu yang positif terhadapnya.

9 comments:

  1. salam, kak saya br bersalin normal bln 1/2010, tetapi baby meninggal dunia sebab severe sepsis dan severe prematurity, baby saya br masuk 6 bulan 4 hari.ini adalah baby sulung saya. doktor mengatakan baby saya kena kuman dari kencing kotor saya. adakah saya berpeluang untuk hamil lagi? apakah yg perlu saya lakukan bagi mengelak terkena kencing kotor pada kehamilan akan datang? bilakah tempoh yang sebaik baiknya untuk saya hamil semula? sya harap saya dapat menimang cahaya mata secepat mungkin, dan berharap baby akan sihat dan selamat.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    Buat yang bertanya...takziah kak engku ucapkan. Harap banyak bersabar dan berdoa moga dimurahkan rezeki....insyaallah.

    Masalah Kencing kotor waktu hamil biasa berlaku. Selalunya ibu dinasihatkan minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jika disahkan memang ibu mengalami kencing kotor....perlu ambil ubat antibiotic dan mesti habiskan seperti yang diarahkan oleh doc.

    Maaf kak engku nak tanya sikit. Adakah puan mengalami pecah air ketuban sebelum bersalin? Tolong jawab ye... terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam..
    kak engku.. saya baru bersalin anak ketiga.. yg pertama ceser dan yg kedua, ketiga normal.. nak tanya cmana nak elakkan berlaku tumpah darah lepas bersalin.. sebab anak kedua dan ketiga dr ckp darah beku banyak sgt menybabkan darah nifas sy mmg banyak keluar dari org normal.. anak kedua terpaksa tmbh darah.. hrp dapat bg tip yg bleh membantu..

    ReplyDelete
  4. salam....
    kak engku..sy bru keguguran ank kedua 17/11 thun lepas.kandungan ktika tu dah masuk 3 bln tp doktor kta baby membesar sampai 6 mingu shja pastu stop..sya alami keguguran secara normal x perlu di d&c sbb doktor kta dah keluar abis...doktor kta sy kekurangan hormon progesteron yg menyebabkan baby x membesar dgn sepatutnya..kalu sy nak mengandung ada apa2 cdangan dr kak engku utk mengelakkan keguguran berlaku lagi?

    ReplyDelete
  5. salam kak engku...
    saya dlm perancangan utk hamil kali ke2...
    ape yg perlu saya lakukan utk hamil...
    1) adakah saya perlu merujuk kpd doc utk pemeriksaan kesuburan...
    2) atau mengambil makanan kesihatan kesuburan yg diperlukan
    3) atau ader cadangan lain yg dr kak engku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Akak nasihatkan pn buat pemeriksaan dgn doktor dan teruskan pengambilan asid folik. Tq

      Delete
  6. kak engku.. ada tak topik bkaitan perancang kehamilan... mane yg ok.. implan? leh bkongsi disini... suzil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam suzil,
      Maaf info detail pasal implan nanti akak cuba dapatkan ye. Sebenarnya ia bergantung pd kesesuaian dan keinginan penerima. Sebelum pemakaian implan disarankan ambil injection dulu untuk ketahui kesesuaian. Implan nie mahal bergantung pd tempat yg hendak di pasang. Mungkin di LPPKN blh dpt murah.

      Delete
  7. Salam kak engku... sya bru bersalin normal pada 2/9/2013 tetapi baby sya meninggal di dlm perut ketika usia kandungan mencecah 7bln 1 mggu.... ini adalah anak sulong sya... sya di induce sehingga air ketuban pecah sewaktu proses kelahiran itu terjadi... sya merancang untuk mendapatkan anak secepat yang mungkin... agaknya berapa lamakah tempoh untuk sya mengandung semula dan persediaan yang perlu sya buat semasa dalam pantang ketika ini?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.